Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

April 8, 2014

Moh Sertai Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014

Di sini aku ingin menghebahkan sedang berlangsung Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014.Syarat cukup mudah dan yang paling penting letakkan 1 gambar anda bersama anak/anak saudara/bayi/budak kecil, yang anda rasa ianya gambar yang paling ‘moment‘ buat anda.

Moh sertai Mini Giveaway sebelum  tarikh terakhir 13 April 2014 pada jam 11.59 malam. Hadiah yang ditawarkan merupakan DVD Dunston Baby Language DVD kenali bahasa bayi ) yang diimport.Aku nak tahu juga bahasa anak aku dok cakap sekarang nie.

Jom sertai Jom sertai Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014

Kiniko


Moment yang paling SWEET bersama anak aku Izz Damia Aqilah semasa Travel ke Bukit Tinggi, Indonesia Di kilang makanan dan minuman tradisional KINIKO


March 18, 2014

Saat Indah Aku Dan Keretaku

Sudah pasti dikalangan pembaca blog ini mempunyai kenangan saat indah bersama kereta kesayangankan.Sama juga seperti aku mempunyai saat indah bersama keretaku.Kebanyakkan dari kita pasti bila mula bekerja mesti nak beli kereta bukan fikir nak beli rumah dulu ataupun kahwin dulu ke.

Lepas Diploma aku kerja lebih kurang hampir 1 tahun di Seberang Jaya, Kereta pertama aku beli tak silap pada tahun 2008 kereta second hand Proton Saga Aeroback bernombor pendaftaran BDN5874.Usia kereta ini hampir 20 tahun tapi enjin semua dalam keadaan baik.Cat kereta ini masih baru.Berkilat lagi.

Owner sebelum ini kerja Tentera mungkin tak selalu guna kerata kot.Nak beli kereta baru tak mampu, bulan-bulan mahal jadi ambil kereta second hand dan bayar cash.Tak payah pening kepala.



Al kisahnya aku beli kereta ini ditemani rakan baik aku.Beli di kedai kereta terpakai.Sebelum beli mestilah kena test drive dulu kan.Aku dan rakan pun ' lenjan ' lah kereta ini, buat drift, main selekoh dan pecut laju.Hampir terbabas sebab masih kekokan.

Aku dan rakan baru terpikir kan aku nak beli kereta ini kenapa aku macam nak merosakkan kereta ini.Buat kereta ini macam kereta sewa pula.Akhirnya ambil juga kereta ini sebab aku check enjin dia superb lagi.Bawa laju pun tak bergoyang stering.Bukan senang nak cari kereta macam ini getus hatiku.







Potongan Sehingga 15% Insuran Oleh RichPlan4u.com

Beli kereta di Malaysia ini mesti kena beli sekali insuran, kalau korang nak renew insuran kereta dan cukai jalan korang boleh guna servis dari RichPlan4u.com .Sekarang mereka tengah kempen ' Smart Driver Sweet Discount 2014 ' dari 1st - 31st march 2014.Kempen oleh Rich Plan Management & Consultancy.



Untuk makluman, RichPlan4u.com adalah syarikat yang menawarkan servis pembaharuan insuran kereta dan cukai jalan.Mereka menawarkan potongan harga sehingga 15% ke atas NCD sedia ada melalui kempen di atas.Semua pemilik kenderaan ditawarkan diskaun ini.Korang bolehlah terjah laman web RichPlan4u untuk maklumat lanjut dan isi BORANG untuk tempahan awal.

iPad Mini come to papa !!!

December 31, 2013

Senarai Peserta Giveaway Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-2

Dua minggu lepas saya telah menganjurkan satu Giveaway dan tamat pada 29 Disember 2013 lalu.Hadiah Random Giveaway Ulangtahun Perkahwinan Tahun Ke-2 ini berupa Wangian Kasturi Emas.Siapakah gerangan yang bertuah ye.Pasti ramai yang tertunggu-tunggu.

Untuk makluman tarikh Giveaway ini telah dilanjutkan seminggu kerana ada peserta rasakan tempoh masa diberi terlalu singkat.Setelah tamat pada 29 Disember 2013, sebanyak 10 penyertaan diterima dengan URL penyertaan lengkap diberikan. Harap jika ada yang telah buat entri dan saya terlepas pandang,mohon rujuk senarai penyertaan di bawah jika tiada boleh hubungi saya segera..

Berikut adalah senarai peserta Random Giveaway Kasturi Emasi dan angka cabutan untuk peluang menangi hadiah wangian Kasturi Emas. Senarai disusun berdasarkan urutan penyertaan terawal..

Senarai Peserta Random Giveaway Wangian Kasturi Emas


Nombor CabutanNama PesertaURL Penyertaan
1Syuhada Sallehhttp://www.syuhadasalleh.my/2013/12/giveaway-faizalpjcom-sempena-ulangtahun.html
2Akma Omarhttp://www.akmaomar.com/giveaway-faizalpj-sempena-ulangtahun-perkahwinan/
3Ieta http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/12/giveaway-faizalpjcom-sempena-ulangtahun.html
4Hafiz Mohdhttp://www.hafizmohd.com/blogging/giveaway-faizalpj-com-sempena-ulangtahun-perkahwinan/
5Mama Darwiish http://mamadarwiish.blogspot.com/2013/12/giveaway-faizalpjcom-sempena-ulangtahun.html
6Bahrain http://www.adarain.com/2013/12/giveaway-faizalpj-com-sempena-ulangtahun-perkahwinan/
7Hani Rahmanhttp://jombercontest.blogspot.com/2013/12/giveaway-faizalpjcom-sempena-ulangtahun.html?
8Aku Penghiburhttp://www.akupenghibur.com/2013/12/giveaway-faizalpjcom-sempena-ulangtahun.html
9Ahmad Faizalhttp://ahmadfaizal.com/2013/12/27/giveaway-faizalpjcom-sempena-ulangtahun-perkahwinan/
10Lalazarrynhttp://lalazarryn.blogspot.com/2013/12/giveaway-faizalpjcom-sempena-ulangtahun.html
* Mohon maaf jika nama peserta bukan nama penuh.Ambil dari nama blog.
* Harap dikemudian hari jika diizinkan, bilangan peserta akan bertambah.InshaAllah.


Pengumuman Pemenang Random Giveaway Kasturi Emas

Pemenang yang bertuah InshaAllah akan umumkan di Faizalpejay Fanpage

Untuk makluman pemenang bertuah akan dihubungi melalui email ataupun Facebook Hadiah perlu dituntut dalam tempoh 72 jam setelah pemberitahuan.


UPDATE: 

December 16, 2013

Salam Media - Satu Platform Pengiklanan Islamik Di Malaysia

Satu lagi media pengiklanan telah muncul di Malaysia.Diberi nama Salam Media dengan motto ' We help reach your target audience quickly '.Satu platform pengiklanan Islamik di Malaysia.Salam Media diterajui oleh Muhammad Edwin Masripan dari blog Noktahhitam.

Apa itu Salam Media ?


Kalau nak tahu Salam Media adalah salah satu platform pengiklanan Islam yang cuba di terapkan dalam pengguna Blogger, Facebook, Twitter dan juga InstagramSalam Media adalah komuniti penulis blog dan pengguna media sosial bersedia untuk berkongsi dan akan bekerjasama dengan jenama yang mereka suka. Salam Media mematuhi syariah, telus dan boleh dipercayai.


Pioneer Islamic advertising platform for all social media users across the globe.
Baru-baru ini mereka buka booth di Event Blogrrr.Ada juga sesi daftar Salam Media di sana.Nak menang iPad Mini ? Blogger INI cukup suka kalau ' Lucky Draw ' iPad Mini.Boleh daftar di Borang Pendaftaran Salam Media.Syarat daftar tak ketat hanya jawab apa dalam borang itu.Kalau nak lebih ' point ' buat blog post mengenai Salam Media.Boleh tambah 20 point untuk peluang menang iPad Mini.

We focus on delivering the best form of advertisement, word of mouth

Bloggers Hall of  Fame

November 27, 2013

Tips Mengenali Virus Malware,Worm,Trojan dan Spyware

Baru-baru ini format laptop sebab rasa macam lembab saja bila menggunakannya.Aku kalau lembab ini syak memang laptop ini kenal virus la.Scan virus detect ada Trojan.Apa lagi aku nak tahulah apa itu virus Trojan,Worm, Malware, Spyware dan sebagainya.


Ada Virus Malware,Worm,Trojan dan Spyware agaknya dalam ini



Apa itu Malware, Virus, Worm, Trojan Horse dan Spyware ?


Hakikatnya jika berlaku sesuatu yang pelik terhadap komputer kita, jangkaan pertama kali kita akan sebut ialah kena Virus. Namun adakah korang faham kenapa ianya berlaku, adakah disebabkan virus atau ada sebab lain.


Malware


‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan untuk tujuan mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian. Maksudnya bertujuan dicipta untuk tujuan merosakan dan mengagalkan operasi sesuatu perisian atau system pengoperasian. Contoh Malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .


Virus


Virus adalah satu ciptaan yang bertujuan untuk menganggu dan merosakan system komputer. Ianya dikatakan antara Malware pertama yang wujud.Virus boleh bersarang di banyak jeni fail. Sasaran utama virus adalah file yang mempunyai format seperti EXE, COM, VBS serta ianya juga boleh bersarang di dalam fail dokumen dan Boot sector komputer . 

Penyebaran ke komputer lain boleh dilakukan dengan pemindahan fail atau data dari satu komputer ke komputer yang lain, seterusnya ianya menukar format sesuatu fail sehingga ianya tidak dapat dibuka dan lebih parah komputer gagal beroperasi sepenuhnya. 



Worm


Worm juga disebut sebagai Cecacing. Kalau virus bersarang pada suatu program atau dokumen, Worm i tidak demikan, malah ianya merupakan sebuah program yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan sarang untuk merebak dan tidak memerlukan bantuan orang untuk tersebar . Melalui jaringan ianya boleh bertelur terutama jika kurangnya aspek keselamatan ditekankan dalam komputer. Setelah masuk ke dalam suatu komputer, Worm akan mengubah beberapa pengaturan di sistem operasi agar tetap hidup. Kebiasaannya, ia memasukkan diri dalam proses boot suatu komputer dan boleh mematikan akses ke Antivirus.


Trojan Horse


Kuda Horse adalah malware yang seolah-olah merupakan program yang seakan berguna, menghibur dan boleh menyelamatkan, Tetapi hakikatnya ianya adalah program yang merosakkan. Trojan Horse hakikatnya merupakan program yang ditunggang oleh Malware lain seperti seperti virus, worm, spyware. Jadi peranan Trojan Horse ialah digunakan untuk menyebarkan atau mengaktifkan malware ini.


Spyware


Spyware adalah sejenis program yang bertindak mengumpulkan dan mengirim informasi / maklumat tentang pengguna komputer tanpa diketahui dan disedari oleh pengguna komputer itu.
Yang diintip kebiasaanya bermula dari maklumat yang tidak beberapa penting semasa pengguna komputer melayari internet, sehingga lebih parah boleh mengintip maklumat seperti No. PIN maklumat Bank atau kata laluan emel.

Kebiasaanya Spyware akan mencari tempat atau lokasi yang menjadi tumpuan pengguna seperti transaksi online atau ruangan chatting atau banyak lagi. Seterusnya maklumat tadi dijadikan batu loncatan bagi Spyware menampilkan iklan seperti yang berbentuk pop-up, contohnya berbentuk iklan perdagangan. Inilah yang dipanggil istilah Adware, dan penyebaran spyware ini mirip kepada Trojan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Servis Format + Remove Virus & Trojan Dll + BackUp + Software Installation ada disediakan..
LAPTOP DI UTAMAKAN !!
[HARDWARE Problem Dan Installation Tak Disediakan]..


* Untuk Berurusan boleh sms ke 0106071474..[ZUL]

Minyak Wangi Kasturi Emas Eksklusif Untuk Muslim

Minyak Wangi Kasturi Emas – Ramai yang sukakan minyak wangi. Tidak kira samada lelaki mahupun perempuan. Ianya bukan suatu yang janggal bagi lelaki untuk memakai bau bauan yang mewangikan. Malah didalam Islam sendiri menganjurkan agar memakai bauan yang wangi untuk menjaga penampilan dan memberi kesan yang baik. Malah tidak pelik kalau didalam Islam ada melarang orang yang berbau mulutnya untuk tidak menyertai sembahyang berjemaah agar tidak mengganggu orang lain. Bukanlah tidak boleh bersembahyang dan berjemaah, tetapi menggalakkan agar mewangikan diri dahulu sebelum bersama dengan orang lain. Lihat betapa kebersihan dan wangi wangian itu memang dituntut.
Kalau anda ingat, pada tahun lepas, ada minyak wangi dari jenama lain menjadi fenomena. Hinggakan bila menyebutnya pasti ramai yang akan tahu. Dari situ kita tahu yang minyak wangi ini bukan suatu yang asing didalam budaya kita. Kalau kena caranya dan baunya, pasti ramai yang akan membeli walaupun harganya sedikit mahal.
Minyak Wangi Muslim Tanpa Alkohol Dari Kasturi Emas
Minyak Wangi Muslim Tanpa Alkohol Dari Kasturi Emas – image credit to http://kasturiemas.com.my/

Minyak Wangi Kasturi Emas Sesuai Muslim

Bagi orang Islam (muslim), mendapatkan minyak wangi yang halal menjadi faktor utama. Halal pada pandangan orang Islam di Malaysia adalah, suatu minyak wangi itu mestilah bebas alkohol. Dan pada kali ini, pihak pembuat minyak wangi muslim telah mengeluarkan “Minyak Wangi Kasturi Emas” yang sangat sesuai untuk orang Islam dan harganya pula adalah berpatutan. Malah produk Minyak Wangi Kasturi Emas ini kelihatan sangat eksklusif dan bergaya mewah dan sangat sesuai untuk yang berhajat membuat sebagai barang hadiah kepada rakan dan saudara.

Jenis Minyak Wangi Kasturi Emas

Minyak wangi jenama Minyak Wangi Kasturi Emas ini dikeluarkan dengan 3 jenis iaitu :
1. Minyak Wangi Kasturi Emas (PLATINUM EDITION) – Juga di panggil KASTURI SYURGA atau KASTURI AL JANNAH. Ia bukan wangian dari kasturi. Ia adalah wangian eksklusif yang dihasilkan oleh syarikat Kasturi Emas khas untuk mereka yang tidak menggemari kasturi atau tidak tahan dengan bau kasturi yang kuat. Wangian ini berasal dari Mekah dan Dubai.
Minyak Wangi Kasturi Emas - Platinum Edition (Al Jannah)
Minyak Wangi Kasturi Emas – Platinum Edition (Al Jannah)
2. Minyak Wangi Kasturi Emas (GOLD EDITION) – Merupakan KASTURI KIJANG ASLI. Di perbuat dari bintil kijang yang didatangkan dari India, Pakistan dan beberapa negara lain. Bintil kasturi kijang asli ini diambil dari peringkat yang PERTAMA. Nilai kualitinya sangat tinggi. Kasturi juga berbeza mengikut negara-negara ia berasal. Kasturi dari mesir berwarna ke merah-merahan.
Minyak Wangi Kasturi Emas - Gold Edition (Kasturi Kijang)
Minyak Wangi Kasturi Emas – Gold Edition (Kasturi Kijang)
3. Minyak Wangi Kasturi Emas (SILVER EDITION) - Diperbuat daripada BUNGA KASTURI. – Wangian ini biasa dipanggil dengan nama KASTURI PUTIH. Bahan-bahan untuk menghasilkan wangian ini didapati dari Dubai. Pokok Kasturi merupakan pokok haruman dan perubatan dalam keluarga Malvaceae, satu spesis dengan Bunga Raya dan Bunga Roselle. Ia biasa tumbuh di India. Biji benihnya mempunyai bau wangi, bau bunga-bungaan dan bau berat seperti kasturi kijang. Bunganya juga kadangkala digunakan sebagai wangian tembakau.
Minyak Wangi Kasturi Emas - Silver Edition (Kasturi Putih)
Minyak Wangi Kasturi Emas – Silver Edition (Kasturi Putih)
Kalau anda mahu dapatkan Minyak Wangi Kasturi Emas ini, bolehlah menghubungi pengedar melalui maklumat yang saya berikan dibawah artikel ini. Harap tidak salah faham, saya bukanlah pengedar. Saya hanyalah seorang blogger yang ingin menyampaikan maklumat berguna seperti minyak wangi ini yang khusus untuk orang Islam yang mahu mencari cari minyak wangi yang baik, berkualiti, suci, murni dan halal serta ekskusif pada pandangan mata. Malah ianya dirumuskan sesuai dengan sunnah nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang suka wangian dari Kasturi.
SabdaNabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Kasturi merupakan wangian kegemaran baginda Nabi Muhammad SAW. Selain menjadi haruman yang menyegarkan tubuh badan, kasturi juga terkenal dengan banyak khasiat perubatan. Hadiahkan wangian kegemaran baginda buat yang tersayang (ibu, ayah atau suami anda). Amalkan sunnah berwangi-wangian dengan Kasturi Emas.
Kepada yang ingin menjadi pemborong dan penjual juga digalakkan. Bagaimana? Mudah sahaja. Telefon dan hubungi melalui maklumat yang saya telah berikan untuk maklumat lanjut. Ada sukakan Minyak Wangi Kasturi Emas?

~ Hasil Nukilan ~
Tuan Muda Azuan
————————————————————————————————————————
Pemborong & Pengedar Kasturi Emas
Agen Jualan Selangor (Sg Besi/Bandar Tasik Selatan)Faizal Anuar
Tel No / WhatApps : 012-4968110
Identiti Kasturi Emas : Wangian Eksklusif Muslim / Exclusive Muslim Perfume
Moto: Menjadikan “Sunnah Satu Kebanggaan”
Harga Tetap Runcit (FIXED RETAIL PRICE) : RM35/sebotol (mana-mana jenis)

September 27, 2013

Seronok Membeli Belah Di Lazada

Wow dunia semakin maju nak membeli-belah hanya di hujung jari tak perlu lagi nak pergi ke shopping complex.Aku syorkan korang membeli-belah secara online di Lazada.Service penghantaran memang terbaik.Memang penghantaran 3 hari waktu bekerja tapi disebabkan tiada di rumah itu yang lambat sikit baru terima.

Pernah dengar Lazada ? Salah satu pilihan untuk membeli-belah secara online.Al maklumlah bila dah bekeluarga ini cari barang untuk bayi dan mak bayi lah kan.Untuk diri sendiri letak tepi dulu.Tanpa fikir panjang terus masuk kategori ' Baby Products '

September 8, 2013

Kelebihan Ninetology U9X1

Pernah dengar smartphone jenama Ninetology ? Secara jujur ini pertama kali aku dengar nama Ninetology.Jika tidak ditaja oleh Ninetology untuk mencuba smartphone Ninetology U9X1 selama seminggu aku tidak berpeluang untuk merasai kelebihan smartphone ini.Lagipun ada orang nak tahu pasal smartphone ini.So aku cuba untuk memberi yang terbaik !

Ninetology adalah syarikat daripada Malaysia.Mereka telah mengeluarkan 3 jenis model smartphones, model U9X1, U9Z1 dan U9Z1+.Dengan skrin bersaiz 4.8 inch, kamera 13.0 Megapixel dan Quad Core 1.2 GHz memberi kepuasan kepada muda-mudi dalam segmen Android.Walaupun tidak sehebat jenama terkenal seperti Samsung tapi agak berbaloi dengan duit yang dibelanjakan.Jom kita selidik serba sedikit tentang U9X1 ini berbanding Samsung S3.

August 26, 2013

Tahniah Kepada Diri Sendiri

Assalammualaikum,

Ini gara-gara makan banyak lemang dan ketupat lah blog makin lama tak 'hapdet'.Setiap minggu ada sahaja ' open house '.Ini tak boleh jadi kena diet ini.

Alhamdulilah Jumaat lepas menjadi pengomen terpantas dan berpeluang review handphone.Itulah keberkatan hari Jumaat semoga kita dimurahkan rezeki.Rezeki bukan sahaja sekadar wang ringgit termasuk jugalah rezeki kesihatan yang baik.



August 10, 2013

Easy Win Snap, Post & Win Contest Dari P1

-->> Sticky Post <<--

Packet One Networks ( Malaysia ) Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai P1, pembekal perkhidmatan 4G yang pertama dan terkemuka di Malaysia telah melancarkan peraduan Snap , Post & Win Contest.Hadiah yang ditawarkan adalah 20 Ipad Mini untuk dimenangi dan Promosi Kuota Extra.2 pemenang untuk setiap minggu selama 10 minggu.

Snap, Post & Win Contest - Easy Win


Klik untuk maklumat lanjut

July 13, 2013

Buat Duit Di Konvensyen Usahawan Muslim - Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah

Konvensyen Usahawan Muslim adalah majlis yang julung kali dianjurkan oleh WangCyber dan MentorNiaga.com dengan kerjasama PEYATIMAS.Kalau sebut usahawan Muslim apa yang dipahamkan usahawan yang mengusahakan produk-produk untuk kegunaan Orang Islam Khususnya.Keusahawanan merupakan satu aktiviti yang mulia dan dianggap sebagai Jihad Fisabilillah.

Memang molek sangatlah Tema Konvensyen Usahawan Muslim - Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah



February 23, 2013

Keistimewaan Minda Aktif


Alhamdulilah baru dapat bungkusan Pos Laju yang dikirimkan oleh Ustaz Noehas.Syukran untuk Minda Aktif ini.Tak sangka dapat juga Minda Aktif ini sebab Ustaz beritahu percuma untuk 18 orang sahaja.Rezeki cipta dialog di dalam Group FB Denaihati.


Terima Kasih Ustaz Noehas

Menurut Ustaz Noehas Arradhi, memang bagus sangat kepada ibu mengandung kerana ia dapat membina minda bayi.Sesuai sangatlah untuk wife yang sarat mengandung 7 bulan.Setakat ini wife makan kismis dan kurma termasuklah susu Anmum Materna.Tak sabar nak suruh wife makan.

January 22, 2013

Ada Apa Dengan MX230

Ada apa dengan Modem Wifi MX230 ? Best sangat ke, connection dia lancar ke, Laju ke kalau nak download movie atau lagu.Itu mungkin persoalan yang bermain di minda setiap orang yang belum melanggan pakej ToGo dari P1.

Bagi aku yang sudah 3 minggu memiliki modem ini amat puas hati sampaikan rasa nak campak modem P1 Home dalam tong sampah saja.Ini dari pengalaman aku sendiri dah le kelajuan MX230 ini superb ditambah pula boleh bawa ke mana-mana sahaja, ringan dan paling best bila wife pergi shopping aku boleh melayari internet di mana sahaja.haha


Signal merah semasa di dalam bangunan Aeon Jusco Maluri

December 29, 2012

MX230 Di Mid Valley

Hari minggu yang lepas saya dan isteri pergi ke Mid Valley untuk membeli sebuah Blender.Selalunya berjalan bersama isteri, bila ada Modem MX230 di dalam genggaman ini saya akan bawa ke mana sahaja.Di dalam kereta pun saya online menggunakan MX230.Kepuasan ber online memang memuaskan.

Cuba online menggunakan iPad.Ini signalnya

Signal bergantung kepada coverage tempat itu.


December 27, 2012

Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem's Blog

Pergghh daripada tajuk ' Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem's Blog ' pun sudah menunjukkan aku MESTI memuji tuan punya Blog Abang Ensem setinggi-tingginya.Kalau diikutkan muka Abang Ensem seirang Aaron Aziz seperti yang dicanang seantero alam maya.







Sebelum ini nama Abang Ensem begitu asing bagi diri aku, Aku kenal pun melalui Blogger ini setelah aku berbincang dengannya berkenaan aku ada berhasrat ini membeli rumah sekitar 4 bulan lepas.Beliau yang memperkenalkan aku supaya hadir ke seminar Hartanah yang bro AE anjurkan.

December 4, 2012

MX230 Dari P1 Dalam Genggaman

Dah seminggu lebih pakai MX230 dari P1 tapi baru hari ini berkesempatan untuk bercerita tentang produk terbaru dari Packet One Network ( Malaysia ) Sdn Bhd.Sebelum ini aku ada menulis tentang modem MF230 dari P1 iaitu Kelebihan 4G Portable MiFi Modem dan Rasai Pengalaman Menggunakan MF230 dari P1.

Tidak lupa terima kasih kepada P1 kerana memberi peluang mencuba produk modem terkini iaitu MiFi MX230.Untuk makluman, modem MX230 telah dipertingkatkan daripada modem sebelum ini MF230.Aku pun tak tahu kenapa masih menggunakan 230 itu.Yang pasti modem terkini MX230 dari P1 berada dalam genggaman aku.

MX230 dari P1

Nampaknya P1 berlumba-lumba mengeluarkan produk terbaru.Semakin hari semakin berkembang pesat teknologi terkini seiring dengan P1.Pengguna kalau boleh nak semua teknologi berada di poket seluar mereka.Sebut tentang Wifi ini, semua pengguna seperti hilang akal jikalau tiada sambungan internet.

December 3, 2012

Rawatan Gigi Di Klinik Nazreen

Sakit gigi ? Jumpalah Doktor Gigi.Dapatkan Rawatan Pergigian di Klinik Nazreen.

Zaman sekolah bila sebut doktor gigi kerajaan nak datang ke sekolah dalam hati mesti rasa sangat berdebar kalau boleh kita nak mengelat nak datang sekolah ataupun ponteng kelas.Situasi ini memang pernah aku lalui bukan takut tapi seram bila bunyi mesin ' gerudi ' itu menerjah mulut aku.

Masa beratur aku lebih rela biar kawan-kawan potong barisan kalau boleh nak barisan paling terakhir.Tapi itu dulu zaman kanak-kanak semuanya indah.Bila dah dewasa baru aku sedar tentang pentingnya penjagaan gigi selepas melihat kawan aku yang masih muda sudah tiada gigi dan juga struktur gigi yang berterabur.



Tidak bosan apabila menunggu untuk mendapatkan rawatan

Sejak dua menjak ini, bila makan saja mesti adalah anasir asing melekat di gigi.Masa ini rasa macam nak capai sahaja apa benda yang terdekat untuk keluarkannya.Apabila kerap sangat terjadi nikmat makan berselera tapi bila selepas makan itu yang perit.

October 8, 2012

Cara Mudah Untuk Korban & Aqiqah | eQurban

Hari Sabtu minggu lepas ke Pejabat Al Ansar untuk training.Ini bukan sekadar training siap belajar cara nak hack lagi tapi tahap biasa-biasa sahaja.Ternampak risalah eQurban iaitu program Korban dan Aqiqah di Kemboja.

Korban Dan Aqiqah
eQurban 
Semuanya di hujung jari, kini dengan beberapa klik sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja.Ia juga lebih mudah dan mesra pelanggan.Lagi mudah klik sahaja banner di atas itu anda  sudah menunaikan ibadah Korban anda.

September 28, 2012

Rasai Pengalaman Menggunakan MiFi MF230 Dari P1


Pengalaman menggunakan P1 MiFi MF230 bersambung kembali.P1 MiFi adalah peranti yang menyokong sambungan wireless di mana sahaja.MiFi didefinasikan sebagai ' My Personal Wifi ' ianya disasarkan kepada pengguna yang senantiasa berada di mana-mana yang memerlukan sambungan internet.

Bagi saya sebagai seorang blogger, suami , dealer GCP dan juga senantiasa berada di luar elemen yang paling penting ada senantiasa 'online'.Fungsi utama yang ditekankan oleh saya adalah sambungan internet di mana-mana sahaja.Setelah hampir 3 minggu menggunakan Produk MiFi Modem dari P1 ini saya sangat berpuas hati dengan kadar kelajuan yang diterima dan saya boleh melayari Internet di mana sahaja walaupun di dalam kereta.

September 20, 2012

Kelebihan 4G Portable Mifi Modem | P1

Menerima Email dari P1 :

Dear Muhamad Faizal b. Anuar,
This is to inform you that your MiFi units are ready for collection.
You can start collecting them from 5th September (Wednesday) 2012onwards during P1’s operating hours from 9am to 6pm (Monday- Friday) at:

The P@ddock, Packet Hub
Level G, 159, Jalan Templer
46050 Petaling Jaya, Malaysia

Please bring your Mykad along as we need them for identification purposes.
Upon arrival to P1, please ask to meet the person in charge

Pucuk dicita ulam mendatang ( Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya ).Apa lagi 5 September tu cergas ke pejabat P1 di Petaling Jaya.Inilah hasil tangkapan saya.



Umum mengetahui hari ini penggunaan WiFi/Wireless dilihat semakin berkembang maju.Boleh dikatakan setiap kedai mamak menyediakan perkhidmatan Wifi.
Wifi/Wireless apa yang terbaik untuk anda ?
Fungsi Wifi menjadi kemestian kepada setisp telefon atau laptop yang baru dipasarkan.

Oleh itu Packet One/P1 melancarkan produk terbaru iaitu MiFi MF230.My Personal Wifi ( MiFi ) adalah modem mudah alih 4G anda.Semua peranti anda disambung dengan jalur lebar 4G tunggal pada kadar harga yang berpatutan.Paling mengembirakan pengguna, modem mudah alih ini dilengkapi dengan kuasa bateri yang membolehkan pengguna ber ' facebooking ' di mana saja anda berada asalkan di dalam lingkungan perkhidmatan P1.
Spesifikasi Teknikal - 4G Portable MiFi Modem/MF230

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.