Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

October 18, 2010

4 golongan lelaki ke neraka

I LOVE ISLAM

Salam,

terasa diri ini kerdil apabila membaca tentang azab neraka.Terutama lelaki yang mempunyai banyak tanggungjwab.termasuk le 4 golangan lelaki yang akan ke neraka jika tidak prihatin..

  • 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 
  • 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
 

August 22, 2010

Ramadhan memasuki fasa kedua

Ramadhan Al-Mubarak
 
Alhamdulillah , kita dah hampir masuk fasa ke2 dalam bulan Ramadhan =) sekejap je kan .pejam celik pejam celik dah nak dekat 2 minggu kita puasa. rasanya tetiap tahun bila dah masuk je bulan Ramadhan kita akan dibacakan hadis ni ..

شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

dan begitulah esok , 13 Ramadhan , bermakna kita telah melangkah ke fasa Maghfirah , iaitu keampunan drpd Allah .. dalam fasa kedua nie lah kita nak tengok sejauh mana ikhlas dan istiqamah nya kita berpuasa setiap hari sebab kebanyakan orang bersemangat nak puasa tu time awal2 Ramadhan je . dalam fasa pertama yang penuh Rahmat tu laa ramai sungguh insan2 yg bersemangat ke masjid, bersemangat baca Al-Quran dan bersemangatlah melakukan segala amal ibadah .
Tapi bila dah masuk fasa kedua , pasar Ramadhan pun dah tak meriah sangat, masjid pulak time Maghrib dan Isyak je penuh , tarawih tinggal sikit je manusia .Kalau awal2 Ramadhan jemaah nak dekat penuh jugak le surau tapi bila dah masuk hujung Ramadhan nie saf pun makin kurang.
Aku tak le sempurna tapi ingin mengejar juga pahala di bulan baik nie terutamanya keampunan yg Allah dah "offer" pd kita . lagi pun kita pun belum tentu lagi sempat berjumpa Ramadhan tahun depan kan ?
 
 
 
 
P/s : korang dah beli ke baju raya..??? time nie kalu di Jalan TAR sesak ler..yang buruk tu dari aku..yang sempurna hanya Allah S.W.T

August 10, 2010

Niat Puasa Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Salam,

Malam nie sudah start sembahyang terawih kan.Jadi malam ini kita boleh niat puasa dah..

Masih berfikir sahur nanti nak makan apa ek..???

 

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

August 7, 2010

6 Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya


Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". 

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

 Kedua : Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". 

apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga : Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. 

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Keempat : Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 


Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. 

kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah".

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Kelima : Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. 

kata Imam Al-Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Keenam : Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... 

Imam Al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". 

Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


P/s : Sama2lah kita ingat mengingati..

Yahudi benarkan bunuh bayi..Bangang..!!




Salam,

Aku lepas baca artikel nie menyirap je rasanya..diorang ingat diorang tu kuat sangat ke..Kalau Yahudi tu Yahudi jugak ler...Suka2 hati je nak bunuh keturunan Nabi..

Pihak polis Israel membebaskan ketua rabbi dari sebuah yeshiva terkemuka beberapa jam selepas ditahan kerana menggalakkan pembunuhan bukan-Yahudi. 

Secara umumnya, menurut buku itu, membunuh kanak-kanak dibolehkan jika mereka “berada di laluan”. “Mereka berada di laluan di mana usaha penyelamatan (rescue) sedang dilakukan dan mereka berada di sana tanpa niat,” tulisnya lagi. “Walaubagaimanpun, membunuh mereka adalah dibenarkan kerana kehadiran mereka akan menyebabkan pembunuhan Yahudi. 

Terdapat justifikasi membolehkan menyakiti bayi-bayi jika jelas mereka akan menyakiti kita apabila dewasa. Dalam keadaan ini, sasaran bukan sahaja kepada mereka yang dewasa tetapi juga kepada bayi-bayi."  

Tindakan menahan rabbi itu telah menimbulkan kemarahan kedua-dua sayap kiri dan kanan. “Pihak polis melakukan perkara yang betul apabila memulakan siasatan,” kata peguam Lila Margalit dari Persatuan Hak-Hak Awam Israel. "Hasutan kepada keganasan kaum boleh melemahkan hak-hak manusia dan tidak boleh diketepikan. Namun begitu, dalam kes ini, ianya tidak jelas samada penangkapan tersebut dibolehkan. Dia menambah bahawa terdapat kecenderungan di Israel untuk melakukan tangkapan yang tidak sepatutnya dan tanpa justifikasi.


August 6, 2010

Penting ke Zakat Fitrah tu..


Salam,

Seiring dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat.  Nak kata aku pandai sangat tak le tapi kita kongsi2 le ilmu nie..dan aku tahu korang mesti dah tahu kan.Pensyariatannya telah ditetapkan oleh Islam sejak diutuskan baginda Rasulullah SAW lagi.
        Seseorang muslim yag melaksanakan kewajipam berzakat ini sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya kerana telah berjaya melalui proses pensucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah yang diamanahkan kepada sipemiliknya kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya.
        Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan sekilogram dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. Bagi kita di Malaysia sudah tentulah beras kerana ianya menjadi makanan ruji semua penduduknya.
        Waktu-waktu tertentu umat Islam mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:

Waktu Harus dari awal bulan Ramadhan hingga akhir bulan tersebut.
1) Waktu Wajib ialah selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadhan.
2) Waktu yang paling afdal pula ialah selepas solat Subuh pada hari terakhir Ramadhan.
      3) Waktu Makruh ialah selepas terbenamnya matahari pada hari raya  Aidilfitri.


Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah SAW dari riwayat Abi Daud yang bermaksud: Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat Fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin”
Dalam al-Quran pula Allah Taala telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud :”Ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian harta mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi ) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Orang-orang yang berhak menerima zakat pula adalah seperti berikut::

 Orang-orang miskin yang mempunyai harta sebanyak satu keperluannya atau tidak mencukupi

1) Amil,iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
2) Muallaf,iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
3) Hamba ,iaitu orang yang mahu menebus diri dari tuannya.
4) Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan hidupnya.
     5)Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fi Sabilillah), iaitu bagi setiap tentera yang berjuang kerana Allah atau kegiatan amal seperti membina masjid, rumah anak yatim dan sebagainya.

August 3, 2010

Sedarkah kita ada hari bakar Al-Quran...

Sungguh biadap...!!!

Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil  
Salam..

Hai semua selamat hari selasa..dalam kesibukan hidup kita sedarkan kita yang Paderi Terry Jones sedang berkempen untuk menganjurkan hari membakar Al-Quran ??? Dia berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010...

APA PERASAAN KITA  SEBAGAI UMAT ISLAM MENDENGAR PERKARA INI BERLAKU ??
Suka hati mak nenek bapak dia jer nak bakar kitab suci orang Islam...Dia ingat dia sapa...

Nak tahu napa dia buat kempen tu..sebabnya tujuan hari ini dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam. 
Paderi yang sama juga dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu.Kalau aku dapat email Spam pasal nie memang cilakak le..

Gereja sama turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa ‘Islam is of the evil’.
Berikut antara kenyataan dikeluarkan gereja terbabit.
“To expose Islam for what it is. It is a violent and oppressive religion that is trying to masquerade as a religion of peace, seeking to deceive our society”

info laporan sini
temubual paderi tu sini  






P/s : Kalau kat Malaysia buat macam nie mmg harem jadeh ler...

August 1, 2010

Video : Kemuncak Imam Muda

 



P/s : Rasa begitu kerdil diri ini selepas tengok video ni..
Aku rasa sedih dan sebak tengok Imam Muda nie..Bahagiakn IbuBapa anda semua..

July 30, 2010

Asyraf Imam Muda No.1



Salam,

 Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun dari Pulau Pinang muncul Imam Muda pertama program realiti Ilmiah di Astro Oasis..beliau mengalahkan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun dari Kedah.Sebenarnya tiada yang menang atau kalah dalam menyebarkan ilmu islam ini tapi disebabkna ini satu program realiti maka realitinya mesti ada pemenangnya.

Bangga le jugak orang utara menang program realiti ini maka tidak pupus le generasi berilmu dalam masyarakat kita ini walaupun pelbagai gejala sosial yang semakin mengila ini..Apa pun selamat maju jaya kepada Asyraf dan bakal melanjutkan pelajaran dan InsyaAllah mendapat gelaran Doktor..



P/S : Video akan menyusul...so nantikan dan stay tune dengan Pujangga Malam..

Imam Muda sudah sampai di penghujungnya..

MUHAMMAD Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27

Walaupun menyampaikan dakwah..tapi mereka perlu bersaing kerana adat pertandingan ada yg menang dan kalah.


Salam,


 Entry aku sebelum nie ada bercerita tentang program Imam Muda yang terkenal bukan saja di Malaysia tapi di luar negara akan melabuhkan tirainya pada malam nie..Ini adalah program realiti maka adat pertandingan ada menang dan kalah..Walaubagaimana pun yang kalah jangan lupa untuk mengembangkan agama islam.

Di episod akhir ini mempertemukan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan dari Pulau Pinang dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi dari Baling,Kedah untuk berentap memenangi hati rakyat Malaysia dan juga juri setelah hampir tiga bulan mengharungi pelbagai cabaran yang bukan kecil.

Ingin tahu apa yang diorang dapat sekiranya menang ???? 
juara sulung Imam Muda dan sekali gus menerima biasiswa menjangkau RM100,000. Biasiswa itu bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda atau doktor falsafah di salah sebuah universiti di Madinah.

Bagi aku siapa pun menang diorang memang layak...Bukan yang tak layak tu kurang berkemampuan tapi rezeki tiada pada diorang..

 Aku tertarik dengan kata2 peserta akhir ini :-

"Dan kami tidak mahu disamakan dengan superstar hiburan. Atau dikatakan superstar Imam Muda. Sebaliknya lebih molek kalau dikatakan kami sebagai penyambung dakwah superstar sebenar kita yang semakin dilupakan iaitu Nabi Muhammad SAW."..Sekarang nie banyak program untuk mencari superstar hiburan..walaupun takde bakat tapi disebabkan undi diorang menang...Fikirkan dan renung2kanlah.



Dengar lepas nie program Akademi Al-Quran plak...

July 28, 2010

Perhatian !!! Isu Penting..

 Apa kena mengena logo halal dengan entry nie..

?
?
?
?

?
?
?
?

Assalamualaikum,,,

Apa kena mengena logo halal dengan entry aku nie lak..
2 minggu lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadhan..Semua dah ganti puasa ke ??? ehem2...

Bila bulan Ramadhan hotel-hotel atau di mana sahaja akan mempromosikan tempat berbuka puasakan.

Selalunya company atau orang perseorangan akan menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel2..

Adakah kita tahu dapur hotel itu mempunyai sijil Halal dari JAKIM..so kita kena selidik le jangan main hentam jer..

Kepada penganjur yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel, pastikan dapur utama hotel itu ada sijil halal..puasa adalah ibadat yang perlu diberikan perhatian dalam semua aspek supaya tidak terbabit dengan perkara haram termasuk ketika berbuka.

“Tidak mungkin ibadat puasa bercampur dengan perkara haram".
P/S: Emm bulan puasa nie nak berbuka di mana yerr..masjid mana yg perlu di attack nie..huhu
apa pun biar puasa penuh...layan...





July 26, 2010

Selamat Menyambut Nisfu Sya'aban..keistimewaannya..

Salam,

Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nisfu Sya'aban kepada seluruh umat islam di dunia ini..
“Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran...Sempena Bulan Sya'aban ini aku ingin berkongsi hadis-hadis berkaitan bulan mulia ini.Sama-samalah kita menyebarkannya walaupun sepotong ayat..kira kalo MLM boleh hadis pun kita boleh sebarkan seperti rangkaian MLM..bayangkan dari seorang ke seorang kita sebarkan..tak ke dapat pahala tu..Aku tak le sebaik mana kerana Yang Baik itu adalah Dari Allah S.W.T.aku hanya insan biasa yang menyebarkan beberapa pedoman sahaja..

“Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

 kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

“Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

“Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

“Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

“Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.



P/s :  Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Petikan tulisan asal oleh Ustaz Halim INIJALANKU

July 24, 2010

Ilmu dari Otai Imam Muda...

PENGETUA



Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz

Tugas:
• Memastikan keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar.
• Memberi cadangan dan pandangan terhadap tugasan dan aktiviti Imam Muda yang bersesuaian.
• Memastikan guru-guru dari JAWI untuk mengendalikan kelas-kelas yang dirancangkan dalam program Imam Muda.
• Sebagai guru dalam salah satu kelas dalam program Imam Muda
• Memantau perkembangan peserta Imam Muda.
• Sebagai penilai prestasi peserta Imam Muda.
• Sebagai ketua juri bagi menentukan nasib peserta Imam Muda.
• Mempunyai kuasa penuh (berdasarkan nasihat dari pengurus saluran Oasis dan penerbit program) bagi penyingkiran peserta Imam Muda.
• Sebagai penasihat program Imam Muda.
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam Muda.

Harapan kepada Imam Muda:
Mengharapkan program Imam Muda diterima oleh masyarakat


 


MENTOR 1



Syed Mohd Norhisyam Bin Tuan Padang
Tugas :
• Sebagai Mentor kumpulan pertama
• Memastikan keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar.
• Memberi cadangan dan pandangan terhadap tugasan dan aktiviti Imam Muda yang bersesuaian.
• Sebagai guru dalam salah satu kelas dalam program Imam Muda.
• Memantau perkembangan peserta Imam Muda dalam kumpulan.
• Sebagai penilai prestasi peserta Imam Muda.
• Sebagai juri bagi menentukan nasib peserta Imam Muda.
• Sebagai penasihat program Imam Muda.
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam Muda.
Harapan untuk kejayaan Imam Muda:
Melahirkan ikon kepada para remaja dan menjadi platform untuk membina keperibadian para imam dalam masyarakat secara tidak langsung





MENTOR 2



Ustaz Hj. Shahrizan bin Hj. Daud At Turabi
Tugas:
• Sebagai Mentor kumpulan kedua
• Memastikan keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar.
• Memberi cadangan dan pandangan terhadap tugasan dan aktiviti Imam Muda yang bersesuaian.
• Sebagai guru dalam salah satu kuliah dalam program Imam Muda.
• Memantau perkembangan peserta Imam Muda dalam kumpulan.
• Sebagai penilai prestasi peserta Imam Muda.
• Sebagai juri bagi menentukan nasib peserta Imam Muda.
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam Muda.
Harapan untuk kejayaan Imam Muda:
Pelajar Imam Muda agar menjadi diri sendiri ketika di dalam Program Imam Muda.Tidak hanya untuk mempersembahkan sesuatu demi untuk mencari nilai komersil semata.

PENGACARA



Hj. Dzulkarnain Bin Hj Hamzah
Tugas:
• Mengendalikan program Imam Muda
• Sebagai penasihat program Imam Muda
• Sebagai rujukan dalam hal ehwal agama sepanjang program Imam 
Muda

Harapan kepada Imam Muda:
Membuka minda masyarakat untuk mengetahui criteria seorang imam




Siapa yang bakal menjadi IMAM MUDA 2010.???? saksikan..

Imam Muda..Terbaek le..

Salam

Aku berbangga kerana sekarang nie Malaysia terkenal di luar negara dengan program Imam Muda dia Astro Oasis..Tidak le kita berbangga dengan program hiburan semata-mata seperti Akademi Fantasia,Mentor,Malaysia Idol...Dan lebih membanggakan aku salah seorang pesertanya yang bernama Amiril Bin Md Banin penah belajar di Parit Buntar di Sekolah Menengah Agama Al-Falah,Parit Tok Ngah,Perak.
Kalau orang Parit Buntar tak tahu sekolah tu aku pun tak tau nak kata apalah sebab sekolah tu memang terkenal..Kalo aku masuk sekolah tu leh jadi Imam Muda kot ???

Aku rasa ada yang masih tak kenal dengan peserta2 Imam Muda ini sebab program keagamaan bukan program hiburan semata-mata..dan bukan di RTM or TV3 so mungkin yang takde Astro tak tau le..
Rasanya tak terlambat lagi untuk kita mengenali peserta2 ini walaupun dah nak Final dh pun..

Kenali peserta2 ini :

NAMA PENUH: AMIRIL BIN MD BANIN
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 25 Tahun
TARIKH LAHIR: 21 Februari 1985
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Guru Fardhu Ain
PENDIDIKAN TERTINGGI: Robi Thanawi (Sijil Menengah
Agama), Sekolah Menengah Agama Al-Falah , Parit Tok Ngah, Perak...di Parit Buntar..


NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya

NAMA PENUH: MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN GHAZALI
ASAL: Padang Serai,Kedah
UMUR: 21 TAHUN
TARIKH LAHIR: 12 September 1989
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Mahasiswa
PENDIDIKAN TERTINGGI: Pengajian Islam Zawiyah
(Pondok)(Sedang Belajar),Madrasah Zuhdiah Parit
Panjang, Baling, Kedah

 NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL: Baling, Kedah
UMUR: 27 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 April 1983
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Guru Tahfiz
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir),Universiti Al-Azhar Mesir

NAMA PENUH: AHMAD HAZRAN BIN AHMAD KAMAL
ASAL: Mantin, Negeri Sembilan
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 28 November 1984
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pegawai Bank Islam, Bahagian Jabatan Syariah Bukit Damansara, Kl
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Al-Quran
Wa Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir

NAMA PENUH: NIK MUHAMMAD ADIB BIN MD AMIN
ASAL: Kota Baharu, Kelantan
UMUR: 22 Tahun
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1988
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Usahawan
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Usuluddin,
Universiti Muta'ah, Jordan

NAMA PENUH: NURI ALI BIN ARBA'IN
ASAL: Karak, Pahang
UMUR: 25 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1985
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Penternak
PENDIDIKAN TERTINGGI: Diploma Kejuruteraan
Teknologi Komputer,Pusat Kemahiran Pembangunan
Kemahiran Pahang


NAMA PENUH: SHARAFUDDIN BIN SUAUT
ASAL: Miri, Sarawak
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 01 Julai 1984
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Graduan UKM
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia


NAMA PENUH: AHMAD SYAKIR BIN ZAMRI
ASAL: Machang, Kelantan
UMUR: 19 Tahun
TARIKH LAHIR: 10 November 1991
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Pelajar
PENDIDIKAN TERTINGGI: STPM,SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan



NAMA PENUH: MOHD TAUFEK BIN MOHD NOH
ASAL: Mersing, Johor
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 14 Julai 1983
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Perunding Motivasi
PENDIDIKAN TERTINGGI: Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam),Universiti Teknologi Malaysia



Kredit to Program Imam Muda..

July 8, 2010

Ciri-ciri MLM yang halal..l!!!






Salam..

Aku tahu MLM bagi korang bukan benda baru kan..Rasa-rasa aku MLM tumbuh bak cendawan awal 2000
Jika ternampak di kedai mamak tu seseorang yang bawa fail-fail dengan bertemankan pelanggan yang tidak tahu apa sah le tu diorang tengah bincang bisnes juta2 punya tu wa cakap lu...Tapi korang tahu ke betul ke tak betul MLM tu..sah ke dari segi islam...Dan bermacam2 le MLM yang ada daripada produk kesihatan hingga le ke makanan..Aku pun dah berapa kali ditawarkan tapi aku wat tak tau jer..dengar jer tapi masuk tak le..

Di sini aku senaraikan ciri-ciri MLM yang kira halal le jugak :


  1. Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari syubhah.Kira jangan le plak jual makanan bab1 ngan binatang haram.
  2. Akad antara pihak penjual (al-Ba'i) dan pembeli (al-Musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-Taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.Jangan le main ugut2 plak.. 
  3. Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum fiqh.
  4. Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).
  5. Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pendengar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam. 
  6. Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barang/produk (yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau money game dengan berlapikkan barangan/produk. 
  7. Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi). 
  8. Struktur pengurusan syarikat hendaklah memiliki jawatankuasa pengawasan syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.


Kredit kepada Ustaz Nor Amin


June 29, 2010

FAKTA : Serius jahat! KAMAL ATARTUK

INILAH IDEOLOGI BELIAU

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

April 1, 2010

Simbol Peace Berasal dari Penyembah Syaitan.Hati-hati..

Assalamualaikum,Salam Blogger.


Aku nak kongsikan maklumat ini yang saya dapat dari blog ibnuyaacob,seorang penulis dan pengkaji gerakan zionis dan iluminati.Semalam ketika sedang membaca beberapa naklumat dari blog beliau terjumpa artikel pasal simbol yang agak popular di kalangan remaja kini ,iaitu simbol peace.
Jika benar seperti yang dikatakan oleh Ibnuyaacob ini maka di harapkan jangan lagi ada yang meggunakan simbol ini.

Menurut ibnuyaacob,simbol peace berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.
Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.

Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)
peace_sign01006
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

March 31, 2010

5 Sifat Wanita Paling Dibenci Lelaki

Salam...

Memang diakui manusia tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan. Namun ketidaksempurnaan itu boleh dikurangkan jika anda bijak untuk mengawalnya. Apa yang penting, jangan jadikan segala ketidaksempurnaan dan kelemahan yang ada di dalam diri anda, sebagai punca perbalahan dengan pasangan.

Sebagai wanita, anda perlu bijak menarik perhatian si dia dan jangan sekali-kali menunjukkan sikap buruk anda di hadapannya. Tidak kisahlah jika anda dilabel hipokrit oleh teman-teman lain asalkan anda terus mendapat tempat di hati si dia. Ini kerana kebanyakan lelaki apabila ditanya apa yang membuatkan mereka tidak selesa dengan wanita, jawapannya adalah sifat buruk yang hampir dimiliki oleh semua wanita.

Berikut adalah antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki. Andainya ada di antara anda yang memiliki sifat-sifat yang disenaraikan ini, segeralah berubah sekiranya anda tidak mahu kehilangan insan tersayang.
1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Malah mereka sanggup merayu-rayu sehingga kehilangan harga diri asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa sahaja pemberian.

2. Mata Duitan
Sangat menipu jika wanita sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan.

Wanita yang mempunyai sikap mata duitan yang keterlaluan, kebanyakannya sukar untuk mendapatkan cinta yang sejati. Ini kerana tidak ramai lelaki yang sanggup melayan kehendaknya.

3. Suka Mengatur
Tidak dinafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan Prince Charming di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan.

Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Ini kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.

4. Cemburu Buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki rasa terkongkong serta tidak dipercayai.

Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh.

Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik.

Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu.

Sikap wanita yang sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

Sumber : gua.com.my

P/s : Time datang bulan juga wanita selalu mengikut emosi semata2 tanpa memikirkan apa yang diorang kata itu menyakitkan hati seseorang melainkan wanita itu tidak myayangi lelaki itu.Dan tak penah mengingati apa yg telah dijanjikan dan melakukan kesilapan yg sama setiap kali berselisih paham.sapa yg patut dipersalahkan...fikur2kanlah dan renungkanlah..selamat beramal

March 25, 2010

Bahaya Fitnah

Salam,

Sekarang nie bermacam teknologi terkini kita boleh dapat maklumat sms,internet,blog,orang perseorangan dan sebagainya.Adakah kita sedar kita mudah terdedah kepada fitnah atau menfitnah.tu semua tanpa kita sedar kerana kita tak merujuk dari fakta sebenar apa orang kata hentam keromo jer..Aku tertarik dengan artikel ini secara tak langsung menyedarkan kita semua tentang bahaya fitnah ni.Termasuk le diri aku sendiri dan anda semua.Yang baik hanya dari Allah dan yg buruk itu datang dari hambamu yang lemah ini..

"
“Sesungguhnya mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah para pendusta‘‘ (QS. an-Nahl: 105).

Fitnah lebih kejam dari pembunuhan, demikian peringatan Allah dalam al-Qur‘an (al-Baqarah: 191). Peringatan ini menunjukkan bahwa perbuatan tersebut sangat terlarang.


Dilarang menyentuh, mendengar, atau menyebar fitnah terhadap sesama manusia. Perbuatan itu membinasakan diri sendiri dan orang lain. Perbuatan ini seringkali melahirkan berbagai kejahatan lainnya, antara lain salah sangka, dendam, pembunuhan, dan sejenisnya. Tidak terhitung berapa banyak sudah korban yang timbul akibat salah sangka, dendam, dan lain-lain.

Betapa buruknya fitnah, Allah menghukum bagi siapa saja yang melakukan perbuatan tersebut dengan deraan yang amat berat juga. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, “’Tidak akan masuk surga orang yang melakukan fitnah (suka mengadu domba)‘‘ (HR Abu Dawud dan At-Thurmudzi).

Dengan demikian, ke neraka lah mereka akan dihalau di akhirat kelak. Kerana besarnya bahaya fitnah, Islam mengajak manusia untuk lebih hati-hati terhadap sesuatu ucapan atau berita yang beredar di sekitar kita.

Nabi SAW memperingatkan kita untuk berdiam diri seraya berfikir dan meneliti kebenaran sesuatu kabar sebelum membuat keputusan untuk bertindak. Setiap muslim dianjurkan untuk memelihara lidahnya dari mengucapkan kata-kata yang menimbulkan fitnah. Bahkan Allah mengingatkan bahwa perbuatan ini hanya dilakukan oleh mereka yang tidak beriman atau kafir terhadap petunjukNya.

Memutar belit sesuatu fakta, mengada-adakan cerita ,menyebarkan berita yang tidak benar tanpa usul selidik adalah amalan biasa manusia yang bertopengkan syaitan laknatullah. Sedang baki kehidupan ini lebih baik dimanfaatkan untuk beramal soleh demi kesejahteraan di akhirat kelak.

Sumber : http://idhamlim.blogspot.com

March 23, 2010

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..‏

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP
SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN.


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan
hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi
Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya:

Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.

USTAZ ROSLI AL HAFIZ.

P/s : sumber
decrid04@yahoo.com.sg

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.