Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 15, 2017

Chewies Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records ( MBR ) di Sunway Lagoon

Pada hari Sabtu 11 March 2017 Chewies telah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records dalam penyertaan  "Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" di Sunway LagoonSaya dan keluarga telah menyertai satu acara terbesar Chewies untuk mencipta rekod itu dan juga murid-murid dari lebih 30 buah sekolah di Lembah Klang.Mereka menikmati lebih daripada 3000 pastil Chewies Immunolicious.

Chewies Immunolicious ( Pastil ) Meningkatkan Sistem Imun

Pastil ini diperkaya dengan Wellmune - sejenis gluco polysaccharide diperoleh daripada penapisan Yis yang cukup baik yang bertindak sebagai penggalak sistem imun semula jadi untuk kanak-kanak dan dewasa.Mudah dimakan dan lebih menarik kepada kanak-kanak.Ia dimiliki oleh AJ Research and Pharma ( AJRP ).Boleh didapati dengan perasa Mega-Mango, Super-Strawberry dan Ultra-Orange.

Dari kiri :
Mr. Chang Hon Chung (Sales & Marketing Manager), Mr. Ayman Izzaz (Asst. Manager Analyst, Research & Marketing MBOR), Mr. Javed Ghulam Muhammad (CEO of AJ Research & Pharma Sdn. Bhd.), and Josephine Cheah (Product Manager, Consumer Health AJ Research & Pharma).




Seramai 1800 kanak-kanak bersama ibu bapa dan guru berkumpul di Sunway Amphitheatre, Sunway Lagoon dengan gembira sambil mengunyah pastil yang enak.Untuk rekod hari itu pihak Chewies berjaya mengumpul seramai 1958 orang untuk mengambil pastil Chewies beramai-ramai dan secara automatik telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records paling ramai orang menjayakan acara ini. 

Izz Dania Sofiya pun dapat Pastil in.Punyalah suka.




Nampak tak tu punya excited Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya dari rumah dah pakai baju mandi.Sebenarnya sebelum masuk diorang dah merengek nak masuk kolam.Bolehlah tahan dalam sejam lebih lepas tu dah jalan-jalan menangislah.

Sebelum terjun mandi bergambar dulu di board ini.Sofiya tu
memang susah betul nak bergambar
Terima kasih Chewies dan Sunway Lagoon kerana memberikan tiket percuma kepada kami sekeluarga. Dari pukul 1.00petang sampailah Sunway Lagoon tutup melayan diorang ini mandi.Punyalah suka dari takut-takut nak naik gelongsor sampailah pandai sendiri naik dan turun mainan tu.Tengok wife dan anak-anak gembira saya pun rasa seronok saja.






Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.