Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

November 27, 2013

Minyak Wangi Kasturi Emas Eksklusif Untuk Muslim

Minyak Wangi Kasturi Emas – Ramai yang sukakan minyak wangi. Tidak kira samada lelaki mahupun perempuan. Ianya bukan suatu yang janggal bagi lelaki untuk memakai bau bauan yang mewangikan. Malah didalam Islam sendiri menganjurkan agar memakai bauan yang wangi untuk menjaga penampilan dan memberi kesan yang baik. Malah tidak pelik kalau didalam Islam ada melarang orang yang berbau mulutnya untuk tidak menyertai sembahyang berjemaah agar tidak mengganggu orang lain. Bukanlah tidak boleh bersembahyang dan berjemaah, tetapi menggalakkan agar mewangikan diri dahulu sebelum bersama dengan orang lain. Lihat betapa kebersihan dan wangi wangian itu memang dituntut.
Kalau anda ingat, pada tahun lepas, ada minyak wangi dari jenama lain menjadi fenomena. Hinggakan bila menyebutnya pasti ramai yang akan tahu. Dari situ kita tahu yang minyak wangi ini bukan suatu yang asing didalam budaya kita. Kalau kena caranya dan baunya, pasti ramai yang akan membeli walaupun harganya sedikit mahal.
Minyak Wangi Muslim Tanpa Alkohol Dari Kasturi Emas
Minyak Wangi Muslim Tanpa Alkohol Dari Kasturi Emas – image credit to http://kasturiemas.com.my/

Minyak Wangi Kasturi Emas Sesuai Muslim

Bagi orang Islam (muslim), mendapatkan minyak wangi yang halal menjadi faktor utama. Halal pada pandangan orang Islam di Malaysia adalah, suatu minyak wangi itu mestilah bebas alkohol. Dan pada kali ini, pihak pembuat minyak wangi muslim telah mengeluarkan “Minyak Wangi Kasturi Emas” yang sangat sesuai untuk orang Islam dan harganya pula adalah berpatutan. Malah produk Minyak Wangi Kasturi Emas ini kelihatan sangat eksklusif dan bergaya mewah dan sangat sesuai untuk yang berhajat membuat sebagai barang hadiah kepada rakan dan saudara.

Jenis Minyak Wangi Kasturi Emas

Minyak wangi jenama Minyak Wangi Kasturi Emas ini dikeluarkan dengan 3 jenis iaitu :
1. Minyak Wangi Kasturi Emas (PLATINUM EDITION) – Juga di panggil KASTURI SYURGA atau KASTURI AL JANNAH. Ia bukan wangian dari kasturi. Ia adalah wangian eksklusif yang dihasilkan oleh syarikat Kasturi Emas khas untuk mereka yang tidak menggemari kasturi atau tidak tahan dengan bau kasturi yang kuat. Wangian ini berasal dari Mekah dan Dubai.
Minyak Wangi Kasturi Emas - Platinum Edition (Al Jannah)
Minyak Wangi Kasturi Emas – Platinum Edition (Al Jannah)
2. Minyak Wangi Kasturi Emas (GOLD EDITION) – Merupakan KASTURI KIJANG ASLI. Di perbuat dari bintil kijang yang didatangkan dari India, Pakistan dan beberapa negara lain. Bintil kasturi kijang asli ini diambil dari peringkat yang PERTAMA. Nilai kualitinya sangat tinggi. Kasturi juga berbeza mengikut negara-negara ia berasal. Kasturi dari mesir berwarna ke merah-merahan.
Minyak Wangi Kasturi Emas - Gold Edition (Kasturi Kijang)
Minyak Wangi Kasturi Emas – Gold Edition (Kasturi Kijang)
3. Minyak Wangi Kasturi Emas (SILVER EDITION) - Diperbuat daripada BUNGA KASTURI. – Wangian ini biasa dipanggil dengan nama KASTURI PUTIH. Bahan-bahan untuk menghasilkan wangian ini didapati dari Dubai. Pokok Kasturi merupakan pokok haruman dan perubatan dalam keluarga Malvaceae, satu spesis dengan Bunga Raya dan Bunga Roselle. Ia biasa tumbuh di India. Biji benihnya mempunyai bau wangi, bau bunga-bungaan dan bau berat seperti kasturi kijang. Bunganya juga kadangkala digunakan sebagai wangian tembakau.
Minyak Wangi Kasturi Emas - Silver Edition (Kasturi Putih)
Minyak Wangi Kasturi Emas – Silver Edition (Kasturi Putih)
Kalau anda mahu dapatkan Minyak Wangi Kasturi Emas ini, bolehlah menghubungi pengedar melalui maklumat yang saya berikan dibawah artikel ini. Harap tidak salah faham, saya bukanlah pengedar. Saya hanyalah seorang blogger yang ingin menyampaikan maklumat berguna seperti minyak wangi ini yang khusus untuk orang Islam yang mahu mencari cari minyak wangi yang baik, berkualiti, suci, murni dan halal serta ekskusif pada pandangan mata. Malah ianya dirumuskan sesuai dengan sunnah nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang suka wangian dari Kasturi.
SabdaNabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Kasturi merupakan wangian kegemaran baginda Nabi Muhammad SAW. Selain menjadi haruman yang menyegarkan tubuh badan, kasturi juga terkenal dengan banyak khasiat perubatan. Hadiahkan wangian kegemaran baginda buat yang tersayang (ibu, ayah atau suami anda). Amalkan sunnah berwangi-wangian dengan Kasturi Emas.
Kepada yang ingin menjadi pemborong dan penjual juga digalakkan. Bagaimana? Mudah sahaja. Telefon dan hubungi melalui maklumat yang saya telah berikan untuk maklumat lanjut. Ada sukakan Minyak Wangi Kasturi Emas?

~ Hasil Nukilan ~
Tuan Muda Azuan
————————————————————————————————————————
Pemborong & Pengedar Kasturi Emas
Agen Jualan Selangor (Sg Besi/Bandar Tasik Selatan)Faizal Anuar
Tel No / WhatApps : 012-4968110
Identiti Kasturi Emas : Wangian Eksklusif Muslim / Exclusive Muslim Perfume
Moto: Menjadikan “Sunnah Satu Kebanggaan”
Harga Tetap Runcit (FIXED RETAIL PRICE) : RM35/sebotol (mana-mana jenis)

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.