Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

September 24, 2014

Projek Atasi Masalah Sinki Tersumbat

Baru-baru ini sinki rumah aku tersumbat, air tak mengalir bertakung disinki.Aku pikir kena lakukan projek untuk atasi masalah sinki tersumbat ini.Aku cubalah google macam mana cara nak atasi masalah sinki tersumbat ini.

Kakak aku rekomenkan untuk menggunakan Ultra Kleen Declog dari LENO.Seperti gambar di bawah.Ultra Kleen Declog adalah satu penyelesaian masalah saluran air tersumbat yang tidak berasid.

Ultra Kleen Declog - Enzymatic Drain Opener



Ultra Kleen Declog atasi masalah air tersumbat

Ia mampu melarutkan semua bajan organik seperti rambut, kertas, minyak, tulang, kain dan lain-lain.Penggunaan yang kerap dapat mengelakkan saluran air daripada tersumbat.
  • Tidak bergas
  • Konsentrasi alkali yang tinggi
  • Membersihkan saluran tersumbat
  • Dijamin selamat digunakan pada semua jenis saluran paip air.

Arahan penggunaan :

  1. Keluarkan air yang berlebihan dari sinki, tandas atau saluran air.Tuangkan Ultra Kleen Declog A dan B kedalam saluran air yang tersumbat.kemudian biarkan 1 hingga 2 minit untuk reaksi.
  2. Tuangkan air panas dua kali ganda lebih daripada kandungan Ultra Kleen Declog A & B ke dalam saluran itu.
  3. Biarkan semalaman untuk pembersihan yang efektif

Botol A & B harus dituang sekali



Tadaaa !!!

Tiada lagi air bertakung.

Untuk kesan yang baik gunakan pada waktu malam dan pastikan supaya saluran tersebut tidak digunakan sepanjang malam.

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

1 comments:

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.