Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 14, 2013

Bagaimana Ke Pasar Kemboja Parit Buntar

Sebelum ini timbul kekecohan tentang operasi Pasar Kemboja Parit Buntar.Keputusan sementara Pasar Kemboja hanya beroperasi pada hari Sabtu.Walaupun telah ditukar hari, Pasar Borong Melayu Kemboja masih ramai pengunjung.Pelbagai jenis kain, tudung, selendang dan sebagainya boleh di cari di kampung ini. Jualan yang dijalankan sebahagian besarnya adalah secara borong, namun terdapat juga jualan secara runcit.

Lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar


Masih ramai di kalangan orang luar tidak tahu bahawa terdapat sebuah perkampungan yang didiami imigran yang berasal dari Kemboja di Parit Buntar, Perak.Boleh dikatakan komuniti Kemboja hebat juga di sini.Kalau saya balik kampung pasti orang rumah nak pergi Pasar Kemboja.
Terletak di Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Selatan yang bersempadan dengan Parit Buntar, ia hanya kira-kira enam kilometer (km) dari bandar Nibong Tebal, Pulau Pinang dan tiga km dari pekan Bandar Baharu, Kedah.

Saya beri 3 arah tuju untuk ke Pasar Kemboja menggunakan Google Map.3 arah tuju itu adalah seperti berikut :

1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja

Link Google Map

  2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja



View Larger Map
Link Google Map

  3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja


View Larger Map
Link Google Map

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.