Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

December 10, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2

Alhamdulillah..sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah 2 tahun usia perkahwinan saya.Setelah menempuh masam masin pahit kelat alam perkahwinan, Tipulah kalau saya katakan sepanjang hidup bersama itu kami berdua tidak pernah berselisih kata.Pinggan mangkuk masih berkeadaan baik.huhu.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Sebagai pasangan, kami juga mempunyai beberapa kerektor  berbeza dan sama dari segi pendapat atau pandangan.Tapi kebanyakkan apa yang terlintas di fikiran saya mesti zaujah pun berfikiran sama.Kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.


Masanya telah tiba


Jika tiada zaujah di sisi memang saya akan rasa lain buat kerja serba tak kena.Jatuh bangun susah senang kita bersama.Kita saling lengkap melengkapi.Kita saling memerlukan.Bukan setahun tapi dua tahun masa telah berlalu, usia begini bayi pun sudah boleh berjalan dan bercakap-cakap.

Alhamdulilah kita dikurniakan Puteri hasil perkongsian hidup kita bersama.Izz Damia Aqilah di beri nama, sumber kecerian,kemesraan dan tanda kasih sayang kita.Seperti makna namanya Kekuatan,Kebijaksanaan,cerdas dan pandai semoga Izz Damia Aqilah menjadi srikandi dan anak yang solehah.


Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita


Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nor Izee zaujahku senantiasa berada di sini walau susah ataupun senang.Maaflah abang andai diri ini tidak seromantik Brad Pitt ataupun Adi Putra.Tapi percayalah dalam hati ada taman.Saya berdoa agar hubungan perkahwinan kita berkekalan hingga ke Jannah.Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami isteri dan mengikut landasan Islam juga membesarkan puteri kita agar menjadi anak yang solehah dan mengikut ajaran Islam.

Izz Damia Aqilah usia 1 hari


Terima Kasih juga menghadiahkan Izz Damia Aqilah kepada abg.Itu hadiah yang paling bermakna dan kita punya tanggungjawab besar.Kita harungi bersama untuk masa-masa yang akan datang.Amin

Berdebar-debar saat ini



DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. 

Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

** Rasa macam nak buat contest.Tengah memikir nak buat apa.Tapi buat masa ini bukan Hadiah INI kot..Ada yang nak menaja ke ?

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

1 comments:

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.