Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

January 13, 2015

Kisah Servis Pos Laju Yang Menjengkelkan

Boleh dikatakan kisah menyayat hati ini sudah banyak kali berlaku.Kisah servis Pos laju yang mengecewakan.Kenapa aku kata mengecewakan ? Pengirim menggunakan khidmat Pos laju untuk menghantar barangan online yang dibeli.

Betul ke salah Pos Laju ?

Apa yang menjadi persoalan dalam fikiran aku, aku lontarkan melalui status di Facebook.Alhamdulilah mendapat maklum balas yang positif.Aku rasakan mungkin salah Posmen sebab ada tempat Posmen naik ke atas apartment/kondominium ataupun Flet untuk hantar parcel.Lagi bagus Posmen siap telefon penerima.

Komen di Facebook


TETAPI...

Posmen di kawasan aku tidak hantar sehingga ke depan pintu rumah aku malah tiada notis dilekatkan atau diletakkan di peti surat.Tak percaya tanya bini aku .Dah 3 kali aku terpaksa ambil di Pusat Pos Laju Cheras.Jarak rumah aku ke Pusat Pos Laju Cheras itu bukan dekat lebih kurang pergi balik 30KM.

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya


Tapi ini boleh jadi satu alasan untuk suruh wife aku jangan beli barang online.Kejap-kejap sampai shawl kejap-kejap sampai barang bayi.huhu.Tak pasal-pasal penjual itu kena marah sebab hantar lambat padahal tengok Tracking Number dia boleh beritahu alamat ' not available '.Habis aku tinggal di alam mana ?

Tracking Number Pos Laju

Dah 2 kali aku beritahu pegawai di PPL Cheras itu kenapa Posmen tak hantar ke rumah malahan tiada notis diberi.Jawapan yang sama Posmen lekat atau letak notis di peti surat.Aku tanya wife tak ada langsung Posmen datang rumah.Salah Posmen or Pos Laju ?

Ini email yang aku hantar ke alamat email care@pos.com.my
Tapi sampai sekarang email aku masih belum dibalas.Mungkin sudah dibakul sampahkan kot.Mungkin aku bukan sesiapa pun,hanya orang BIASA....

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

3 comments:

  1. Seriously tak suke dengan mamat posmen yg hntar brg kat rumah...lepas tu tanya kat jiran sblah...ade org ke x kat rumah?? dah nombor telefon ade kat bungkusan..apesal ko tak call je...lepas tu orang ade kat dlm ko pegi letak plak notis kat pintu rumah...ketuk pintu pun tak...nak plak kne pickup sndri kat pejabat...xke mnyusahkan tu...sakit ati

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.