Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 28, 2017

28.7.2016 Genap 1 Tahun Usia Izz Dhia Aisyah

Sekejap saja masa berlalu ikut tarikh hari ini genap setahun 28.07.2016 usia Almarhumah Izz Dhia Aisyah.Allah lebih menyayangi Izz Dhia aisyah genap usianya 6 bulan dia bertemu dengan Penciptanya.Hari ini genap 5 bulan Izz Dhia Aisyah anak syurga meninggalkan kami.

Ye....bukan senang menghadapi Ujian Allah ini tapi kami telah Redha dan menerima segala yang berlaku. Ujian inilah yang membuatkan kita kuat. Akan terasa perubahan-perubahan dalam diri kita.Kita insan kuat..kita insan terpilih. Bersabarlah dan redhalah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)


6 bulan masa yang Allah pinjamkan Izz Dhia Aisyah pada kami sangat bermakna.Gambar-gambarnya dalam simpanan yang membuatkan kami gembira.Syukur Alhamdulilah kakak-kakak yang apabila ditanya mereka dah boleh memahami dan ingat pada adik mereka. Setiap malam kami ajar supaya Izz Damia Aqilah dan Izz Dania Sofiya berdoa untuk adik mereka.Supaya mereka tidak mudah melupakan.Sekarang dapat perasan yang Izz Dania Sofiya perasan dia macam adik.kadang mengada kadang merengek kadang nak dukung.Macam-macam ragam dah.

Kuatlah. Redhalah. Senyumlah. Kesatlah airmata mu . Anak kita menunggu kita di pintu syurga :')

Al-Fatihah~






Khamis, 27/07/2017 11.24pm

Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.