Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label AHB. Show all posts
Showing posts with label AHB. Show all posts

January 4, 2017

Pelaburan Dalam Unit Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Semalam ada saya up status di Facebook berkenaan Pelaburan  Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), ramai plak yang PM inbox dan whatsapp tanya tentang AHB ni.Saya bukan agen AHB ye.So saya akan cuba menjawab apa yang saya tahu tentang AHB ni.

Sebenarnya AHB dah lama wujud sejak tahun 2012 lagi.Semalam ramai beratur panjang untuk ambil dividen ASB, saya tak kisah pun sebab matlamat pergi Maybank Subang Jaya untuk buka akaun AHB.Pergi time lunch terpaksa tunggu pegawai bank itu 15 minit.Pegawai itu berbangsa Cina dan bernama Jess.Pegawai itu yang beritahu saya orang Bumiputera tak ambil peluang itu atau tak tahu maklumat pasal AHB ini.


Info Tentang Amanah Hartanah Bumiputera ( AHB )

AHB ditaja oleh Pelaburan Hartanah Berhad dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Pemegang Amanah bagi dana ini ialah AmanahRaya Trustees Berhad.AHB adalah dana unit amanah Patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi perdana di Malaysia. Ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam memiliki hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit dalam AHB sebagai pemegang unit.Yang menariknya AHB juga membuat potongan zakat dan boleh dapat pengecualian cukai juga.Banyak juga saya dapat info dari kawan yang kerja di Pelaburan Hartanah Berhad.Dia jaga projek2 PHB diorang ada target agar dapat bayar duit pelabur setiap tahun.


Kelebihan melabur dalam AHB

- Pelaburan itu disokong oleh hartanah komersil di lokasi utama di Malaysia.

- AHB merupakan skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah.

- Dana diuruskan oleh pengurus dana profesional dan berpengalaman.

- Berpatutan kerana ia hanya memerlukan pelaburan permulaan yang kecil.

- Hak-hak dan kepentingan anda dipantau rapi oleh Pemegang Amanah bagi Dana.

- Pelaburan jangka panjang dengan pulangan yang kompetitif.

- Rangkaian cawangan Maybank yang meluas di seluruh Malaysia.

Cara untuk buka akaun AHB 

Menurut pegawai Jess ada dua cara untuk buka akaun AHB.Secara cash ataupun guna Akaun 1 KWSP.Jika sebelum ini, untuk memulakan pelaburan, anda memerlukan RM1000, tapi menurut Jess untuk cash boleh buka akaun AHB RM100 dan boleh potong dari akaun Maybank. Kalau buka akaun AHB RM1000 memang saya balik dululah lain kali baru buka.



Untuk guna akaun 1 KWSP boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank dan bawa sekali penyata terkini KWSP.Kalau potong dari KWSP gambar atas adalah jadualnya.contoh umur 32tahun dalam akaun 1 kena ada minimum RM34k.Jika tak cukup syarat pakai cash saja untuk buka akaun AHB.Anda boleh tambah bila-bila di cawangan Maybank dan isi form borang khas untuk AHB.Lebih kurang macam ASB lah cuma ASB ada buku AHB ni dia bagi kertas slip dengan no akaun sekali.No akaun tulah guna untuk isi form tadi.

Setiap hujung tahun dapat penyata untuk claim pengecualian cukai.Pulangan memang berbaloi sebab hartanah kan.Hujung tahun nanti dia akan bagi invois utk claim cukai. Simpan dlm rekod, dia akan bagi jumlah cukai dikecualikan, masukkan jumlah tu masa declare kat lhdn.Dividen 2x dalam setahun dan dividen itu akan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank anda.Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya kepada pegawai Maybank semasa anda buka akaun AHB.Ataupun boleh tinggalkan komen di bawah.

Jom layan dulu iklan AHB ini.





 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.