Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 8, 2015

African Yabara Fire Di Bukit Gambang Best !

Ingatkan di sebelah malam di Village Courtyard tak meriah rupanya sangkaan aku meleset.Lagi ramai dari siang hari kot.Semua menantikan persembahan African Yabara Fire ia merupakan persembahan sembur-sembur api keluar dari mulut tu.Secara jujurnya ini pertama kali aku tengok orang sembur api dari mulut.

Tempat persembahan African Yabara Fire

Kalau aku pun dah teruja Damia lagilah bertambah teruja.Tak takut langsung padahal duduk depan sekali kot.Untuk dijadikan kenangan aku pun rakam videonya di SINI.Lebih kurang 30 minit persembahan African Yabara Fire ini.

Lepas habis aku cepat-cepat masuk ke Village Arena untuk tengok persembahan Tarsan Adventure.
Macam biasa Tarzan akan selamatkan haiwan-haiwan hutan dari diburu oleh penjahat.Garapan yang menarik terasa macam tengok Teater pulak.Dari mula sampai akhir Damia menjerit-jerit.Balik dari Village Arena Damia pun tidur dengan nyenyaknya.

Antara babak penjahat yang kena buli



....................................................................................................................................

Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA

Keesokkannya kami ke Water Park untuk mandi manda.Macam biasa sarapan pagi memang terbaik.Kami ambil keputusan untuk naik Tram juga ke Water Park.Tak ramai orang di dalam Tram mungkin ramai yang dah balik.

Tak banyak gambar di Water Park sebab sibuk mandi manda.Jom Layan gambar-gambar di bawah












Penat mandi manda kami pun balik.Kena rehat secukupnya sebab esok dah nak balik Kuala Lumpur.Selamat tinggal Bukit Gambang sehingga kita jumpa lagi.Rasa seronok bila bawa anak-anak, kalau yang masih bujang tak tahulah keseronokannya bagaimana.



Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.