Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 17, 2014

Semakan SMS Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2013

Saat yang ditunggu hampir tiba.Debaran semakin kencang buat pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM 2013.Bagi adik-adik yang telah mengambil peperiksaan SPM tahun lepas bolehlah menyemak keputusan adik-adik secara SMS.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2013

Tatacara Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2013 


Selain pergi ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan SPM.Adik-adik boleh juga SMS.Caranya :

Taipkan SPM < jarak > No.KP < jarak > AngkaGiliran & hantarkan ke 15888.

Contoh boleh dilihat seperti gambar di atas.Adik-adik boleh mula menyemak pada 20 Mac 2014 jam 10.00 pagi hingga 11.59 malam 26 Mac 2014.

Ingat lagi masa SPM dulu tak ada masa nak semak guna SMS ini sebab nak merasai ' feel ' apabila ambil keputusan di sekolah.Sambil itu boleh jumpa rakan-rakan seperjuangan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri sama ada sambung belajar ataupun terus bekerja.

Kepada adik-adik yang kurang bernasib baik jangan mudah berputus asa.Ikut minat sendiri tanpa paksaan dari sesiapa.Nak kerja pun boleh ataupun bekerja sambil belajar pun boleh.Perancangan Allah sangat teratur untuk adik-adik.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.