Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

April 23, 2017

Nikmati Signature Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

Bulan Ramadhan 2017 akan kunjung tiba dalam 37 hari lagi.Bulan Rahmat yang pasti ditunggu-tunggu oleh Umat Islam.Selain melakukan ibadah di bulan Ramadhan rakyat Malaysia pasti akan mencari Bufet Ramadhan untuk berbuka puasa bersama keluarga.Sempena Ramadhan yang bakal tiba, Restoren Bangi Golf Resoft ( BGR ) akan menghidangkan kepada para tetamu signature Buffet Ramadhan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017.

Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi



Untuk makluman restoren BGR adalah restoren yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM.
Pada 15 April 2017 saya sekeluarga telah menghadiri majlis preview untuk memperkenalkan menu-menu istimewa Buffet Ramadhan 2017 yang akan tiba nanti.Terima kasih kepada Kak Red.

Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan daripada chef-chef yang berpengalaman.Terdapat sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.

Secara jujur saya memang meminati Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak di Bangi Golf Resort.Para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas dari kuali.Juga termasuk menu Sate Ayam dan Daging dibakar setiap hari.





Kalau dah tekak tu nak selera Melayu saja, Restoren BGR memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini.Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.






Nikmati menu kegemaran Ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti " Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma".Untuk pilihan yang lebih klasik, pengunjung boleh menikmati Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti  Carbonara yang semestinya menjadi menu pilihan apabila bersama keluarga di Restoren BGR.Jangan lepaskan menu terbaru tahun ini iaitu " Peri-Peri Chicken Drumlets " yang pasti menjanjikan rasa yang luar biasa.








Tak lengkap kalau pergi Buffet Ramadhan tapi tak makan pencuci mulut kan.Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan maksimum kepada para pengunjung.Pilihan yang disediakan adalah seperti " Spanish Churros " bersama sos coklat pekat, termasuk pelbagai kuih muih tradisional Melayu, puding, agar-agar dan bua-buahan Tropika.Terbaru tahun 2017 pencuci mulut Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls ( Red Velvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate ), Lychee Rose Cake, Pandan ula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na.














Anda pengemar durian ? berita baik kepada anda terdapat promosi " Durian Runtuh " di mana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang.Selain buah-buahan segar terdapat juga Gelato ( ais krim ) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa Musang King dan P.G.A ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi ).Buah durian dan gelato boleh dibeli an dibawa pulang di mana pengunjung BGR akan diberikan diskaun eksklusif.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara " live " dari jam 6.30petang sehingga 9.30malam setiap hari.Jan khuatir Restoren BGR juga menyediakan ruang solat dan parking yang secukupnya untuk para tetamu.

Oppss sebelum terlupa kesemua juadah di atas boleh dinikmati dengan bayran sebanyak RM58 ( dewasa ) dan RM28 ( kanak-kanak ).

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk membuat tempahan atau pertanyaan boleh hubungi 1-700-81-8557. Atau layari laman web dan media sosial Bangi Golf Resor untuk info lanjut.

Alamat : No.1 Perisaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

Koordinat : 2.95716N, 101.76518E

Email : sales@bgrrest.com

Website : http://www.bgrrest.com

Facebook : http://www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram : @bangigolfresortofficial




Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

4 comments:

  1. Thank for sharing. Terliur tengok makanan2 tu sume. If intrested, layari page ni mana tau boleh nuat desert sendiri �� http://dbestummi.blogspot.my/2016/01/resepi-churros-yang-sangat-rangup-bertambah-lazat-cicah-coklat-leleh.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Macam macam ada! Rambang mata nak makan mane dulu.huhu

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan mesej yerr...

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.