Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 15, 2014

Pekan Buku Parit Buntar

Apa itu ' Pekan Buku ' Parit Buntar ?
Pekan Buku Parit Buntar adalah inisiatif dari Komuniti Facebook ' Parit Buntar is My Hometown ' untuk mengumpul buku lama dan terpakai.Kejayaan mengumpul bahan bacaan itu adalah langkah positif untuk mendapat pengiktirafan.

Matlamat Pekan Buku Parit Buntar


Matlamat kami untuk menjadikan Parit Buntar sebagai ' Pekan Buku ' dan kami menyasarkan untuk memperoleh pengiktirafan dari Malaysia Book of Records.Program ini juga mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Parit Buntar dan kerjasama daripada Majlis Daerah Kerian ( MDK ) , Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) dan wakil daripada beberapa sekolah.

Pekan Buku Parit Buntar

Aku sebagai salah seorang ahli ' Parit Buntar is My Hometown ' sangat menyokong penuh program ini secara tak langsung generasi muda dari mengenali buku-buku bukan dari zaman mereka.Oleh itu, dapat memupuk budaya membaca di kalangan penduduk.Kalau aku ada kat Parit Buntar dah lama aku nak jadi krew.huhu

Majalah Bujal sekitar tahun 80an.Pernah baca.


Kalau ada dikalangan pembaca nak menderma buku-buku terpakai boleh berhubung dengan aku.Daripada tersimpan dalam almari buku baik sedekahkan.Kepada penduduk sekitar Parit Buntar , Nibong Tebal , Bandar Bahru bolehlah luangkan masa pada 16 Mac 2014 pada pukul 7.30pagi - 1.30 petang di Pinggiran Sungai Kerian untuk memeriahkan program ilmu ini>Pelbagai aktiviti disediakan oleh urusetia.

Tentatif Program ' Pekan Buku ' Parit Buntar


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.