Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

November 23, 2013

Resepi Puding Strawberi Laici Dangdut

Macam comel saja apabila lelaki perkasa buat pudingkan.Kali ini resepi Puding Strawberi Laici Dangdut.Kenapa Dangdut ? sambil buat itu pasanglah lagu dangdut.Resepi asal dari buku ' 365 resepi istimewa dari Chef Hanieliza '.

Resepi Puding Laici Dangdut telah diolah oleh aku sendiri dengan memasukkan buah Strawberi.Ubah itu saja pun.huhu.Resepi senang bolehlah buat.Setakat ini sukatan dalam buku itu memang menjadilah.Tak mau letak gambar lebih-lebih berselerak.

Puding Strawberi Laici Dangdut

Resepi Puding Strawberi Laici Dangdut

Bahan-bahan

> 1 tin buah Laici
> 4 biji buah strawberi dipotong kecil
> 2 cawan gula
> 1 paket agar-agar
> 2 liter air
> 1 tin susu cair

Cara-cara

Masukkan 2 liter air ke dalam periuk bersama-sama gula dan agar-agar.
Biarkan sehingga mendidih.Sambil kacau.
Lepas mendidih tutup api gas.
Masukkan air laici dan susu cair.
Kacau sehingga sekata.
potong kecil strawberi dan laici dan letakkan di dalam bekas.
Masukkan bahan dalam periuk ke dalam bekas yang telah disediakan.
Biar hingga sejuk dan boleh masukkan ke dalam peti ais.
Ok dah siap.Boleh pi makan keesokkan harinya.Selamat mencuba !

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.