Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

April 13, 2015

Luka Di Dahi Damia

Siapa tak sayang anak kan.Dalam dok berjaga-jaga akhirnya Damia luka di dahi juga disebabkan tergelincir dan terkena bucu meja yang ada cermin kaca tu.Alhamdulilah terguris sikit di dahi.Kejadian berlaku sungguh pantas padahal semua ada di situ.




Izz Damia Aqilah memang aktif sikit.Bulan depan genap 2 tahun.Masa tumbesaran inilah zaman happy kerja nak main saja.Mula kena tu memang cuak jugalah sebab tengok darah keluar.Aku cuci bagi tahan darah tampal dengan plaster.


Dah 3 kali tukar plaster tengok darah still keluar juga so terus pergi ke Klinik.Mula-mula doktor nak pastikan dahulu kaca tu pecah ataupun sumbing saja.Doktor cuci/lap darah lepastu letak gam ( tengok macam gam gajah ) untuk sekat darah dari keluar dan nak cantumkan kulit.Menangis tak ingatlah masa ni.Alhamdulilah luka tak dalam sangat.



April 10, 2015

Tulisan Tangan Shuib Sepahtu Di Sekolah

Siapa yang tak kenal dengan Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad.Shuib merupakan bekas ahli Kumpulan Sepah yang telah menjadi Juara program realiti Raja Lawak Musim 3 pada tahun 2009 dan  juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Setelah Kumpulan Sepah berpecah, Shuib menganggotai kumpulan Sepahtu yang ditubuhkan oleh rakan baiknya, Jep Sepahtu.

Apa yang aku nak ceritakan, Al-kisahnya anak aku terjumpa buku waktu aku zaman sekolah Teknik dulu dalam stor.Aku belek dan rupanya ini buku aku.Selepas aku habis SPM aku dah minta nama dan alamat contact nombor kawan-kawan aku.Kalau korang duduk asrama mesti pernah buatkan suruh kawan-kawan isi nama, alamat dan ucapan dalam buku maklumlah lepas ni semua bawa haluan masing-masing.


Inilah tulisan tangan ACAB atau pun Shuib Sepahtu.

Untuk makluman, aku dulu satu sekolah dengan Shuib Sepahtu kat Sekolah Teknik Kerian Bagan Serai.Sekarang dah jadi Kolej Vokasional Kerian.Maju beb...
Dia kelas PKM2 tak silap aku dan aku PKM4 (baca PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal)

Kat sekolah kami panggil Shahmira ini ACAB.Rasanya kawan rapat dia Zamri.Aku memang lost contact dengan si Zamri ni.Perghh cakap Banjar diorang ni memang pekat jugak.Aku munsykil juga dari mana dia dapat nama SHUIB ni ? Acab ni bagus walaupun dah terkenal tak lupa pada member-member Teknik.


Balik sekolah kami mesti lepak di kedai depan sekolah.Kira macam port sambil minum air dan sembang-sembang.Tak tahulah sekarang ni port itu jadi apa.Lagipun Acab ni terus masuk ke tebuk tu untuk balik rumah.Aku pun laluan short cut untuk ulang alik dari Bagan Serai ke Parit Buntar.

Serius dulu acab ini tak le lawak sangat rasanya lepas sekolah kot bakat lawaknya menyerlah.Tapi acab memang sempoi orang kata sekepala.Tapi kalau tengok tulisan tangan Acab semasa last day kami di sekolah Teknik dulu boleh dikatakan ada seni juga tulisan dia.Sekarang dah duduk Johor jarang-jarang balik Parit Buntar...

Aku doakan semoga Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu terus sukses dan berjaya dalam apa yang diceburi.Teruskan buat lawak kepada Rakyat Malaysia.Nanti free kita lepak bro !!

Good Luck Shuib Sepahtu





March 17, 2015

Adakah Ini Strategi Perniagaan Tesco ?

Baru-baru ini aku terlihat status dan gambar resit yang di upload oleh rakan Parit Buntar di Facebook miliknya.Situasi ini berlaku sendiri ke atas rakan.Harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga di resit.

Adakah ini strategi pasaraya besar mengaut keuntungan ?

Harga Ocean 4pcs dipamer adalah RM27.90.Harga resit selepas dibayar RM29.90.Perbezaan RM2.00.Itu baru seorang yang kena RM2.00 kalau 100 orang ? Kalau orang yang jenis detail mesti akan periksa setiap barang yang dibeli.Tapi kalau banyak barang yang dibeli susah juga nak periksa satu persatu.

Aku up kan status itu di Facebook dan ada rakan yang  yang pernah berhadapan dengan situasi ini.Ada yang beri cadangan pergi laporkan ke customer service untuk pemulangan baki bayaran.Cuba bayangkan yang beli tu jenis yang tak periksa langsung ataupun orang veteran yang tiada masa nak belek satu-satu.

Tak tahulah ini salah pengurusan pasaraya ataupun staff yang update harga setiap hari.Bagi aku perkara ini tak perlu berlaku kerana mesti ada supervisor yang perlu memantau harga setiap hari.Adakah ada agenda tersembunyi ? Dengan keadaan ekonomi sekarang ini yang tidak memberangsangkan sepatutnya agenda ini mesti dihentikan.Jangan ditekan lagi rakyat kebanyakkan.

Macam mana pula strategi promosi harga sebenar RM29.00 tapi bila promosi RM28.99 ?


Harga dipamer RM27.90
Kredit gambar Zamri Keciks


March 10, 2015

Sepetang Di Setia City Park

Pertama kali ke Setia City Park sebelum ini dengar saja orang cerita sesuai bawa anak-anak ke sini.So lepas kenduri rakan isteri kami ke Setia City Park.Saja nak bagi Damia main-main dengan Giant Bubble.Tapi sebaliknya aku yang teruja lebih.



Muka mamai lepas bangun tidur

Sampai saja ingat tak ramai orang sekali tengok perghh ramainya main Giant Bubble.Ada juga orang sewa Roller Blade dan basikal.Kalau lapar jangan risau ada orang jual makanan dan minuman.
Seronok saja tengok ada keluarga bawa makanan sendiri dan tikar dah macam picnic pulak.

Damia pun macam tak ada mood sebab baru bangun dari tidur tapi papa nya suruh main juga.Dapat main sekejap saja sebab hujan mulai turun semua bertempiaran lari..



Park tepi saja


Jadi juga Bubble tu.


Damia pun pening siapa yang main sebenarnya.

October 8, 2014

Sikap Apabila Makan Nasi Lemak

Cuba tengok gambar nasi lemak dibawah.Apa yang anda bayangkan.Sikap aku apabila makan nasi lemak yang beli tepi jalan mesti makan nasi yang tanpa sambal.Aku akan kais nasi yang ada sambal ke tepi.Aku memang tak boleh makan pedas pagi-pagi mesti sakit perut.

Masa beli aku tak suka tak letak sambal.Mesti ada sambal tapi tak makan pun nasi yang terkena sambal itu.Dah menjadi perangai aku sejak dari kecil.Aku pun tak tahu kenapa.Tapi kalau nasi lemak mak aku buat mesti licin.

Harga nasi lemak bawah tu RM1.50.Ada telur suku,tauhu,kacang sikit dan timun sikit.Tempat korang berapa harga nasi lemak biasa ?



Mana nak dapat dah nasi lemak 50sen !

March 17, 2014

Semakan SMS Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2013

Saat yang ditunggu hampir tiba.Debaran semakin kencang buat pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM 2013.Bagi adik-adik yang telah mengambil peperiksaan SPM tahun lepas bolehlah menyemak keputusan adik-adik secara SMS.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2013

Tatacara Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2013 


Selain pergi ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan SPM.Adik-adik boleh juga SMS.Caranya :

Taipkan SPM < jarak > No.KP < jarak > AngkaGiliran & hantarkan ke 15888.

Contoh boleh dilihat seperti gambar di atas.Adik-adik boleh mula menyemak pada 20 Mac 2014 jam 10.00 pagi hingga 11.59 malam 26 Mac 2014.

Ingat lagi masa SPM dulu tak ada masa nak semak guna SMS ini sebab nak merasai ' feel ' apabila ambil keputusan di sekolah.Sambil itu boleh jumpa rakan-rakan seperjuangan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri sama ada sambung belajar ataupun terus bekerja.

Kepada adik-adik yang kurang bernasib baik jangan mudah berputus asa.Ikut minat sendiri tanpa paksaan dari sesiapa.Nak kerja pun boleh ataupun bekerja sambil belajar pun boleh.Perancangan Allah sangat teratur untuk adik-adik.

March 12, 2014

Tutorial Pakai Kain Pelikat

Aku yakin masih ramai lelaki di luar sana yang masih tak berapa mahir pakai Kain Pelikat kan.Ini ada tutorial bergambar.
Kalau Pelikat Pants oklah senang sikit.

Tutorial Kain pelikat bukan Pelikat Pants

December 23, 2013

Borang Permohonan Online BR1M 2014 | BR1M 3.0

Borang Permohonan BR1M 2014 bermula hari ini, 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.Kepada pemohon yang layak boleh mula mengisi borang permohonan BR1M 2014.Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang LHDNM www.hasil.gov.my atau secara mengisi borang permohonan BR1M 2014.




Permohonan Manual BR1M 2014


Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM ), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ).Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ( Isnin - Jumaat ) bermula 23 Disember 2013.


Bagi anda yang pernah mohon BR1M sebelum ini, Anda hanya perlu kemaskini sahaja maklumat sedia ada. Manakala bagi permohonan baru, Anda boleh daftar secara manual dengan mengisi borang atau melalui atas talian seperti berikut :-


December 16, 2013

Gangguan Bekalan Air Di Kuala Lumpur Dan Shah Alam

Maklumat yang diterima ini memang sahih sebab kawan aku kerja Syabas beritahu air tak ada bagi kawasan tertentu.Ditambah dengan info dari laman Web SYABAS. Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan Shah Alam/Klang akan berlaku pada 17 Disember 2013.Aku kena bersiap sedia dan semua pengguna harus bersedia dengan gangguan bekalan air ini.

Hari ini aku nak simpan air sebagai langkah berjaga-jaga dan persedian untuk menghadapi gangguan bekalan air ini.Maklumat ini telah dikeluarkan di Laman web Syabas dan Puspel.Harap semua pengguna dapat periksa kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini sama ada kawasan anda terjejas juga dengan gangguan ini.

Info Grafik dari Harian Metro

Kawasan-Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air 17 Disember 2013 


Wilayah Kuala Lumpur

Kawasan Bukit Kiara:

Kelab DiRaja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; INTAN; Suruhanjaya Sekuriti; Bahagian Teknologi  Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Sebahagian kawasan Bukit Damansara:

Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Kawasan Segambut:

Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; Keseluruhan kawasan Mount Kiara; Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta;

Cara pengiklanan Facebook yang SUPERB !


Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh:

Jalan   Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris;

Kawasan Sentul:

Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan; Bandar Baru Sentul.

Kawasan Jalan Duta:

Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR;    Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum; Stadium Hoki.

Sebahagian kawasan Jalan Mahameru:

Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor Jalan Negeri Sembilan.

Kawasan Sri Hartamas:

Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara;Taman Duta Tropika; Hartamas Heights

Kawasan Bukit Sentul:

Jalan Kolam Air;Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.
Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf):
Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan       Titiwangsa);
Sekitar kawasan KLCC:
Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2):

Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol;        Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Rusia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

Sebahagian kawasan Kampung Baru:

Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1;Lorong Datuk Abdullah.

Semua kawasan-kawasan berikut:

Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin;Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.
Jumlah akaun : 63,408 akaun

Wilayah Gombak

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara; Sunway SPK Harmoni 3.
Jumlah akaun : 22,274 akaun

Wilayah Petaling

Bandar Baru Sri Petaling;  Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18;    Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa;Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi;  Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol;Taman Puchong Mesra Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya
Jumlah akaun: 98,084 akaun


Wilayah Klang/Shah Alam

Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera;Putra Height; Kampung Bukit Lanchong;  Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis;Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung  Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.
Jumlah akaun : 33,928 akaun

Jumlah Akaun Keseluruhan Akaun Yang Terlibat - 217,694

December 10, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2

Alhamdulillah..sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah 2 tahun usia perkahwinan saya.Setelah menempuh masam masin pahit kelat alam perkahwinan, Tipulah kalau saya katakan sepanjang hidup bersama itu kami berdua tidak pernah berselisih kata.Pinggan mangkuk masih berkeadaan baik.huhu.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Sebagai pasangan, kami juga mempunyai beberapa kerektor  berbeza dan sama dari segi pendapat atau pandangan.Tapi kebanyakkan apa yang terlintas di fikiran saya mesti zaujah pun berfikiran sama.Kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.


Masanya telah tiba


Jika tiada zaujah di sisi memang saya akan rasa lain buat kerja serba tak kena.Jatuh bangun susah senang kita bersama.Kita saling lengkap melengkapi.Kita saling memerlukan.Bukan setahun tapi dua tahun masa telah berlalu, usia begini bayi pun sudah boleh berjalan dan bercakap-cakap.

Alhamdulilah kita dikurniakan Puteri hasil perkongsian hidup kita bersama.Izz Damia Aqilah di beri nama, sumber kecerian,kemesraan dan tanda kasih sayang kita.Seperti makna namanya Kekuatan,Kebijaksanaan,cerdas dan pandai semoga Izz Damia Aqilah menjadi srikandi dan anak yang solehah.


Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita


Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nor Izee zaujahku senantiasa berada di sini walau susah ataupun senang.Maaflah abang andai diri ini tidak seromantik Brad Pitt ataupun Adi Putra.Tapi percayalah dalam hati ada taman.Saya berdoa agar hubungan perkahwinan kita berkekalan hingga ke Jannah.Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami isteri dan mengikut landasan Islam juga membesarkan puteri kita agar menjadi anak yang solehah dan mengikut ajaran Islam.

Izz Damia Aqilah usia 1 hari


Terima Kasih juga menghadiahkan Izz Damia Aqilah kepada abg.Itu hadiah yang paling bermakna dan kita punya tanggungjawab besar.Kita harungi bersama untuk masa-masa yang akan datang.Amin

Berdebar-debar saat ini



DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. 

Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

** Rasa macam nak buat contest.Tengah memikir nak buat apa.Tapi buat masa ini bukan Hadiah INI kot..Ada yang nak menaja ke ?

November 27, 2013

Tips Mengenali Virus Malware,Worm,Trojan dan Spyware

Baru-baru ini format laptop sebab rasa macam lembab saja bila menggunakannya.Aku kalau lembab ini syak memang laptop ini kenal virus la.Scan virus detect ada Trojan.Apa lagi aku nak tahulah apa itu virus Trojan,Worm, Malware, Spyware dan sebagainya.


Ada Virus Malware,Worm,Trojan dan Spyware agaknya dalam ini



Apa itu Malware, Virus, Worm, Trojan Horse dan Spyware ?


Hakikatnya jika berlaku sesuatu yang pelik terhadap komputer kita, jangkaan pertama kali kita akan sebut ialah kena Virus. Namun adakah korang faham kenapa ianya berlaku, adakah disebabkan virus atau ada sebab lain.


Malware


‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan untuk tujuan mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian. Maksudnya bertujuan dicipta untuk tujuan merosakan dan mengagalkan operasi sesuatu perisian atau system pengoperasian. Contoh Malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .


Virus


Virus adalah satu ciptaan yang bertujuan untuk menganggu dan merosakan system komputer. Ianya dikatakan antara Malware pertama yang wujud.Virus boleh bersarang di banyak jeni fail. Sasaran utama virus adalah file yang mempunyai format seperti EXE, COM, VBS serta ianya juga boleh bersarang di dalam fail dokumen dan Boot sector komputer . 

Penyebaran ke komputer lain boleh dilakukan dengan pemindahan fail atau data dari satu komputer ke komputer yang lain, seterusnya ianya menukar format sesuatu fail sehingga ianya tidak dapat dibuka dan lebih parah komputer gagal beroperasi sepenuhnya. 



Worm


Worm juga disebut sebagai Cecacing. Kalau virus bersarang pada suatu program atau dokumen, Worm i tidak demikan, malah ianya merupakan sebuah program yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan sarang untuk merebak dan tidak memerlukan bantuan orang untuk tersebar . Melalui jaringan ianya boleh bertelur terutama jika kurangnya aspek keselamatan ditekankan dalam komputer. Setelah masuk ke dalam suatu komputer, Worm akan mengubah beberapa pengaturan di sistem operasi agar tetap hidup. Kebiasaannya, ia memasukkan diri dalam proses boot suatu komputer dan boleh mematikan akses ke Antivirus.


Trojan Horse


Kuda Horse adalah malware yang seolah-olah merupakan program yang seakan berguna, menghibur dan boleh menyelamatkan, Tetapi hakikatnya ianya adalah program yang merosakkan. Trojan Horse hakikatnya merupakan program yang ditunggang oleh Malware lain seperti seperti virus, worm, spyware. Jadi peranan Trojan Horse ialah digunakan untuk menyebarkan atau mengaktifkan malware ini.


Spyware


Spyware adalah sejenis program yang bertindak mengumpulkan dan mengirim informasi / maklumat tentang pengguna komputer tanpa diketahui dan disedari oleh pengguna komputer itu.
Yang diintip kebiasaanya bermula dari maklumat yang tidak beberapa penting semasa pengguna komputer melayari internet, sehingga lebih parah boleh mengintip maklumat seperti No. PIN maklumat Bank atau kata laluan emel.

Kebiasaanya Spyware akan mencari tempat atau lokasi yang menjadi tumpuan pengguna seperti transaksi online atau ruangan chatting atau banyak lagi. Seterusnya maklumat tadi dijadikan batu loncatan bagi Spyware menampilkan iklan seperti yang berbentuk pop-up, contohnya berbentuk iklan perdagangan. Inilah yang dipanggil istilah Adware, dan penyebaran spyware ini mirip kepada Trojan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Servis Format + Remove Virus & Trojan Dll + BackUp + Software Installation ada disediakan..
LAPTOP DI UTAMAKAN !!
[HARDWARE Problem Dan Installation Tak Disediakan]..


* Untuk Berurusan boleh sms ke 0106071474..[ZUL]

November 18, 2013

Sunyi Tanpa Faizal Bin Ismail Di Hot FM AM Krew

Hari ini terasa sunyi tanpa Faizal Bin Ismail di Hot FM AM Krew.Tidak sebelum ini pagi-pagi dengar juga celoteh Faizal Bin Ismail di AM Krew.Setelah 8 tahun terasa janggal bila suara ' itu ' tidak kedengaran.
Paling terkesan dengan Panggilan Hangit.

Hangat lagikah Hot FM ?


Jom layan Luahan Hati rakan sekerja FBI di hari terakhir FBI ke udara di Hot FM AM Krew

Hari terakhir FBI di AM Krew

November 12, 2013

Pertama Kali Ke KL Festival City

Hai,

Hari ini pertama kali ke KL Festival City di Setapak.Pertama kali juga update blog guna ipad macam dah live blogging plak.

Tingkat 1 KL Festival City
          
Dah 6 bulan anak dara ni
   
Tadi pergi cucuk Damia di Klinik berdekatan terus pergi Mali Corner untuk terjah makan Nasi Lemak Ayam dan Char Kiew Tiew.Lepas itu terus ke KL Festival City.

Apa lagi yang menarik di sini ye ??


August 26, 2013

Tahniah Kepada Diri Sendiri

Assalammualaikum,

Ini gara-gara makan banyak lemang dan ketupat lah blog makin lama tak 'hapdet'.Setiap minggu ada sahaja ' open house '.Ini tak boleh jadi kena diet ini.

Alhamdulilah Jumaat lepas menjadi pengomen terpantas dan berpeluang review handphone.Itulah keberkatan hari Jumaat semoga kita dimurahkan rezeki.Rezeki bukan sahaja sekadar wang ringgit termasuk jugalah rezeki kesihatan yang baik.



July 12, 2013

Pengalaman Menakjubkan Menguruskan Plasenta/Uri

Plasenta atau Uri adalah ' sarung ' yang terbentuk di dalam rahim ketika proses kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin dapat oksigen dan makanan daripada ibunya.Senang cerita macam rumah dan tempat bermain bayi di dalam perut le.Aku yakin pasti ramai ibu bapa yang menyerahkan menguruskan uri kepada bidan,ibu ataupun nenek.Ini adalah pengalaman menakjubkan apabila menguruskan Uri bagi bapa yang baru menerima kelahiran.

Gambar sekadar hiasan.

Hari ini genap Izz Damia Aqilah 2 bulan.Alhamdulilah aku sendiri yang menguruskan uri dua bulan lepas.Sebelum itu dah baca macam mana cara nak menguruskan uri mengikut syariat Islam yang sebenar jadi aku yakin boleh melakukannya.Macam-macam juga aku baca cara turun temurun menguruskan uri ada yang memasang lilin pada waktu malam selama 7 malam untuk mengelak kejadian pelik menimpa bayi.Ini bukan ajaran Islam yang sebenar.

July 9, 2013

Pertama Kali ke Cherengin Hills,Janda Baik

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak keliru juga untuk mencari jalan ke Janda Baik,Pahang.Nasib baik tak terlepas naik ke kaki Genting Highlands selepas melalui Hentian Genting Sempah.Perjalanan bermula melalui MRR2 dan memasuki Lebuhraya Karak.Kami sekeluarga behenti sebentar di Hentian Genting Sempah untuk makan tengah hari.

Laluan sepanjang ke Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik,Pahang agak mencabar jalan kampung dan apabila berselesih dengan kenderaan lain perlu berhati-hati kerana laluan sempit.Ada sekali dua berselisih dengan bas perghh cuak juga takut bercalar kereta.

Kami sampai lebih kurang 2 jam 30 minit masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Janda Baik.Kalau ditakdirkan bertolak malam memang aku tak beranilah disebabkan lampu jalan yang kurang banyak dan laluan yang sempit.

February 1, 2013

Sakitnya Apabila Gusi Bengkak

Salam Jumaat,

3 hari lepas pergi ke Klinik Nazreen untuk rawatan Gusi bengkak.Dah seminggu menderita sakit gusi bengkak tak tahan apabila sakitnya sampai ke kepala boleh pening-pening dan loya.Macam mengandung pulak.






Aku pun pelik dengan masalah gusi ini.Mungkin benda baru bagi aku masalah gusi ini.Mungkin ada nak senasib dengan aku.

January 27, 2013

Aksi Pemenang Bertuah Sepetang Bersama Blogger 2013

Ini semua poyo ! Aku tak kira nak upload juga gambar menang cabutan bertuah Sepetang Bersama Blogger 2013 walaupun bukan menang basikal, Ipad Mini atau pun Iphone 5.Dah lama tak menang cabutan bertuah sejak 2010 iaitu menang 1st prize TV Pensonic 24 inci.

Menang Cabutan Bertuah  Tajaan Broframestone

Semasa ambil hadiah itu di atas pentas sempat lagi kak Siti Rokiah berbisik sesuatu kepada aku.Apakah ?
huhu.Nak bagi bisnes jual tudung kot.Baeek punyerr..

December 3, 2012

Rawatan Gigi Di Klinik Nazreen

Sakit gigi ? Jumpalah Doktor Gigi.Dapatkan Rawatan Pergigian di Klinik Nazreen.

Zaman sekolah bila sebut doktor gigi kerajaan nak datang ke sekolah dalam hati mesti rasa sangat berdebar kalau boleh kita nak mengelat nak datang sekolah ataupun ponteng kelas.Situasi ini memang pernah aku lalui bukan takut tapi seram bila bunyi mesin ' gerudi ' itu menerjah mulut aku.

Masa beratur aku lebih rela biar kawan-kawan potong barisan kalau boleh nak barisan paling terakhir.Tapi itu dulu zaman kanak-kanak semuanya indah.Bila dah dewasa baru aku sedar tentang pentingnya penjagaan gigi selepas melihat kawan aku yang masih muda sudah tiada gigi dan juga struktur gigi yang berterabur.



Tidak bosan apabila menunggu untuk mendapatkan rawatan

Sejak dua menjak ini, bila makan saja mesti adalah anasir asing melekat di gigi.Masa ini rasa macam nak capai sahaja apa benda yang terdekat untuk keluarkannya.Apabila kerap sangat terjadi nikmat makan berselera tapi bila selepas makan itu yang perit.

November 16, 2012

Perempuan & Rokok

Isnin lepas lunch di BaliFeel Bangsar South, pada mulanya tak kisah pun siapa yang duduk di sebelah tu.Pendengaran terganggu dek kebisingan meja sebelah yang seorang mamat ini begitu khusyuk bercerita tentang kerja yang dilakukannya.



Kedengaran 'Network' , 'Client' , 'CISCO' , aku pasti sekumpulan terdiri daripada 2 orang lelaki dan seorang perempuan bertudung ini bekerja di dalam bidang network.

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.