Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

March 17, 2015

Adakah Ini Strategi Perniagaan Tesco ?

Baru-baru ini aku terlihat status dan gambar resit yang di upload oleh rakan Parit Buntar di Facebook miliknya.Situasi ini berlaku sendiri ke atas rakan.Harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga di resit.

Adakah ini strategi pasaraya besar mengaut keuntungan ?

Harga Ocean 4pcs dipamer adalah RM27.90.Harga resit selepas dibayar RM29.90.Perbezaan RM2.00.Itu baru seorang yang kena RM2.00 kalau 100 orang ? Kalau orang yang jenis detail mesti akan periksa setiap barang yang dibeli.Tapi kalau banyak barang yang dibeli susah juga nak periksa satu persatu.

Aku up kan status itu di Facebook dan ada rakan yang  yang pernah berhadapan dengan situasi ini.Ada yang beri cadangan pergi laporkan ke customer service untuk pemulangan baki bayaran.Cuba bayangkan yang beli tu jenis yang tak periksa langsung ataupun orang veteran yang tiada masa nak belek satu-satu.

Tak tahulah ini salah pengurusan pasaraya ataupun staff yang update harga setiap hari.Bagi aku perkara ini tak perlu berlaku kerana mesti ada supervisor yang perlu memantau harga setiap hari.Adakah ada agenda tersembunyi ? Dengan keadaan ekonomi sekarang ini yang tidak memberangsangkan sepatutnya agenda ini mesti dihentikan.Jangan ditekan lagi rakyat kebanyakkan.

Macam mana pula strategi promosi harga sebenar RM29.00 tapi bila promosi RM28.99 ?


Harga dipamer RM27.90
Kredit gambar Zamri Keciks


March 10, 2015

Sepetang Di Setia City Park

Pertama kali ke Setia City Park sebelum ini dengar saja orang cerita sesuai bawa anak-anak ke sini.So lepas kenduri rakan isteri kami ke Setia City Park.Saja nak bagi Damia main-main dengan Giant Bubble.Tapi sebaliknya aku yang teruja lebih.



Muka mamai lepas bangun tidur

Sampai saja ingat tak ramai orang sekali tengok perghh ramainya main Giant Bubble.Ada juga orang sewa Roller Blade dan basikal.Kalau lapar jangan risau ada orang jual makanan dan minuman.
Seronok saja tengok ada keluarga bawa makanan sendiri dan tikar dah macam picnic pulak.

Damia pun macam tak ada mood sebab baru bangun dari tidur tapi papa nya suruh main juga.Dapat main sekejap saja sebab hujan mulai turun semua bertempiaran lari..



Park tepi saja


Jadi juga Bubble tu.


Damia pun pening siapa yang main sebenarnya.

March 8, 2015

African Yabara Fire Di Bukit Gambang Best !

Ingatkan di sebelah malam di Village Courtyard tak meriah rupanya sangkaan aku meleset.Lagi ramai dari siang hari kot.Semua menantikan persembahan African Yabara Fire ia merupakan persembahan sembur-sembur api keluar dari mulut tu.Secara jujurnya ini pertama kali aku tengok orang sembur api dari mulut.

Tempat persembahan African Yabara Fire

Kalau aku pun dah teruja Damia lagilah bertambah teruja.Tak takut langsung padahal duduk depan sekali kot.Untuk dijadikan kenangan aku pun rakam videonya di SINI.Lebih kurang 30 minit persembahan African Yabara Fire ini.

Lepas habis aku cepat-cepat masuk ke Village Arena untuk tengok persembahan Tarsan Adventure.
Macam biasa Tarzan akan selamatkan haiwan-haiwan hutan dari diburu oleh penjahat.Garapan yang menarik terasa macam tengok Teater pulak.Dari mula sampai akhir Damia menjerit-jerit.Balik dari Village Arena Damia pun tidur dengan nyenyaknya.

Antara babak penjahat yang kena buli



....................................................................................................................................

Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA

Keesokkannya kami ke Water Park untuk mandi manda.Macam biasa sarapan pagi memang terbaik.Kami ambil keputusan untuk naik Tram juga ke Water Park.Tak ramai orang di dalam Tram mungkin ramai yang dah balik.

Tak banyak gambar di Water Park sebab sibuk mandi manda.Jom Layan gambar-gambar di bawah












Penat mandi manda kami pun balik.Kena rehat secukupnya sebab esok dah nak balik Kuala Lumpur.Selamat tinggal Bukit Gambang sehingga kita jumpa lagi.Rasa seronok bila bawa anak-anak, kalau yang masih bujang tak tahulah keseronokannya bagaimana.



March 4, 2015

Teruja Masuk Bukit Gambang Safari Park

Part 1 :

Hari kedua percutian aku sekeluarga ke Bukit Gambang Safari Park sangat-sangat teruja.Kenapa aku kata sangat teruja kerana ini pertama kali aku tengok hidupan liar di depan mata.Sebelum ke Safari Park pagi itu kami sarapan dahulu sepuasnya sebab makanan di dalam mahal dan tak boleh bawa makanan dari luar.Bawa budak kecil boleh saja kalau nak bawa makanan pandai-pandailah korang.

Selepas dah isi perut sekenyang-kenyangnya kami pun tunggu Tram untuk ke Safari Park Bukit Gambang.Untuk pengetahuan Water Park satu tempat dengan Safari Park.Tak jauh mana pun.

Harga tiket masuk Safari Park.

Kami pilih pakej Wild Savannah + Night Jungle.Oleh sebab aku Warganegara Malaysia dapatlah harga tiket masuk RM38 x 2 = RM76.Tinggi Damia tak melebihi 90cm tak perlu bayar Masuk Percuma.Tapi aku dapat diskaun sikit kerana beli dengan Groupon.

Nak ke Wild Savannah tu boleh jalan kaki atau naik Tram dan bayar seorang RM1.Sebab tak warm up lagi kami memilih naik Tram untuk ke Savannah.Safari Park Bukit Gambang adalah Zoo Safari yang terbesar di Malaysia.Berkeluasan 138 ekar.Hanya Safari ini terdapat Singa Putih di Malaysia.

Untuk melihat hidupan liar di Wild Savannah kita perlu naik Tram yang telah dikhaskan dan akan dibawa selama 30minit.Tak perlu bayar dan Tram ini berhawa dingin.Dilarang membuka tingkap.Jom layan gambar dulu.

Di dalam Tram khas

Nampak tak begitu terujanya Damia.Suara dia je dalam Tram tu

Mengantuk

Dubok

Jelingan manja

Tengah bersantai

Kangaroo

Masa makan







Raja Rimba cari port nak buang air besar

Cute tak



Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA

Kambing apa tah katanya boleh panjat dinding tu



Multi Animal Show

Terima kasih pada seorang pakcik yang offer diri nak tangkap gambar.

Time ini letih lapar memang padu sangat.Pukul 3.00 ptg balik hotel nanti pukul 6.00 petang datang balik nak tengok night show.Ada yang tak balik tunggu sampai malam.Sambung....Entry sebelum INI
















March 2, 2015

Percutian Ke Bukit Gambang Resort City

Tahun Baru Cina Minggu lepas pertama kali aku dan keluarga ke Bukit Gambang,Kuantan Pahang.Percutian bersama keluarga pada kali ini aku telah rancang sebulan yang lepas.Setelah tengok review oleh orang ramai maka aku pun memilih untuk bercuti ke Bukit Gambang resort City.

Walaupun aku tahu bercuti ke Taman Tema pada waktu Cuti Umum mesti ramai orang.Aku terpaksa pilih juga tarikh itu sebab cuti panjang pada Tahun Baru Cina kali ini.Pagi-pagi Jumaat aku sekeluarga telah bertolak ke Gambang takut traffic sesak hendak ke Pantai Timur.12.30 tengah hari aku telah sampai ke Bukit Gambang Resort City.

Aku memilih untuk menginap di Arabian Bay resort.Apa yang mendukacitakan aku pelayan kaunter beritahu bilik aku tempah belum sedia lagi.Mereka akan call aku bila bilik dah sedia.Aku tunggu di bilik menunggu sementara bilik sedia.What ! pukul 5.00 petang baru aku dapat call bilik dah sedia dan boleh check in.Tak tahulah sebab ramai orang atau orang lambat check out.Aku mula rasa macam tak best percutian kali ini.

Selfie dulu sementara tunggu check in

Ok aku sabar mungkin ada hikmahnya lagipun niat hati nak bawa Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya bersuka ria.Pada masa sama aku tengok ada program TTT oleh Richwork AzizanOsman buat di Dewan Arabian Bay Resort ni.Adalah protegenya Afdlin Sauki dan Fizo Omar.

Boleh tahan besar juga bilik Studio Deluxe ni

Aku ambil bilik Studio Deluxe.So far aku tengok aku bilik aku menginap ni.Barang asas semua ada.Aku dapat bilik block 3 tingkat 6.Ground Floor block ini ada PS Zone, Snooker Centre, Camel Bistro & KTV dan Karaoke Rooms.View bilik aku menghadap ke Dewan seminar Richwork itu.

Untuk makluman, Bukit Gambang Resort City di buka sejak 2009 merupakan Taman Tema Air pertama di negeri Pantai Timur. Jarak dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur sekitar 220 km. Dalam resort ini, ada 2 tempat menginap Caribbean Bay Resort & Arabian Bay Resort, Gambang Water Park, Bukit Gambang Safari Park dan Active Academy Outdoor Recreation.

Dari tempat penginapan boleh menaiki Tram ke Gambang Water Park dan Gambang Safari Park.Bagi yang menginap di luar boleh terus ke Gambang Water Park tempat parking pun banyak.


Waktu Operasi Tram


Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA


Bersambung ke entry seterusnya kenapa aku memilih ke Safari Park hari Sabtu dan bukan Water Park dulu ? Stay Tuned....

September 9, 2014

Sertai Business Gathering And Networking

As salam

Dapat email dari Mentor Niaga Resources untuk sertai jemputan event " Business Gathering And Networking ".Detailnya seperti berikut

Hari : Rabu 

Tarikh : 24 September 2014

Masa : 2.00 ptg - 6 ptg  

Tempat : Kinrara Resort
                Kinrara Resort, Puchong
                Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara
                Puchong, 47180
                Malaysia



Sesuai bagi rakan-rakan yang hendak menambah jaringan perniagaan dan potensi pelanggan untuk produk dan perkhidmatan.

Bertepatan sekali dengan pelbagai kempen boikot produk Israel yang sedang dijalankan, inilah masa yang sesuai untuk usahawan Muslim lebih giat memasarkan & mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan

Supaya pengguna Islam di Malaysia dapat melihat lebih banyak pilihan yang ada daripada Produk Muslim. Jangan lepaskan peluang ini!

Cepat daftar dan Hubungi 03 6151 6522/ 03 6151 6566.
Dan layari web INI 

Boleh jumpa Dato' Aliff Syukri ' Terlajak Laris ' lari.Mata mesti berpinar..

August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 | #SaveJejai

As Salam

Hari Raya Aidilfitri datang lagi.Bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita bertemu Ramadhan pada kali ini.Ramadhan 1433H berada di penghujung sudah.Semoga segala amalan kita diterima Allah dan bertemu dengan Lailatul Qadar.

Hari ini dan semalam dijangka jalan raya di Malaysia dipenuhi dengan warga kota yang pulang ke kampung.Saya berharap korang semua berhati-hatilah di jalan raya jangan berhari raya di jalan raya berayalah di kampung halaman ingatlah orang tersayang.Biar lambat asalkan selamat.Saya doakan korang semua selamat senantiasa.

Raya tahun ini adalah Raya paling bermakna dalam hidup ini pertama kali beraya berdua.Alhamdulilah agar semuanya selamat.Duit raya pun bertambah kerana makin ramai anak saudara.huhu.Saya dan isteri ingin memohon maaf



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semoga disambut dengan bahagia
Yang pulang ke kampung bawa kereta,motor dan bas berhati-hati ya
Ingatlah orang tersayang

Maaf Zahir dan Batin kepada yang mengenali diri ini dan isteri
Tersilap kata dan bahasa sepanjang mengendalikan blog ini
kami hanya insan biasa yang tak lari dari kesilapan & kesalahan
hanya Allah yang sempurna.Selamat Hari Raya Aidilfitri
10 jari disusun ampun maaf dipinta
Maaf Zahir & Batin.



Iklan Raya yang membuatkan air mata jantanku menitis pada tahun ini.
#SaveJejai

April 12, 2012

SENYAP : Altimet Feat Broframestone




Semalam sempena cuti umum Pertabalan Yang Dipertuan Agong berlangsungnya program SENYAP iaitu Social Enforcement For National Youth Awareness Program di Aras Bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya.Platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan  merapatkan jurang antara blogger dan kementerian.

SENYAP  menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET  dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon  

March 21, 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

 Banner


Assalammualaikum,

Siapa kata jadi blogger buang masa !.Korang akan fikir banyak kali dengan kenyataan itu kerana BloggerWanita.com akan memberi Ganjaran Wang Tunai RM5000 untuk Blogger sempena ulang tahun ke-2 BloggerWanita.com. Program ini mudah sahaja.

Apa lagi. join sajalah. Terhad kepada 100 terawal saja. Klik kat sini eh. Dapat info ni dari bro joegrimjow, thank u =)

December 13, 2010

CikEpal Ditawan di Times Square | faizalpejay


Salam,

Semalam (12 Disember 2010) telah diadakan MeetUp blogger @ Times Square.Ni pun saudara Joe kata last minute punya plan.So dia tak assume ramai boleh datang le..Last minute punya plan pun dalam 25orang juga hadirkan.Dah serupa Mini Jam plak eh Mini Gathering le.Aku tak berapa sihat sangat kerani keletihan melampau Selepas menjadi urusetia tapi aku gagahi juga untuk hadir walaupun sampai lambat dalam kul 3.30petang.So ter miss le nak main bowling.


September 27, 2010

Festival Filem Gay di Indonesia | Bertudung atau sekadar fesyen

Hitamnya


Salam,

Oh apa hendak jadi dengan negara terbesar umat islam nie..Indonesia..siap ada festival filem gay lagi..mungkin ada festival lesbian & pondan juga kot...mana le pergi kumpulan BENDERA tu..buat le perhimpunan lagi.Jangan asyik ambil tahu negara orang tapi negara sendiri mau ingat le..

JAKARTA (AFP)

Festival filem gay terbesar Asia yang bermula di Indonesia Jumaat lepas, dijangka menarik 15000 penonton.

Dalam edisi tahunan kesembilan, Q! Film Festival (www.q-munity.org/) akan menayangkan 150 filem dari lebih dari 20 buah Negara termasuk Perancis, Jepun dan Filipina yang mengenengahkan isu-isu seperti hak-hak golongan gay dan HIV/AIDS.

Pengarah festival John Badalu (gambar) berkata penganjur tidak menjangkakan bantahan awam tapi memilih untuk tidak membuat kempen besar-besaran disebabkan oleh “stigma menentang golongan gay” dikalangan kumpulan konservatif dalam negara Muslim teramai itu.

"Kami tak mahu mempromosi acara ini dalam media arus perdana tempatan kerana mereka masih konservatif," kata Badalu.

Laman rangkaian social seperti Twitter (twitter.com/Qfilmfestival) dipenuhi dengan sembang tentang acara tersebut, menandakan matlamat utamanya – supaya “masyarakat tahu bahawa golongan homoseks wujud di Indonesia" telah dicapai, tambahnya.

Penganut Islam Indonesia sering dikategorikan sebagai “sederhana”, namun begitu, ianya masih tidak disenangi gologan minoriti agama lain yang sering dihina oleh kumpulan-kumpulan konservatif Islam.

Dalam bulan Mac, satu persidangan untuk golongan gay dan lesbian terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan radikal Islam menyerbu masuk ke venue dan dilaporkan melakukan pemeriksaan di setiap bilik peserta.

Sebulan kemudian, sukarelawan Islam menyerbu masuk ke sesi kesedaran hak awam untuk golongan pondan yang dianjurkan Suruhanjaya Kebangsaan untuk Hak Asasi Manusia sehingga menyebabkan peserta panik dan lari bertempiaran.

Secara teknikalnya, hubungan sama jantina adalah sah dalam negara yang berpopulasi 240 juta itu, tapi masih menjadi sesuatu yang terlarang terutamanya di kalangan 80 peratus penduduknya yang Islam.

Tahun lepas, pembuat undang-undang di Aceh mengundi supaya pengamal hubungan seks sejenis dihukum rotan sehingga 100 kali di bawah undang-undang Syariah tempatan, tetapi tidak diluluskan oleh pihak kerajaan.

Menteri Komunikasi Tifatul Sembiring(gambar), ketua sebuah parti Islam, Jun lepas mengaitkan hubungan antara pornografi dan HIV-AIDS, dan mempersoalkan samada dana untuk melawan penyakit itu dibelanjakan dengan baik.

"Kerajaan memperuntukkan 180 billion rupiah untuk mengekang HIV-AIDS. Peruntukan ini sepatutnya dikurangkan supaya wang yang selebihnya boleh gunakan untuk keperluan lain yang juga berfaedah kepada negara," katanya kepada wartawan.

Sekalipun begitu, jurucakap kementerian komunikasi Gatot Dewa Broto (gambar) berkata kerajaan pusat telah memberi jaminan yang festival Q! festival ini boleh diteruskan.


Watak2 penting :


August 29, 2010

GengBlogger terjah Dataran Shah Alam

Salam,


Hari ini aku happy dan gembira sangat sebab dapat berjumpa dengan otai-otai blogger.Nak di bandingkan dengan aku yang blogger picisin (betul ke ejaan tu.ah biar le) ni.Rasa aku dalam 63 blogger yang hadir tadi.korang memang sempoi semua.Aku kira baru lagi le sebab gathering pertama tu aku tak dapat hadir

Mula-mula dalam pukul 4ptg kami bermain bowling di Plaza Alam Sentral .Kami dibahagi kepada  beberapa kumpulan oleh Joe . Aku satu kumpulan dengan Yus,Khai,Aziz.Entah luck plak dapat 3 kali strike kot.



Agak cemerlang di situ 135 round 1st



Lepas habis main bowling kami pun ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa dan seterusnya ke Dataran Shah Alam sebelah Masjid Negeri..Dan bermulanya sesi 'senyum'..ok le cakap banyak tak guna kita layan gambar ek..kredit untuk Joe atas gambar nie maklum le kamera aku murah jer..


 Antara yang terawal mendaftar




 Bergambar beramai2

 Sesi suai kenal..tak aci le gambar aku takde


Sebelah ariffshah.com

 Bersama Joe dan geng2 sempoi


Aku bersama Syahirul.com

Yus bermandi tepung sebab hari jadi dia


malas nak letak semua gambar sebenarnya…hehe..bawah nie ialah senarai blogger yang datang ke Gathering Buka Puasa GengBlogger
http://joegrimjow.blogspot.com/
http://syahirul.com/
http://www.broframestone.com/
http://mrpiratz.com/
http://ligakampung.com/
http://anakabdullah.blogspot.com/
http://pusheraries.blogspot.com/
http://bdfabregas.blogspot.com/
http://nizamlimited.frenzyfm.my/
http://suffer.frenzyfm.my/
http://www.khaizarien.com/
http://fahmie-lifestyle.blogspot.com/
http://www.nasikerabubuahtanjung.blogspot.com/
http://andyhowtt.gapuranetwork.net/
http://faizalpejay.blogspot.com/
http://kumerpati.blogspot.com/
http://dihatisara.blogspot.com/
http://innzninety.blogspot.com/
http://lapinkyery.blogspot.com/
http://naluri-ini.logspot.com/
http://norizee.blogspot.com/
http://ijaicakapdengar.blogspot.com/
http://www.duniagrafiksaya.blogspot.com/
http://www.nurhidayahyahya.com/
http://khairun85.blogspot.com/
http://redgurlz85.blogspot.com/
http://ainblogger.blogspot.com/
http://jomphp.com/
http://www.sickchild72.blogspot.com/
http://ejamothman.com/
http://azezstory.blogspot.com/
http://darkbatman.com/
http://soulsreunited.blogspot.com/
http://zack-hacker.blogspot.com/
http://www.kaizenshinobi.com/
http://www.tuntejablog.blogspot.com/
http://ariffshah.com/
http://senseiabil.blogspot.com/
http://hamiasraff.blogspot.com/
http://mirocornerz.blogspot.com/
http://mrchaon.blogspot.com/
http://akmalhilmiseksi.blogspot.com/
http://azrulhisham.blogspot.com/
http://publicitypublic.blogspot.com/
http://ignorantbrat.blogspot.com/
http://kokoro-no-haiku.blogspot.com/
http://www.milimilo.com/
http://kupasrah.blogspot.com/
http://khairilafzal.com/
http://atokpantera.blogspot.com/
http://senozea.blogspot.com/
http://crayzeebaybiey.blogspot.com/
http://eazy-izzuddin.blogspot.com/
http://azizie.com/
www.tuntejablog.blogspot.com
http://coretanperantau.bs.com/
http://violetless.blogspot.com/
http://azizankadir.com/
http://ajwinajeera.blogspot.com/
http://tengkuaizat.com/
http://paeh.net/
http://sembangkomputer.com/
http://ayadalliqa.com/
http://fazreen.me/



terima kasih pada semua yang datang..harap lepas nie kalo jumpa tegur2 leh yerr..Korang semua memang sporting dan sempoi.…owh lupa pada sapa nak tgk lagi banyak gambar korang leh pegi kat sini. Tak larat nak tulis letih..










P/S : Hai bila le Syahirul nak upload gambar nie..gambar 'manis' banyak tu...Kalau ada apa2 program roger2 le aku yerr....

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.