Ada 4 benda yang aku akan buat sebagai rutin harian bila hendak ke pejabat.Masukkan dompet, kunci rumah/motor, handphone dan paling penting Jam Tangan.Jam tangan paling penting kalau tertinggal memang akan rasa ralat sangat satu hari itu.Aku tulis tangan kanan tapi pakai jam tangan kiri.
Jam tangan merupakan aksesori penting bagi lelaki maskulin seperti aku apabila pergi kerja ataupun bersiar-siar. Setiap pemilihan pakaian dan aksesori jam tangan haruslah dititikberatkan.
Baru ini aku ada survey pilihan jam tangan di Laman Web Zalora.Macam ada yang berkenan dalam hati.Rambang mata sampai banyak sangat pilihan Jam Tangan untuk dipilih. Banyak jenis-jenis jam tangan lelaki yang sesuai digayakan untuk ke pejabat dan paling sesuai digayakan dengan pakaian formal.Barulah masa meeting boleh letak tangan atas meja saja.
Ok aku dah senarai pendekkan jam tangan yang menjadi pilihan aku selepas survey.
Gayakan juga jam tangan chronograph yang bertali sintetic seperti di atas. Pilihan jam tangan seperti ini menjadikan aku lebih kelihatan maskulin dari biasa.
Akhir sekali pilihan aku adalah jam tangan bertali besi. Tidak kira sama ada analog atau choronograph, jam tangan bertali besi merupakan pilihan terbaik bagi aku yang ingin tampil lebih elegan. Selain pemilihan pakaian yang sesuai termasuk padanan tali leher dan kasut.Kalau meeting barulah orang boleh bagi projek sebab nampak kemas dan bertrampilan.
Kalau korang diberi pilihan antara 3 jam tangan ini korang pilih yang mana ? Bantu aku untuk buat pilihan…
