Satu impian setiap keluarga untuk memiliki rumah sendiri terutama sekali kepada mereka yang sudah lama duduk menyewa.Banyak yang perlu diuruskan sebelum memasuki rumah baru agar dapat mengelakkan tekanan apabila proses pemindahan.
Berpindah rumah adalah satu proses yang lama dan memeningkan
kepala. Tidak kira sama ada anda mempunyai barang yang banyak atau sedikit,
perancangan awal haruslah dilakukan dengan rapi. Tambahan pula jika anda
bercadang atau telah melakukan kerja ubahsuai atau renovation sebelum berpindah masuk.
Jadi, bagi anda yang akan berpindah ke rumah baru tidak lama
lagi, beri perhatian kepada enam tips perkara penting yang telah saya senaraikan
ini.
Ketahui 6 Tips Sebelum Berpindah Masuk Ke Rumah Baru
1. Cuci rumah selepas kerja ubahsuai selesai
Setiap kali kerja ubahsuai dilakukan, rumah anda pasti akan
mempunyai habuk dan sampah yang banyak dari kerja-kerja kayu dan konkrit yang
dilakukan. Jadi, setelah kontraktor anda selesaikan kerja mereka, upah tukang cuci yang profesional untuk
membersihkan rumah anda secara menyeluruh.
2. Tukar tombol pintu dan mangga
Ini adalah langkah keselamatan yang sangat penting bagi anda
yang membeli rumah daripada pemilik asal. Sebelum anda berpindah masuk,
dapatkan perkhidmatan tukang kunci yang boleh datang ke rumah untuk menukar
semua tombol pintu dengan tombol yang baru. Bagi pintu atau tingkap yang
mempunyai gril keselamatan, tukar mangga baru sudah memadai.
3. Kemaskini alamat surat-menyurat
Kemaskini maklumat anda dengan alamat baru untuk semua akaun
bank dan langganan lain yang berkaitan. Langkah ini sangat penting kerana anda
pasti tidak mahu surat anda dibaca oleh penghuni rumah lama anda bukan ? Jadi,
lakukan dengan segera ya! Jangan menyesal di kemudian hari mungkin ada surat-surat penting yang kita terlepas pandang.
4. Daftar akaun utiliti yang baru
Bekalan elektrik dan air secara umumnya akan disediakan
untuk semua rumah yang dibina oleh pemaju. Walau bagaimanapun, anda perlu
lakukan pendaftaran akaun baru jika anda baru berpindah ke rumah itu. Tetapi,
bagi akaun internet dan ASTRO, anda boleh memindahkan akaun yang sedia ada ke
alamat yang baru. Dapatkan maklumat lanjut sebelum anda berpindah.
5. Dapatkan perlindungan insuran
Bagi kebanyakkan rumah berstatus strata, perlindungan
insurans bagi setiap rumah akan didaftarkan secara terus dan jumlah premium
yang perlu dibayar akan dimaklumkan oleh pihak Badan Pengurusan Bersama. Jika rumah baru anda
masih belum mempunyai insuran, dapatkannya dengan dengan segera.
6. Gunakan perkhidmatan mover (atau lori pemindahan)
Jangan sesekali fikir untuk pindahkan barang anda sendiri
sendiri (atau dengan bantuan kawan dan keluarga). Barang yang kita lihat
seperti sedikit sebenarnya memerlukan tenaga dan kudrat yang lebih apabila
hendak dibawa keluar dari rumah, dimasukkan ke dalam kereta dan kemudian
diangkat masuk pula ke rumah baru. Jadi, lebih baik anda dapatkan perkhidmatan mover yang berpengalaman untuk pindahkan semua
barang anda. Jimat masa, jimat tenaga!
Pindah masuk ke rumah baru sepatutnya menjadi satu memori
yang indah buat anda sekeluarga dan penuh dengan rasa teruja. Jadi, jangan
bebankan diri anda untuk lakukan semua perkara sendiri. Lakukan perancangan
awal, checklist yang lengkap dan
dapatkan bantuan daripada penyedia khidmat untuk lakukan perkara yang berat
untuk anda.
Jika anda masih mencari mover
dan cleaner,
layari Recommend.my.
Recommend.my kini mempunyai 7000+
penyedia khidmat di seluruh negara sedia untuk membantu anda. Dapatkan sebut
harga dengan hanya beberapa klik sahaja ! Jangan berlengah lagi.
