Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

April 10, 2015

Tulisan Tangan Shuib Sepahtu Di Sekolah

Siapa yang tak kenal dengan Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad.Shuib merupakan bekas ahli Kumpulan Sepah yang telah menjadi Juara program realiti Raja Lawak Musim 3 pada tahun 2009 dan  juga Maharaja Lawak pada tahun 2011. Setelah Kumpulan Sepah berpecah, Shuib menganggotai kumpulan Sepahtu yang ditubuhkan oleh rakan baiknya, Jep Sepahtu.

Apa yang aku nak ceritakan, Al-kisahnya anak aku terjumpa buku waktu aku zaman sekolah Teknik dulu dalam stor.Aku belek dan rupanya ini buku aku.Selepas aku habis SPM aku dah minta nama dan alamat contact nombor kawan-kawan aku.Kalau korang duduk asrama mesti pernah buatkan suruh kawan-kawan isi nama, alamat dan ucapan dalam buku maklumlah lepas ni semua bawa haluan masing-masing.


Inilah tulisan tangan ACAB atau pun Shuib Sepahtu.

Untuk makluman, aku dulu satu sekolah dengan Shuib Sepahtu kat Sekolah Teknik Kerian Bagan Serai.Sekarang dah jadi Kolej Vokasional Kerian.Maju beb...
Dia kelas PKM2 tak silap aku dan aku PKM4 (baca PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal)

Kat sekolah kami panggil Shahmira ini ACAB.Rasanya kawan rapat dia Zamri.Aku memang lost contact dengan si Zamri ni.Perghh cakap Banjar diorang ni memang pekat jugak.Aku munsykil juga dari mana dia dapat nama SHUIB ni ? Acab ni bagus walaupun dah terkenal tak lupa pada member-member Teknik.


Balik sekolah kami mesti lepak di kedai depan sekolah.Kira macam port sambil minum air dan sembang-sembang.Tak tahulah sekarang ni port itu jadi apa.Lagipun Acab ni terus masuk ke tebuk tu untuk balik rumah.Aku pun laluan short cut untuk ulang alik dari Bagan Serai ke Parit Buntar.

Serius dulu acab ini tak le lawak sangat rasanya lepas sekolah kot bakat lawaknya menyerlah.Tapi acab memang sempoi orang kata sekepala.Tapi kalau tengok tulisan tangan Acab semasa last day kami di sekolah Teknik dulu boleh dikatakan ada seni juga tulisan dia.Sekarang dah duduk Johor jarang-jarang balik Parit Buntar...

Aku doakan semoga Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu terus sukses dan berjaya dalam apa yang diceburi.Teruskan buat lawak kepada Rakyat Malaysia.Nanti free kita lepak bro !!

Good Luck Shuib Sepahtu





October 12, 2012

Jom Tengok Pe3 - Bapak Segala Gangster


Filem Pe3 ( Pelan ke 3 ) menampilkan gandingan FKD ( Farid Kamil,Kamal Adli dan Diana Amir sebagai teraju utama filem ini.Filem arahan Farid Kamil ini sendiri mengisahkan sekumpulan perompak berprofil tinggi  dan licik menjalankan aktiviti mereka di Pulau Pinang.

March 26, 2012

Mawi Diikat, RM10,000 Lesap

Mawi & Ekin


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Sy rasa perompak yang merompak rumah Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi ini tak ada internet dan Televisyen kot.Kalau diorang kenal siapa Mawi mesti dah minta sain di bajukan.Mungkin juga perompak dari Seberang.Yang pasti Qada & Qadar Allah tidak mengenal siapa diri anda.

June 9, 2011

Antara Shah Jaszle,Gambit Saifullah dan Puteri Shasha






Baru nak 'up'


Salam,

Lama betul tak update blog ek.Bila update terus berita howt kan.Bukan mencari publisiti tapi pening memikirkan kepincangan dalam masyarakat sekarang ini dengan pelbagai perkara yang kalau difikirkan di luar kemampuan akal..Kalau baca surat khabar tu tiap2 hari berita pembunuhan,jenayah dan pelbagai lagi.
Adakah usia dunia makin singkat ?? Wallahualam.

Seminggu dua nie kita dikejutkan dengan pengakuan berani mati Gambit Saifullah yang menghasilkan video

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.