Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

June 18, 2015

Solat Terawih Sendirian

Syukur kita dapat ketemu lagi Bulan Ramadhan yang mulia ini.Bulan Ramadhan lebih baik dari seribu bulan.Malamnya dihiasi dengan Solat Terawih.Terawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Terawih pula bermaksud solat yang merehatkan.

Tahun ini masjid tempat aku Masjid Al-Khasyi'in Desa Petaling memutuskan untuk melakukan Solat Terawih 8 rakaat sebelum ini 20 rakaat.Kata Pengerusi Masjid pengalaman sebelum ini apabila solat Terawih 20 rakaat hanya tinggal 2 saf sahaja akhirnya.Mungkin di pertengahan Ramadhan akan lakukan 20 rakaat Solat Terawih.

Solat Tarawih adalah Sunat Muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Cara Solat Terawih Sendirian

Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Cara Melakukan Solat Sunat Terawih

Boleh rujuk di blog INI.

June 17, 2015

Persediaan 29 Hari di Bulan Ramadhan 1436H

Mengikut perkiraan puasa 18 Jun 2015 dan Hari Raya akan jatuh pada 17 Julai 2015.Ini bermakna kita akan berpuasa selama 29 hari.Sebelum memasuki bulan Ramadhan jom kita niat di Bulan Ramadhan dahulu pada malam ini.

January 8, 2015

Pelayaran Islamik™ 3.0 : Pelayaran Islamik Kapal Mewah Pertama Di Dunia

Pernah dengar program Pelayaran Islamik di atas Kapal Mewah Star Cruise Libra ? Untuk makluman, Pelayaran Islamik ini telah memasuki siri ke 3 dan 4 bersama beberapa penceramah terkenal tanah air yang terpilih.Lebih unik ini adalah Pelayaran Islamik pertama di dunia di atas kapal Mewah.

Pelayaran Islamik kapal mewah Star Cruise Libra

“ Syukur, Tenang dan Damai” adalah motto untuk Pelayaran Islamik anjuran INTRATAMA TRAVEL CONSULTANT & TOURS (M) SDN BHD.Aku pun tak pasti dari mana penganjur dapat idea untuk mengadakan program bercuti sambil beramal di atas Kapal Mewah Star Cruise Libra.
Tentatif Program

Pelayaran Islamik 3.0

Tujuan Program 

Pakej Pelayaran Islamik ini terbuka kepada UMUM dan menggalakkan orang ramai menyertai Pelancongan Islamik di dalam Star Cruise. Pakej ini merangkumi laluan dari KL - Penang - Cruise - Krabi dan Phuket ALL IN.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Antara tokoh agama yang akan bersama dalam Pelayaran Islamik 3.0

Ustaz Badlishah 
Sheikh abdelaziz Ghonim 
Dato Hassan Mahmud 
Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah 
Imam Muda Miril 

Aturcara Program Pelayaran Islamik Siri 3.

  •    Ketahui kedudukan kiblat
  •    Pelajari Solat Jama’ & Qasar
  •    Ceramah & Kuliah
  •    Qiyamulail
  •    Zikir & Selawat
  •    Soal Jawab Bersama Ustaz
  •    Program Ziarah
  •    Makan Malam Kesyukuran

Tarikh Pelayaran Islamik 3.0 pada 1 - 4 Februari 2015.
Mesti tertanya-tanyakan macam mana nak daftar.Boleh klik di Pelayaran Islamik 3.0

Maklumat  lanjut :

Website: http://www.PelayaranIslamik.com

Email : info@pelayaranislamik.com

Alamat :

No 2.08, Jalan Prima SG 1,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan

Tel : +603-6185 0010
Fax : +603-61899010

Sheikh Abdelaziz Ghonim

Harga Pakej adalah bersih termasuk Cukai Pelabuhan & Surcharge 
#   Harga Pakej Termasuk Lawatan & Program @ Phuket & Krabi 

November 21, 2014

Cadbury Malaysia Disahkan Halal Oleh JAKIM

Hampir 6 bulan lepas kecoh isu Cadbury Malaysia haram disebabkan dakwaan bahawa coklat Cadbury dengan kazang hazel dan buah badam ada unsur babi.Isu itu sebenarnya tidak betul.Pengumuman dibawah oleh JAKIM pada 18 November 2014 mengesahkan Cadbury Malaysia adalah Halal. 

Cadbury Malaysia Disahkan Halal Oleh JAKIM

JAKIM SAHKAN CADBURY MALAYSIA ADALAH HALAL

PUTRAJAYA, 18 November, 2014Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status Halal coklat Cadbury.

JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.

Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia dihttp://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000.

Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

November 20, 2014

Cara Elak Panggilan Yang Tidak Dikenali

2 hari lepas aku dapat panggilan dari Multimedia Development Corporation (MDeC) aku tak tahu dia nak apa sebab aku dengar suasana bising sangat masa bercakap tu.Aku pun terfikir kalau dari MDeC kenapa bunyi bising sangat.Aku pun cakap tak jelas le saya nak letak telefon.

Kebetulan semalam terbaca status di Facebook Kak Kujie dapat panggilan daripada seseorang mendakwa dari MDeC minta update data profile.Aku fikir macam sama situasi dengan aku saja terus aku scholl komen-komen dibawah

Ternyata ada nombor sama yang membuat panggilan kepada aku.03-74515427 dan 03-78801741.Nasib baiklah dia tak sempat cakap kalau tidak memang kena bersoal jawablah dengan aku.Jangan sesekali beri data peribadi kita dalam telefon nak lagi yakin pergi saja di kaunter ataupun balas melalui email.

Cara Elak Panggilan Yang Tidak Dikenali

Aku baru lepas install application untuk detect panggilan daripada siapa samaada dari telemarketer atau insuran.Masuk ke Play Store dan cari apps Whoscall dan download.Application ini daripada Line.Kalau Apple aku tak tahu ada ke tak.Boleh cuba search whoscall.Banyak juga membantu baru pagi tadi ada nombor insuran seller telefon seperti gambar di bawah.

Apps Whoscall

Seminggu lepas dapat banyak panggilan dari +6593407891.Aku cari panggilan itu dibuat dari India.Memang tak logiklah bila masa pulak aku ada urusan dengan negara India.

November 19, 2013

Polis Mencari Remaja Hilang Di Villa Nabila

Kenapa mesti Nabila bukan Salsabila ?
Merujuk kepada Laman Facebook PDRM,Polis sedang mencari Remaja Hilang di Villa Nabila.Sekiranya anda pernah melihat atau mempunyai maklumat mengenai remaja yang hilang ini, bolehlah menghubungi Insp. Jarjit Singh ( Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Johor Bahru Selatan ) ditalian 016-3355719 atau Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2218999 atau Hotline Rakan Cop Polis Johor 07-2212999 / SMS - POLISJOH ke 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Butir-butir orang hilang adalah seperti berikut :

1. NAMA : MOHAMAD IZZAT IZZUDIN BIN HUSSIN
2. JANTINA : LELAKI
3. UMUR : 16 TAHUN
4. BANGSA : MELAYU

Kenali Kediaman Villa Nabila

Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.
Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.
- See more at: http://shakiddo.com/villa-nabila-vs-highland-towel/#sthash.U3POqAAp.mPow9Pgq.dpuf

Dan kalau nak tengok Video Villa Nabila, boleh tengok yang kat bawah ni.
- See more at: http://shakiddo.com/villa-nabila-vs-highland-towel/#sthash.U3POqAAp.mPow9Pgq.dpuf
Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.

Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.

Misteri Villa Nabila

Setakat ini pelbagai kisah tentang Villa Nabila tersebar di media sosial.Ada yang kata masuk 30 orang dan hanya 7 orang yang dapat keluar dari Villa itu.Seperti maklumat di atas,Polis sedang mencari 1 orang yang hilang.Apa pun biar pihak berwajib yang melakukan siasatan selanjutnya.

Sumber : Rakan Di Johor

Update :

Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/RemajahilangdiVillaNabiladitemuiawalpagitadi/Article/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+hm%2FMutakhir+%28Harian+Metro%3A+Mutakhir%29&utm_content=FaceBook#sthash.hxbGBiiM.dpuf
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.

Pada tahun 60-70an terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah mengalami kemalangan sehingga meragut nyawa pasangan suami isteri itu, lalu tinggallah anak perempuan diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi oleh ketamakan harta orang gaji yang menjaga Nabila. Nabila telah dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.
Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sejak tahun 1970 an lagi sehinggalah sekarang.
- See more at: http://shakiddo.com/villa-nabila-vs-highland-towel/#sthash.U3POqAAp.mPow9Pgq.dpuf

July 12, 2013

10 Kesilapan Paling Hot Semasa Bulan Ramadan

Alhamdulilah zaman sekarang makin canggih dengan teknologi bukan sahaja dalam Facebook atau di Twitter orang boleh beri nasihat di WhatsApp pun boleh.Aku telah menerima Whatsapp dari seorang rakan karib berkenaan 10 Kesalahan paling hit ketika Ramadan.Aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca sekalian.

1) Tidak Bersahur

Puasa orang Yahudi dan Orang Islam sama sahaja, yang membezakan adalah puasa Orang Islam ada sahur.Sahurlah walaupun dengan air kosong.

July 10, 2013

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Bagi Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini bermulalah ibadah puasa pada tahun 2013/1434H.Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dikeluarkan.Perkara pertama yang dicari umat Islam selain Juadah berbuka puasa adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak.

Oleh sebab aku berada di kawasan Kuala Lumpur adalah molek kiranya aku sertakan Jadual Berbuka Puasa dan Imsak bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Nanti taklah kecoh isteri bertanyakan jadual buka puasa pulak.

March 1, 2013

Solat Jenazah Di Hari Jumaat

Alhamdulilah baru selesai mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya tadi (1/3/2013).Selepas sembahyang Jumaat imam mengumumkan akan menjalankan solat jenazah bagi warga tempatan yang meninggal dunia di situ.So aku pun tunggulah untuk mengerjakan solat jenazah.Secara tak lamgsung aku terasa insaf dan sebak juga di dalam hati.

Oleh itu aku terasa seperti perlu kongsi dengan semua tentang cara Solat Jenazah.Mungkin ada yang terlupa Fardhu Kifayah ini jom kita ingatkan termasuklah diri aku ini.Mana yang sudah tahu jadikan sebagai ulangkaji kita.

October 8, 2012

Cara Mudah Untuk Korban & Aqiqah | eQurban

Hari Sabtu minggu lepas ke Pejabat Al Ansar untuk training.Ini bukan sekadar training siap belajar cara nak hack lagi tapi tahap biasa-biasa sahaja.Ternampak risalah eQurban iaitu program Korban dan Aqiqah di Kemboja.

Korban Dan Aqiqah
eQurban 
Semuanya di hujung jari, kini dengan beberapa klik sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja.Ia juga lebih mudah dan mesra pelanggan.Lagi mudah klik sahaja banner di atas itu anda  sudah menunaikan ibadah Korban anda.

September 14, 2012

Innocence Of Muslims : Dirancang Atau Kebetulan ?

Seperti yang diketahui sekarang ini Islam telah dihina dengan penyebaran Filem pendek ' Innocence Of Muslims'.Apa tindakan kita ? Saya baru mendapat gambar di atas di Facebook untuk dikongsi bersama agar kita sebagai Umat Islam seluruh dunia agar membantah penyebaran Filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W

Ini salah satu bentuk boikot kami walaupun hanya gambar yang berbicara sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu daripada berpeluk tubuh.Dirancang atau pun kebetulan filem ini dikeluarkan ketika kita memperingati kejadian 11 September.

Terkini Filem pendek arahan Sam Bacile seoarang Yahudi Israel warga Amerika Syarikat mencipta watak yang mengambarkan Nabi Muhammad seoarang yang berperwatakkan yang menyokong Seks luar nikah, Homoseksual dan Pedofiliaadalah kelainan seksual berupa hasrat ataupun fantasi impuls seksual yang melibatkan anak di bawah umur )

July 5, 2012

Kelebihan Dan Keistimewaan Bulan Syaaban

Assalammualaikum,

" Kenapa lama tak update blog.Rindu le nak baca !! "..Wah terngiang2 pertanyaan seorang rakan kenapa lama tak update blog.Tak sangka pula ada juga nak baca blog picisin nie ek..huhu..Sy ada je masih akan update blog ini kesayangan ini.Mana tak sayang 'Pujangga Malam'  sudah 3 tahun usia blog ini. :).Tak tulis di sini,sambil menjadi penulis jemputan di blog lain.Rezeki..

Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian Ahli Sunnah mengatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhanadalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.    

February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah / 2012

Salam,

Aduh makin bersawang blog nie..Lama betul tak ber update nya..Tapi korang jangan risau blog nie masih saya uruskan cuma kekangan masa je yang menjadi penghalang.Lepas kahwin bukan terus menghilang yerr tapi setiap hari adalah hari Honeymoon bagi saya..huhu

Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di bumi Malaysia ini dan seantero dunia..Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh berlakunya ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia.

Tema Maulidur Rasul pada tahun ini adalah 1433H/2012 Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.
Bagi yang berkelapangan, bolehlah turut serta bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ini yang bakal diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.Dengar cerita ada orang tu pegang bendera masa perarakan tu..

Jom kita lebih mengenali idola yang selayaknya bagi kita di muka bumi ini iaitu Nabi Muhamad S.A.W :

July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Salam,

Setiap tibanya Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Hari Raya pasti kita terkenangkan pengumuman dari YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah.Dari aku kecik hinggalah sekarang ini aku pasti tertunggu2 pengumuman dari Pak Engku.Timbul satu perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila menanti pengumuman itu walaupun kita dah tahu bila tarikh puasa itu..Dengar kata

June 27, 2011

Kemuncak Imam Muda 2011 | faizalpejay

Salam,

Selama hampir 10 minggu akhirnya rancangan Imam Muda 2011 sampai ke kemuncaknya pada 1 Julai 2011 ini.Kemuncak Imam Muda 2011 akan bersiaran langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam Wilayah bersebelahan Masjid Negara.Penonton di rumah juga boleh mengikuti siaran langsung pukul 9 malam di Astro Oasis.

November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aildiladha | Erti pengorbanan

Ikhlas untuk anda semua

Salam,

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin dan muslimat.Terutama sekali pengunjung blog aku nie..Tanpa korang siapalah aku di dunia maya ini..Gambar di atas aku tujukan ke atas korang semua..Thank a lot..

November 9, 2010

Yahudi tetap Yahudi

Salam,

Kalau memang Yahudi tu tetap Yahudi juga.Sampai kiamat akan menyesatkan orang Islam.Saban hari medium seperti Facebook akan digunakan untuk menghina orang Islam.Lagi seminggu kita akan merayakan Hari Raya Aidiladha.Tetapi malangnya Islam semakin hari semakin dihina oleh musuh-musuh Islam yang tidak jemu-jemu mencari jalan untuk menjatuhkan akidah umat Islam sehingga Islam lupus di dunia ini.

November 3, 2010

Betul ke wanita Melayu semakin kemaruk seks ?

Oh silap gambar plak.Nie kemaruk jadi perempuan [sini]

 Salam,

kepada wanita Melayu di luar sana jangan marah yer dengan entry nie sebab aku bukan nak menghina kaum wanita ye.Saban hari pelbagai cerita di dada akhbar terpampang wanita Melayu di tangkap khalwat dengan pemuda Afrika dan pemuda-pemuda 'oversea'.

Apa sudah jadi? Di mana silapnya? Adakah kerana lelaki Melayu semakin ‘lemah kejantanannya’ atau kerana kedatangan pemain baru (new player) dari Afrika yang mempunyai ‘kuasa kuda’ lebih tinggi menyebabkan semakin ramai wanita Melayu kini dilaporkan lapar dan menagih seks dari lelaki benua itu?

October 21, 2010

Bergambar : Monorel Mina-Arafah Diuji Hari Ini

Salam,

Masih ingat entry pasal Makkah akan berubah wajah 2012 nie.Antaranya Monorel di Mina ke Arafah yang akan di uji pada hari nie.

MAKKAH: Sistem monorel yang baru siap dibina akan digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini bagi mengangkut jemaah untuk perjalanan antara Arafah dan Mina. 

bagaimanapun, difahamkan pada peringkat permulaan sistem pengangkutan itu akan hanya dibuka kepada jemaah haji tempatan.

Gambar2 :

October 19, 2010

Gambar : Makkah Al-Mukkaramah Akan berubah wajah Menjelang 2012

Salam,

Panggilan haji, telah tiba lagi , menunaikan ibadah panggilan baitullah...tanah suci makkah,ya makkah mukarramah..Ibu bapa aku pun Alhamdulilah telah menunaikan haji pada tahun 2007 tu..Pada saat itu hati aku bergembira sangat tidak terkata ibu,bapa,abg aku & isterinya dan juga kakak aku & suaminya mendapat panggilan haji..Cuma yang tinggal masa tu aku,adik aku dan juga abang aku yang satu lagi.Dan lecturer FYP aku pun akan menunaikan haji pada tahun ini dan diharap mendapat Haji Makbur dan memberi gred yg bagus pada anak muridnya.amin..

Syukur Alhamdulilah semuanya selamat sampai dan pergi.pelbagai cerita yang menarik aku dengar dan membuatkan aku teruja jika ada rezeki umur panjang aku akan ke Mekah InsyaAllah.Tidak lengkap Rukun Islam sekiranya tidak menunaikan Haji bagi yang mampu.Berubah ke arah yang lebih baik..Aku masih ingat setahun lepas tu Ibu bapa aku ada ajak aku dan adik aku menunaikan umrah.mungkin tak ada rezeki tak tercapai niat untuk pergi kerana ada hal tidak dapat dielakkan.InsyaAllah mungkin di lain hari.

Aku ada terbaca yang Makkah Al Mukkaramah akan berubah wajah.. Mari kita tengok gambar-gambar yang Mekah akan berubah wajah dan dijangka siap tahun 2012 nie..Antaranya :

  • Lebuh Raya Raja Abdul Aziz yang menghubungkan Makkah dan Jeddah.
  • Lapan rumah penyembelihan yang dilengkapi peralatan moden dan akan diurus oleh Bank Pembangunan Islam. 
  • Empat terowong pejalan kaki yang menghubungkan daerah Al-Hujun dan Al-Jarwal dengan Masjidil Haram. 
  • Sembilan stesen monorel yang menghubungkan Padang Arafah, Mina dan Mudzalifah juga hampir siap.
  • Pembinaan ruang tambahan di timur Masjidil Haram, projek Jabal Omar dan sistem keretapi laju antara Makkah dan Madinah. 

Jom tengok gambar :

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.