Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

October 25, 2013

Harapan Untuk Bajet 2014

Pembentangan Bajet 2014 akan diumumkan pada hari ini 25/10/2013 pada pukul 3 petang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sudah tentu rakyat Malaysia tertunggu-tunggu saat pembentangan Bajet 2014 ini.Adakah rebet SmartPhone ataupun BR1M akan dinaikkan ?



Adakah Bajet INI akan dipertingkatkan ? Aku bukanlah pakar Ekonomi dan sebagai rakyat Malaysia aku juga punya harapan dan impian agar memberi faedah kepada seluruh Rakyat Malaysia tidak hanya kepada golongan tertentu sahaja.


Apa harapan aku dalam Bajet 2014 ini ?

Harga Rumah

Kerajaan harus mengawal harga rumah di pasaran ataupun tetapkan harga siling untuk pembeli rumah.Sekarang harga rumah macam tak masuk akal susah untuk golongan pertengahan untuk membeli rumah.Lebihkan pembinaan rumah mampu milik di kawasan bandar dan beri keutamaan kepada golongan berpendapatan sederhana.Mengawal golongan asing dari membeli rumah di Malaysia.

Pengangkutan

Tingkatkan infrastruktur pengangkutan awam samaada Bas,Komuter,Teksi dan seangkatannya.Rasanya setiap tahun disuntik belanjawan dalam pengangkutan awam tapi aku masih tak nampak perubahan ketara.

Harga Kereta

Turunkan harga kereta Hybrid ataupun Elektrik.Secara tak langsung pengguna boleh menjimatkan petrol dan pencemaran udara.Ini tidak bermaksud akan terjadi lambakan kereta di atas jalan kerana bagi aku kereta penting untuk perjalanan jauh dan untuk pekerja yang selalu ' oustation '.

Subsidi Barang Keperluan

Walaupun kerajaan mengurangkan subsidi untuk barangan tertentu tapi bagi aku subsidi ini penting juga untuk golongan yang amat memerlukan bukan untuk golongan kaya.Sekurang-kurangnya kerajaan dapat mengawal harga barangan kawalan bukan masa hari perayaan sahaja.

Harga Rokok

Tak kisah nak naikkan berapa pun.

Sektor Swasta

Diharap Kerajaan tumpukan perhatian untuk pekerja swasta juga sebab pekerja swasta juga menyumbang kepada ekonomi Malaysia.Jangan dianaktirikan.Tak tahu boleh dilaksankan ke tak !

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Tambah syarat kelayakan untuk BR1M.Tinggal di kota besar perlu diambil kira juga.

Peruntukkan untuk memerangi jenayah

Dalam keadaan jenayah yang makin berleluasa kerajaan perlu ambil perhatian serius dalam jenayah dalam negara.Jangan ambil sambil lewa.Nyawa orang tidak boleh dijual beli.Perlu jeling ke negara sebelah.Perlu ditambah untuk menambah baik pasukan beruniform.

Rasanya setakat itu sajalah kot.Ada perlu ditambah ke ?
Tunggu sahajalah berita baik untuk Rakyat Malaysia dalam pembentangan Bajet 2014 ini.



Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.