Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 2, 2015

Percutian Ke Bukit Gambang Resort City

Tahun Baru Cina Minggu lepas pertama kali aku dan keluarga ke Bukit Gambang,Kuantan Pahang.Percutian bersama keluarga pada kali ini aku telah rancang sebulan yang lepas.Setelah tengok review oleh orang ramai maka aku pun memilih untuk bercuti ke Bukit Gambang resort City.

Walaupun aku tahu bercuti ke Taman Tema pada waktu Cuti Umum mesti ramai orang.Aku terpaksa pilih juga tarikh itu sebab cuti panjang pada Tahun Baru Cina kali ini.Pagi-pagi Jumaat aku sekeluarga telah bertolak ke Gambang takut traffic sesak hendak ke Pantai Timur.12.30 tengah hari aku telah sampai ke Bukit Gambang Resort City.

Aku memilih untuk menginap di Arabian Bay resort.Apa yang mendukacitakan aku pelayan kaunter beritahu bilik aku tempah belum sedia lagi.Mereka akan call aku bila bilik dah sedia.Aku tunggu di bilik menunggu sementara bilik sedia.What ! pukul 5.00 petang baru aku dapat call bilik dah sedia dan boleh check in.Tak tahulah sebab ramai orang atau orang lambat check out.Aku mula rasa macam tak best percutian kali ini.

Selfie dulu sementara tunggu check in

Ok aku sabar mungkin ada hikmahnya lagipun niat hati nak bawa Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya bersuka ria.Pada masa sama aku tengok ada program TTT oleh Richwork AzizanOsman buat di Dewan Arabian Bay Resort ni.Adalah protegenya Afdlin Sauki dan Fizo Omar.

Boleh tahan besar juga bilik Studio Deluxe ni

Aku ambil bilik Studio Deluxe.So far aku tengok aku bilik aku menginap ni.Barang asas semua ada.Aku dapat bilik block 3 tingkat 6.Ground Floor block ini ada PS Zone, Snooker Centre, Camel Bistro & KTV dan Karaoke Rooms.View bilik aku menghadap ke Dewan seminar Richwork itu.

Untuk makluman, Bukit Gambang Resort City di buka sejak 2009 merupakan Taman Tema Air pertama di negeri Pantai Timur. Jarak dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur sekitar 220 km. Dalam resort ini, ada 2 tempat menginap Caribbean Bay Resort & Arabian Bay Resort, Gambang Water Park, Bukit Gambang Safari Park dan Active Academy Outdoor Recreation.

Dari tempat penginapan boleh menaiki Tram ke Gambang Water Park dan Gambang Safari Park.Bagi yang menginap di luar boleh terus ke Gambang Water Park tempat parking pun banyak.


Waktu Operasi Tram


Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA


Bersambung ke entry seterusnya kenapa aku memilih ke Safari Park hari Sabtu dan bukan Water Park dulu ? Stay Tuned....

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

2 comments:

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.