Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

July 27, 2019

Tempah Percutian Murah Bersama Jetstar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perkara pertama yang akan saya buat apabila ingin menempah tiket penerbangan,Saya akan cari syarikat tambah murah yang boleh memberi harga kos paling minimum.Ketika ini banyak syarikat penerbangan yang menawarkan harga tiket murah cuma kita kena pandai carilah.Salah satu yang terkenal dan berpengkalan di Australia adalah Jetstar.Saya lebih berminat untuk kurangkan kos dan nak naik flight yang selesa saya akan cari cheapest Jetstar flights dekat Traveloka.Senang sangat nak tempah penerbangan.Zaman sekarang dengan kesibukkannya mesti kita nak jimatkan masa kalau nak pergi satu tempat. Sebab tu pentingnya low cost airline ini. 

Percutian Murah Bersama Jetstar



Dengan Traveloka anda boleh tempah secara online booking.Macam saya nak melancong ke Kuching dan nak cari cheapest flights to Kuching saya akan buka website Traveloka ataupun application Traveloka search dulu Jetstar dan isikan detail macam destinasi yang anda nak pergi contoh Kuching, pilih tarikh yang anda plan nak pergi seeloknya bukan musim cuti sekolah atau hari perayaan,Lepas itu klik search flight.



Anda akan nampak senarai penerbangan yang ada pada tarikh yang anda pilih itu.Pilih mana satu yang nak isi detail penumpang dan buat pembayaran.Sudah selesai dan anda boleh terbang dengan tiket harga murah.Pembayaran boleh melalui online banking atau kad Kredit.Jika semuanya telah selesai anda akan dapat e-ticket kat dalam akaun Traveloka atau email.Simpan dan jangan hilangkan kerana perlu tunjukkan pada hari kejadian.E-ticket ni lah bukti masa anda nak check in di airport nanti.


Jetstar ini berpengkalan dekat Australia, salah satu low cost airlines yang ada kat dunia. Lebih kurang 75 destinasi yang anda boleh terbang dengan Jetstar ni. Dari segi tempat duduk pulak ada 2 class iaitu Economy Class dan Business Class. Economy class anda boleh bawak maximum 7kg bag cabin tapi yang pastinya murah. Untuk business class pulak anda boleh bawak 2 kali ganda bag cabin dan tempat duduk dia luas sikit dari economy class punya tempat duduk. Apa-apa pun harga masih murah kalau nak dibandingkan dengan syarikat penerbangan lain. 

Kuching Waterfront


Baru dapat tahu tempat happening kat Kuching lokasinya adalah di Kuching Waterfront.Teretak di
sepanjang 1km di tepian Sungai Sarawak.Terdapat pelbagai tarikan yang menarik untuk dilawati di Kuching antaranya Tokong Cina yang tertua iaitu Tokong Tua Pek Kong serta monumen Charles Brooke.Kalau anda ke sini pada waktu siang, anda dapat menikmati pemandangan yang memukau jiwa Kubu Margherita, Astana dan perkampungan Melayu yang terletak di seberang sungai.

Untuk menikmati pemandangan di sekitar yang lebih menarik, anda boleh menaiki bot Penambang dari jeti ke jeti.Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderahati yang banyak dijual di sekitar Waterfront.

Islamic Heritage Museum


Islamic Heritage Museum pula merupakan sebuah tempat menarik di Kuching yang menunjukkan kekayaan khazanah sejarah dan budaya masyarakat Islam di Nusantara.Pelbagai info tentang hubungan antara perkembangan Islam di perusuk ini dengan kawasan lain di dunia.Bermacam informasi yang dapat anda tengok serta pameran antaranya adalah tentang sejarah Islam di Sarawak, senibina Islam, perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia Islam.Kostum muzik dan banyak lagi tempat menarik.

Muzium Tekstil Sarawak


Bangunan dengan seni bina Renaissance Inggeris ini pada asalnya merupakan Pusat Perubatan sebaik siap pembinaannya pada tahun 1907.Kemudian, bangunan ini diambil alih untuk dijadikan Jabatan Pendidikan.Tapi sejak Ogos 2000, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak.Anda juga dapat melihat macam mana tekstil ini dihasilkan dari benang sehinggalah ia siap sebagai sehelai kain.Ini salah satu keistimewaan tempat ini.

Muzium Sejarah Cina Sarawak


Dirasmikan pada tahun 1993 sebagai Muzium Sejarah Cina Sarawak, bangunan muzium ini sebenarnya menyimpan memori yang jauh lebih lama daripada itu.Struktur muzium ini telah dibina pada tahun 1912, sejak itu sehinggalah tahun 1921, bangunan ini digunakan sebagai mahkamah oleh masyarakat Cina.Kini, muzium ini menyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih.Barangan pameran yang dapat dilihat di sini adalah seperti peralatan muzik, barangan seramik dan banyak lagi.Di samping itu, anda dapat mengetahui lebih mendalam berkenaan kepelbagain etnik Cina yang wujud serta info-info berkaitan.


Boleh Kongsikan Artikel Ini !
SOCIAL →
FOLLOW →
Kongsi →
Dibawa Oleh: Faizal Anuar
Related Posts with Thumbnails

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.