Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

October 16, 2012

Apabila Ada Yang Nak Melamar

Wah ada private message le di inbox Facebook.Tapi dari seseorang yang tidak dikenali Faridah Ahmed suatu nama begitu asing dengan diri ini.

Apabila mesej dibalas, ini yang aku terima rupanya Faridah ini kacukan Malaysia dan England.Hati pun berbunga-bunga dapat kenalan kacukan.Tapi malang sekali bukan Dania Danielle yang sudah bertunang dengan actor pengarah filem Pe3 itu.

October 15, 2012

Teruja Dengan Terjunan Bebas Felix Baumgartner

' Sangat teruja ' melihat kesungguhan Felix Baumgartner melakukan terjunan bebas untuk memecahkan rekod dunia.Felix Baumgartner dilahirkan di Salzburg, Austria pada tahun 1969.Penerjun dari Austria ini membuat percubaan kali kedua bagi memecahkan rekod dunia 23 batu terjun bebas (freefall) dari angkasa lepas pada pagi Ahad pada lebih kurang jam 11:00 malam waktu tempatan.



Felix berjaya melakukan terjunan dengan selamat dari ketinggian 24 batu (38.6 km) atau 127,900 kaki selepas lebih kurang dua jam perjalanan ke ketinggian yang diingini.Dia hanya ambil masa dalam empat minit untuk sampai ke bumi.Kelajuan dianggarkan mencecah 1000 km/jam lebih. 

April 24, 2012

Proton Preve 2012 Yang Telah Diubahsuai


Rasanya belum terlambat bagi sy mengucapkan tahniah kepada Proton di atas pelancaran Proton Preve pada 16 April 2012.Proton Preve telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk rekod,Preve awalnya dikenali sebagai P3-21A.Dipanggil Preve (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan.Mungkin sudah tertulis,Allah ingin menguji Proton berlaku satu kemalangan semasa 'Test Drive'.Kemalangan berlaku disebabkan kecuaian manusia walaupun selang berapa hari selepas pelancarannya.


April 14, 2012

Hi tea Sepetang Bersama Blogger Anjuran Denaihati Network #JumpaDenaihati



Tahniah! Anda Terpilih untuk Menghadiri Hi tea Sepetang Bersama Blogger.Tapi aku tidak dapat hadir disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.Apa yang mampu aku lakukan sebagai tanda sokongan dengan mempromosikan
Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran

March 27, 2012

Aku Rindu Padamu

Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu. Rindu dendam terhadap mu semakin terasa. Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung.Ku rindu akan dirimu hingga dibawa ke dalam mimpi.

March 13, 2012

Sepetang di Taman Botani Putrajaya



As Salam,

PENAT !! apa yang sy boleh katakan sungguh letih dan penat apabila anda berbasikal setelah bertahun2 tidak mengayuh basikal.Kali terakhir berbasikal masa bersekolah lepas tu naik motorsikal saja hanya pulas minyak jer.

Hari Ahad lepas sy & My Wife berbasikal di Taman Botani Putrajaya setelah tertarik dengan gambar kawan yang berbasikal di Taman Botani.Mula2 tu rasa janggal juga le sebab tak pernah pergi di situ tapi

March 11, 2012

KidZania @ McD Mutiara Damansara



Assalammualaikum,

Pernah tak sambut birthday party di McDonald Mutiara Damansara ? Sy & My Wife baru saja sambut birthday boy di McD Mutiara Damansara.Birthday Boy kawan My Wife.Pertama kali jugalah sambut birthday di McD ini.Suasananya memang happening le sebab staff McD pandai melayan karenah budak2.

Yang menariknya siap ada permainan kerusi beracun dan hadiah lagi.Tapi itu semua bergantung kepada pakej apa yang korang ambil.Boleh berunding dengan Manager di situ.Anggaran 1jam 15minit dalam

August 8, 2010

Pertama Kali Ke I-City Shah Alam

hayatilah video ini..terharu jugak



Salam,

Selamat hari minggu kepada pelawat Pujangga Malam.Pagi2 aku tengok video di atas tu..peh terharu jugak..

Baru mengerti murid itu tentang erti kasih sayang.aku rasa bukan murid tu jer yang kurang paham erti kasih sayang tapi bagi orang dewasa pun kebanyakan yang tidak tahu apa itu kasih sayang...

Kasih masyarakat paham betul tiada le berlakunya penderaan anak sendiri..penderaan haiwan ke..Cakap banyak pun tak guna baik korang tengok sendiri video tu..




PIZZA HUT SEK 7 > I-CITY S.ALAM > DATARAN S.ALAM > KEDAI AIR RM1

Apa kaitan semua itu dengan diri aku..perkara tu semua berlaku malam miggu semalam..Aku bersama 6orang housemate aku merewang di sekitar Shah Alam..bosan2 di rumah keluar berjalan sekurang2nya dapat tenangkan fikiran..

Gambar kami semua telah disembunyikan kerana makan makanan murah2 saja..Tapi bising le time tu
Dari kiri Anuar,aku,Daus,Comb,Hafiz,nan.Oh lagi sorang Chem terpaksa amik gmbar loh..

Penuh giler nak masuk tempat sejuk kena bayar lak..dulu tak kena pun bayar taukey..

Oh terselit plak gambar aku..

Agak2 dalam sehari berapa ek bil elektrik I-City nie?? kena kanji nie.
Saja lepaking di Dataran kejap..

Di mana gambar kedai air RM1 plak..Oh tidak penghuni Padang Jawa jer tahu dimana kedai tu..Harga gula naik pun RM1 juga..Milo air,Nescafe air RM1 maa...Neslo jer RM1.50..
P/S:Harini tak sabar nak kuar kerana ada acara menarik..hari jadi ek..









July 16, 2010

Kenangan Dengan 125Z

Salam,

Hari ini aku penat betul sebabnya aku bersama rakan2 ku menyiapkan jentera PJ Vodafone sesempurna yang mungkin..Macam nak masuk Grand Prix plak ek...ataupun Autosaloon...Kalau 125Z tu kira ok le masuk Grand Prix...

Aku cukup puas hati sebabnya jentera aku macam dilahirkan semula...Sebelum nie motor kesayangan aku warnanya pudar yang amik belah body tu..macam tak bersemangat je aku tengok..Siap member-member tanya nie lagi napa motor ang warna luntur nie ???. segan le jugak..Padahal baru 3++ tahun usianya..kalau baby tu minum susu lagi le...Thank juga kepada rakan2 baik aku yang baru ku kenali Wak Johor,Fahmi Alpinestars dan Wak H.Langat..



Aku dengan jentera Yamaha tak dapat dipisahkan..


  Yamaha 125 aku.sedap mmg sedap pakai tapi minyak & 2T tu parah sikit..




 Yamaha LC aku yang berwajah baru..mengunakan tema Vodafone..sebab pilih warna merah...baru garang sikit takkan Pink kot walaupun dalam hati ada taman..





 wajah lama LC aku tapi depan tu nampak macam kilat je tapi dah luntur dah..memang berbeza..dulu dengan sekarang badan maintain siot..haha


 New look,new design..mau buat macam nie hello2 aku..

 Empat serangkai semua ada..biru,merah,hijau..

 Nie permintaan daripada Wak Johor a.k.a Zabir sebab dia kata apasal letak gambar basikal yang convert motor entry sebelum nie..


P/s : Tapi kan nanti kalau ada rezeki dapat motor ini kan bagus...InsyaAllah..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Mula terbayang tema apa nak pakai nie !!!

July 14, 2010

Modifikasi Yamaha LC

Salam,

Peh apa kena mengena tajuk entry aku dengan blog aku nie..huhu...Ini semua adalah transformasi motor aku

agar nampak lagi cumel...hehe cumel ke...Cover set motor LC aku memang teruk giler siap reput lagi tu 

stickernya..baru 3 tahun lebih tu tapi emm macam agak uzur rupanya bawa pi bendang boleh le dulu.

Aku memang dah lama hendak tukar cover set motor LC aku nie tapi time tu fulus 'goyang' le..

Transformasi telah bermula dengan membuka segala benda2 yang reput2 tu..Thank kepada Wak & Fahmi..


 


 .

.

Jeng2......

Menjadikan theme Vodafone sebagai cover set yang baru..macam baru di lahirkan le..Amacam usha2 le puas hati tak..sejukkan mata anda yerr dengan gambar nie..huhu











Kredit kepada Wak,Fahmi Alpinestars,Wak Hulu Langat..

Fahmi Alpinestars

Wak Hulu Langat
 .
.
.
.


 Oppss nie bukan motor Wak Johor ek..motornya akan muncul...


July 5, 2010

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Gambar anak makcik kantin..gambar hiasan

Salam,

Harinie bermula le penggal pengajian baru bagi kebanyakkan Universiti..begitu juga UiTM...
Semester nie pengambilan pelajar baru di UiTM makin bertambah..dan seperti biasa keadaaan lalulintas tu agak sibuk dengan bermacam2 kenderaan pelajar dan juga berbagai jenis kereta dan motor.....

ohh kenapa le masa aku rajin nie takde plak kelasnya ??? dan seperti biasa selalunya dalam minggu pertama nie kebanyakkan kelas lecturer tak masuk lagi..tah le sebabnya...adakah terlupa?? traffic jam ?? oh tidak.
padahal student semua sudah ada jadual masing2...tapi korang jangan salah anggap plak yer..aku bukan tujukan kepada semua lecturer !!!! ada juga aku tengok tadi ada kelas yg sudah berlecturer.. 

Semester baru nie aku kena bertekad le untuk mencapai apa yang aku hajati mendapat keputusan yang memberangsangkan..amin....pejam celik pejam celik dah last semester aku rupanya..rasanya macam baru semalam aku berhenti kerja ..maklum le kerja dulu sebelum sambung..dah seperti biasa le ada le suara2 yg bertanya lamanya kau belajar !!! dan tidak cukup dengan tu Bila lagi kau nak kawin tu usia tak tunggu
kau !!! ada aku kisah..haha.....dari situ juga masa bagi aku boleh diibaratkan seperti emas dah sekarang nie..

Kepala pun sudah ligat berfikir aku nak kerja kat mana ek nanti..semestinya di company oil & gas kalau ada rezeki..doakan le..amin..tapi cabarannya tetap mencabar..kalau boleh macam malas dah kerja di kilang yang ber shift2 nie..takpelah mana ada rezeki cekau jer...
peace no war..




May 4, 2010

Ada Apa Dengan Peperiksaan




Salam,

Hai apa khabar suma rasanya macam agak lama aku tak update blog nie..

tanya le napa..huhu..time final exam di semua universiti sekarang nie..

so sekarang nie boleh le dianggap aku sekarang kena deman exam

padahal 1 paper je pun..huhu tapi aku masih ada presentation Final year project

So sekiranya lama aku tak update blog tu paham2 le yerr..

tapi jangan lupa tau drop ur comment..baru berseri sikit blog nie...

thank to all...doakan aku berjaya dalam apa yang aku hadapi...amin..

April 21, 2010

Siapa Lahir Pada Tahun 80an

Siapa ini.?? aku ler..


Kereta Tamiya aku tapi dah rosak.siap nak beli litar lg

Salam,,

Hari nie aku tergerak hati untuk menulis kenangan kita yang lahir pada tahun 80'..Nie pun disebabkan akan mendapat idea dari kawan aku Omar Hasyimie..Kredit tok ang Mie..Ang mengingatkan aku pada zaman2 yang happening sgt bro..Nie aku ada listkan perkara2 yang boleh membuatkan kita tergerak sendiri bila mengingati kembali zaman2 lepas yg sempoi..

* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.

* kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

* RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm….

* pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

* main lwn pemadam yang ada gambar bendera negara2, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sebenar, utk padam!

* pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

* cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.

* Papan hitam menggunakan kapur yg giler babeng nyer berabuk. Pastu sapa bertugas kene ketuk duster kat tepi koridor. habis klas bawah2 sume berabuk.

* bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. Rotan siap terbelah pastu cikgu ikat ngan rubberband.

* time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la… Pastu ada main tanah liat. buat pasu dari botol terbuang. kasi letak tanah liat, jadi cantik. Pastu berhabuk..

* Beg skolah masing2 umpama nak pegi camping. Sampai masuk berita sebab beg galas bebankan pelajar.

* Zaman ni gak ada alam dan manusia sebagai subject. Lepas tu di ganti ngan kajian tempatan.

* balik skolah main bola chapping.. Pakai bola tenis susun selipar. kadang2 men baling pakai selipar.

* Gasing, layang2, tutup botol, othello, dam ular, mainan kita.

* main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. Time tu sapa ada sega dikira dewa. Tapi sapa ada sega pun ada game sonic jek.. main tu je la ulang2.

* jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. Kaler biru, ijau itam, cekelat.

* takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…
* balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

* Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu…

* Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban, Dash yankuro, tomato man dan mcm lg. Ramai jek ponteng skolah agama sebab nak usha citer2 ni.

* Time darjah satu atau dua, skolah kebangsaan, laki pakai suar pendek biru gelap pastu time tu tak reti pakai spender.. paham2 la ek apa jadi? Pastu kerajaan tukar sume pakai suar panjang.. appropriate sket

* Roller blade menjadi kegilaan budak2. Hampir tiap2 petang kedengaran bunyik tayar rollerblade kat jalan raya.

* Komputer mula diperkenalkan dlm tahun 1994 kot. Time tu ada tempat disket besar gile.

* Telepon bapak kita besar gedabak, pastu bapak2 kita suka letak dalam poket atau kat poket blakang, punggung dorang jadi tonggek. Bila orang call, cakap srupa sebatu jauhnya.. siap ekspresi tangan dan muka.

* Waktu dapat IC first time time darjah 6, bangga giler sebab dah dikira dewasa. tapi ic still mak pegang sebab takut ilang. Simpan fotostat dlm wallet..

* budak laki time darjah 5/6 usha membe2 pompuan tinggi2 gila… tapi bila da masuk tingkatan 1/2 bebudak pompuan surprisingly jadi pendek. Time ni gak suara berubah.

* Dulu kat area KL, takut dengar pasal cerita hantu susuk. Siap kuar newspaper…Sume time tu takut gile nak kuar umah terutama budak perempuan sebab takut kene isap darah. Pastu macam2 antu kuar dalam paper, antu lilin la.. dan macam2 lagi.

* Ada satu time tu zaman tamiya, sume berebut nak buat tamiya power2 siap kasi letak tayar span la.. tambah kilat la tukar enjin la.. pastu mende tu ilang ntah mana ntah.


* Lepak rumah kawan yang dekat dengan sekolah..pengawas pun join sekali siap cikgu cari tapi kita senyap jer..huhu

March 20, 2010

Macam menarik

Salam everyone...

Hari ini macam best saja aktiviti di luar sana tapi aku sibuk plak dengan assignment dengan test lagi isnin nie.Tak penah2 abis ke nie suma nak abis kena abiskan belajar le dulu ek..Time kerja lain plak sibuknya kerja dengan belajar cukup lain sebab aku penah keja lepas diploma dulu so memang berbeza betul dari segi keletihannya belajar letih minda kerja letih fizikal,tekanan dan minda..Time kerja rasa seronok lagi time belajar, bila belajar seronok plak time kerja sebab dapat duit.Betul le kata2 yang mengatakan manusia tidak penah puas selagi hayatnya belom berakhir..

Setahu aku aktiviti pada weekend nie :
  1. Acara belon udara panas di Putrajaya rasanya dah start semalam
  2. Lokasi PWTC pesta buku bagi yang suka membaca..
  3. Lokasi MidValley untuk kaum ibu2 dan bapa2 yang akan mengeluarkan duit pameran dengan jualan pakaian bayi rasanya.

June 15, 2009

Gambar kenangan Zaman Muda

Combine sekali gambar2 reunion Methrat...Gang2 member Pb aku..We all family...
Bosan2 belek2 gambar dlm simpanan..

Aku ngan sumi waktu hari raya tggu apex nie

Reunion 1st Methrat.Aku & apit rush dr Taiping tu..


Hero2 Malaya.Zaman2 keganasan...



Reunion ke-4 kat umah Kembaq.Thank kembaq.siot btul tak leh mandi swimming pool






Gambar nie suma dikirim oleh en enSem Sapik kat alamat email aku aizal2000@hotmail.com

Thank le to sapik aku pun tak perasan gambar lama2 aku masih ada kat dia.....






Tasik apa tah kat perlis.Masa pi Padang besor...




Dr kiri Azmer,aku,Sumi,Pasangan terpisah kot,Hasrin,mat,Sapik..






Aku & Sapik Apa kejadahnya gmbar aku berdua nie







Zaman pas SPM nie rasa aku.Ke Bkt Merah.Muka of course masih 'Jambu'







Gambar 'jambu' lagi ala2 Tomok.hahaha.Joi Inspektor Polis,Sapik ckgu,Aku still
belajar..



P/s :
kepada rakan2 aku kalo ada gambar aku pada simpanan korang leh le email aku kat aizal2000@hotmail.com
Aku nak wat simpanan le saja teringat zaman2 silam zaman2 kita gang2 PB bersama paling aku suka time raya.Bukan gang2 Pb je ek pada member2 sekolah teknik aku gang2 UiTM kalo ada gambar aku kirim ek kat aku...
ok adios







 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.