Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

March 31, 2019

Setelah 19 Tahun Bekas Pelajar Sekolah Teknik Kerian Kembali Bertemu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu Majlis Reunion Sekolah Menengah Teknik Kerian (SMTK) Bagan Serai tahun 2000-2001 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 March 2019 bertempat di PJ Event Space Petaling Jaya. Kami akhirnya dapat berkumpul bersama setelah 19 tahun tidak ketemu sebaik menamatkan persekolahan selepas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Sebelum itu ada yang telah berjumpa sesama kami tapi kali ini dihadiri paling ramai bekas pelajar dan keluarga.




Tema Hitam Putih


Bertemakan Hitam Putih dan Denim, Majlis berlangsung gilang gemilang yang dijayakan oleh AJK-AJK yang terpilih dan bantuan-bantuan daripada orang perseorangan.Terima kasih kepada komuniti2 dan AJK-AJK yang terlibat.Bukan mudah nak mengumpul seramai bekas pelajar dengan pelbagai komitmen masing-masing maklumlah semuanya dah bekeluarga kan.Apa yang penting maklamat untuk menghargai persahabatan sejak zaman sekolah lagi dapat dijayakan dengan kerjasama dari bekas-bekas pelajar.Ada sahabat yang sanggup datang dari Perak dan Pahang.Aku respek betul dan ada yang car pool dari Perak tu.



Kira-kira 40 orang termasuk pasangan masing-masing telah menghadirkan diri demi merealisasikan impian bekas pelajar SMTK.Persiapan majlis ini telah dirancang seawal bulan Januari 2019 lagi bertujuan agar bekas pelajar SMTK dapat mengatur masa untuk menghadirinya.
Aktiviti yang dilakukan Music Dance anak-anak,Music Dance bapak2 dan mak2,Mandi di swimming pool anak2,Permainan gelongsor,cabutan bertuah dan exchange gift minimun hadiah RM30 bagi memeriahkan suasana majlis.

























Jangan terkejut batch ni kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) perempuan lagi ramai dari lelaki pelajarnya.1 kelas tu lelaki tak lebih 10 orang berbanding perempuan.Tapi sekarang apabila memasuki alam pekerjaan ada yang masuk bidang yang sama dan ada yang totally kerja lain.Ada yang kerja kerajaan ada yang kerja swasta dan ada yang kerja sendiri.Allah sebaik-baik perancang.

Rata-rata menyatakan rasa gembira yang teramat sangat dengan penganjuran majlis ini.Ada yang kata tiap-tiap bulan nak buat reunion.haha...Kami amat berterima kasih kepada penganjur kerana melalui majlis inilah kita dapat berkumpul kembali setelah berbelas tahun tak berjumpa.

* Alhamdulilah rezeki Izz Dania Sofiya dapat no.1 Music Dance dan Izz Damia Aqilah top 3.Walaupun pada mula tu malu-malu dan tak mahu masuk.Terima kasih pada penyumbang hadiah no.1 tu sangat berguna.Pandai pilih hadiah untuk anak-anak.







Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.