Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

November 23, 2013

Pendaftaran Online Program Rumah Idaman Rakyat SPNB

Syarikat Perumahan Negara Malaysia ( SPNB ) memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM.Setiap rakyat di Malaysia pasti berkeinginan ingin memiliki rumah sendiri.Rumah sudah menjadi sebagai keperluan penting bagi yang dah berkahwin dan bekeluarga.

Anda boleh membuat permohonan secara Online untuk Program RMM di laman web SPNB.

Pendaftaran Online Program Rumah Idaman Rakyat

Program dari SPNB ini sangat bagus bagi golongan yang berpendapatan individu tidak melebihi RM7500 sebulan atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.Pembeli haruslah Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas.

Program Rumah Idaman Rakyat SPNB

Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan kurang upaya ( OKU ) dan Ibu Tunggal.Saya telah pun mendaftar dan memilih di Negeri Perak kerana setakat ini hanya projek di negeri Kedah, Perak, Pahang, Melaka dan Johor sahaja.

Pendaftaran amatlah mudah dan isi apa yang dikendaki.Sekiranya anda berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB, boleh mengisi borang di SINI.

Info Rumah Idaman Rakyat

- Harga jualan rumah di antara RM70,000 ke RM250,000.Manakala unit kedai tidak melebihi RM1,000,000.

- Konsep pembangunan adalah bercampur.

- Jenis rumah :
   > Banglo sesebuah
   > Rumah berkembar
   > Rumah Teres
   > Apartment ( minimum 5 tingkat )
   > Unit Kedai

Oleh itu bagi yang berkelayakan apa lagi berdaftarlah sekarang.Berharap agar pihak SPNB dapat memperbanyakkan projek di negeri lain selain 5 negeri di atas. 


Belum ada Lawyer boleh guna khidmat Lawyer Hartanah


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.