Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 31, 2014

Subsidi RM30,000 Untuk Permohonan Skim MyHome Rumah Mampu Milik

Skim MyHome Rumah Mampu Milik adalah satu projek insentif oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha untuk membantu ketidakmampuan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah pertama.Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 kepada isi rumah yang layak.Projek ini dibawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Aku pun rasa hendak memohon Pakej MyHome ini.

Gambar sekadar hiasan

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Info Bantuan 


  • Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta.
  • MyHome terbahagi kepada 2 iaitu MyHome1 dan MyHome2.
  • MyHome1 unit ditawarkan berkeluasan 800 kaki persegi berharga di antara RM80,000 - RM120,000 ( Kawasan Semenanjung ) manakala di kawasan Sabah/Sarawak harga di antara RM90,000 - RM120,000.
  • MyHome2 unit yang ditawarkan berkeluasan 850 kaki persegi harga bermula dari RM120,001 - RM200,000 ( Kawasan Semenanjung ) / RM250,000 ( Sabah dan Sarawak ).
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah.

Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan


  • Syarat utama Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama.
  • Pendapatan isi rumah untuk MyHome1 adalah di antara RM3,000 - RM4,000.
  • Pendapatan isi rumah bagi pakej MyHome2 adalah di antara RM4,001 - RM6,000.
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 tahun.
  • Pindahan Hak Milik kepada keluarga terdekat dibenarkan dalam tempoh tersebut.
  • Subsidi pakej MyHome akan terus dibayar ke akaun pembeli.

Permohonan Skim Myhome : Contoh Subsidi 


  • Maksimum bantuan rumah RM30,000.
  • Subsidi hanya diberikan kepada pemohon yang LAYAK untuk membeli pada harga rumah kos rendah ( MyHome1 ) mengikut definisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
  • Contohnya jika Kerajaan Negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, manakala pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000.Pembeli yang layak dalam skim MyHome ini akan mendapat subsidi dari Kerajaan sebanyak RM30,000 untuk rumah berharga RM70,000.Pembeli hanya membayar RM40,000 sahaja selebihnya subsidi oleh Kerajaan.

Borang Permohonan Skim MyHome 


Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.Permohonan online boleh dibuat di SINI


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.