Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 26, 2013

Ninetology Kearah Yang Lebih Berdaya Saing

Jika anda salah seorang yang telah merebut peluang rebat RM200, make jenama ini tidak asing lagi bagi anda. Antara yang terawal menyambut dan menyahut penggunaan rebat RM200 untuk produk-produk mereka, kini Ninetology kembali memberi lebih khidmat kepada para pengguna teknologi serba baru.

Pada 30 Ogos 2013, Ninetology Malaysia melancarkan Flagship Touch Point bertempat di pusat membeli-belah dan gaya hidup berteknologi negara, Plaza Low Yat.

Selain mempamerkan produk, Ninetology Flagship Touch Point juga akan menjadi tempat  para pengguna boleh mempelajari cara-cara menggunakan telefon pintar untuk memperkayakan kehidupan dan minat mereka.Ia juga bertindak sebagai hab belia dan budaya dimana penyebaran kebudayaan maju yang dipupuk Ninetology dapat dilaksanakan.


Upacara pemotongan riben telah diadakan bagi melancarkan Flagship Touch Point pertama. Memeriahkan upacara adalah pasukan pengurusan Ninetology Malaysia, terdiri daripada Sean Ng ( Ketua Pegawai Eksekutif ), Marco Beh ( Ketua Pegawai Operasi), Shian ( Ketua Pegawai Kewangan), Vijian Chan ( Ketua Pegawai Pemasaran) , Eddy Tay ( Ketua Bahagian Saluran), Michael Lee ( Pengurus Besar, Pengurusan Harta dan Operasi Plaza Low Yat) dan selebriti seperti Z-Chen, Iqwal Hafiz, dan Sasi the Don.
Awal dua bulan lepas, Ninetology barjaya melancarkan siri U9 di Hilton Hotel, KL. Dengan teknologi terapan-kuasa 'Unite-as-One mereka mempersembahkan tiga model baru, iaitu X1, Z1 dan Z1+. Untuk lebih maklumat, para pengguna boleh melayari www.ninetology.com/u9


Siri telefon pintar U9 disertakan dengan memori dalaman 16GB ROM / 1GB RAM, sesuai untuk menonton video, bermain game serta kandungan lain juga dengan menggunakan  Android 4.2 dan MediaTeck MT6589 1.2Ghz Quad-Core Processor. Saiz skrin adalah 4.8 inci ( X1), 5.7 inci (Z1) dan 5.5 inci ( Z1+).





Sean Ng Chee Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology marketing Sdn Bhd. menyuarakan bahawa mereka berbesar hati bekerjasama dengan MediaTeck Inc., salah satu syarikat semikonduktor tanpa fab utama bagi komunikasi tanpa wayar dan digital media. Beliau juga menyatakan bahawa kini mereka ( Ninetology) merupakan kedua terbesar dalam pemasaran saham gajet mobil dan kini harap dapat mengukuhkan lagi posisi Ninetology juga merebut peluang mendapatkan jumlah saham yang besar dalam kategori Telefon Pintar Premium.





 Penyanyi Mandopop Malaysia, Z-Chen, yang popular di Taiwan serta diberi nama julukan 'R&B Little Prince' terpilih sebagai duta produk ini. Anatara iklan-iklan produk U9 dengannya adalah dibawah:






Bagi blogger-blogger yang berminat untuk mengulas mengenai telefon pintar siri U9, boleh menjenguk Tech Kaiju Arena Program untuk maklumat lebih lanjut dengan menghantar nama anda, link blog, email dan nombor telefon kepada publisher@ninetology.com seawal yang boleh. Hanya yang terpilih akan dihubungi. Terma dan syarat dikenakan. Program ini akan berterusan hingga December 2013.

Ketua Pegawai Digital, Ninetology Marketing Sdn. Bhd ( kedua dari kanan) memperkenalkan program pengulasan gajet khusus terhadap blogger Malaysia -Tech Kaiju Arena. Dari kiri ialah penyampai TraxxFM Radio, Kevin Chong, blogger quachee.blogspot.com, Quah, dan Mark O'Dea untuk London Boys.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.