Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

February 24, 2017

Belasungkawa Izz Dhia Aisyah

28 Julai 2016 - 13 Februari 2017

Assalamualaikum,

6 bulan lebih Allah beri kami pinjam Anak Syurga Izz Dhia Aisyah bersama kami.Anak comel dengan mata hitam punya besar dan bulat.Bila tersenyum nampak lesung pipitnya.Ikut siapalah tu.
Izz Dhia Aisyah bila saya dukung mesti menangis dia hanya rapat dengan mama nya.

Malam tu pertama kali dalam seumur hidupnya Dhia tidur atas bahu saya.Dua orang kakaknya selalu nyenyak tidur di bahu.Dhia tak ada penyakit apa sihat Walafiat.Mungkin sebelum lahir Dhia sudah berjanji dengan Allah untuk bersama kami 6 bulan sahaja.




Kami Redha dengan pemergiannya cuma sedih Dhia pergi tanpa kami berada disisi.Kami sahaja yang tahu macam mana perasaannya.Sudah Qada & Qadar nya begitu.Cuma senantiasa berhati-hati dan berwaspada.Ada masa kena fikir positif dan ada masa kena fikir negatif juga.Cukuplah ucapkan Takziah kerana ucapan takziah boleh diucapkan 3 hari sahaja selepas kematian.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada family dan rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung.Juga kepada rakan sekolah, tempat kerja dan sahabat-sahabat blogger yang mengucapkan ucapan takziah.Bila masa-masa macam ini barulah kita tahu siapa kawan dan siapa sahabat.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Kita akan cuba menjadi kuat dan tabah dan menjaga amanah anak ( Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya ) daripada Allah.Harap anda dapat mendoakan kami senantiasa.Takat ini saja coretan yang mampu saya tuliskan.Saya sebak...

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

18 comments:

  1. Semoga kau kuat suamisteri. InshaaAllah Dhia tunggu kat sana..

    ReplyDelete
  2. SIDS ke? Allah.. takziah Pejay n wife :'(

    ReplyDelete
  3. dah ada anak syurga yang melambai-lambai kedatangan ibu ayah tercinta di akhirat kelak.. saham akhirat untuk kalian berdua.. antara insan-insan yang terpilih..

    salam takziah.
    ainie zubir
    mrspuex.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. moga sahabat dan isteri diberi kekuatan untuk menempuhi ujian dari Allah s.w.t

    ReplyDelete
  5. semoga bro dan keluarga kuat dan tabah...

    ReplyDelete
  6. Semoga Tabah dan kuat tuan. Tabahkan hati. Sentiasa mendoakan untuk arwah

    ReplyDelete
  7. Takziah . Semoga kuat dan cekal hati menerima ketentuanNya..

    ReplyDelete
  8. Semoga diberi ketabahan hati....
    Dia menunggu di sana...

    ReplyDelete
  9. Allah sedih membacanya..anak syurga mneunggu ibu bpanya di sana

    ReplyDelete
  10. Moga faizal terus sabar & kuat menghadapi hari-hari yg mendatang bersama izee & 2 puteri yg tersayang..

    Al-fatihah buat anak syurga kalian..

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.