Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

August 26, 2010

GengBlogger Gathering : Buka Puasa di Dataran Shah Alam

Salam,



Ok entry nie khas untuk blogger yang puasa sahaja yer..huhu..
Tak ada le semua dijemput tak kisah le berdaftar dengan GengBlogger atau tidak..
Lagipun mana tau korang puasa ke tak !!

layan video promo dulu



Tarikh :
28 Ogos 2010

Tempat :
Plaza Alam Sentral & Bazar Ramadhan & Dataran Shah Alam @ Masjid Shah Alam

Masa :
3-11 Malam

Tentatif :
Plaza Alam Sentral
3.00-3.30 : Pendaftaran (jumpaku untuk sahkan kehadiran - tujuan dokumentasi)
3.30-5.00 : Bowling Merdeka GengBlogger (pilihan-pemain atau pemerhati)

Bazar Ramadhan
5.00-6.30 : Acara Sampingan 2

Dataran Shah Alam
6.30-7.00 : Group Photo dan Bergambar kenangan
7.00-7.30 : Bersiap untuk berbuka
7.30-8.15 : Makan-makan (pot luck)

Masjid Shah Alam
8.15-9.45 : Solat Maghrib + Isya + Terawikh

Dataran Shah Alam (berubah mengikut keadaan)
9.45-10.30: Aktiviti akhir
10.30-11.00: Bersurai
Nak daftar di blog Joe


P/S : bila jumpa nanti tegur2 le aku..aku pemalu seh..ahaks...
Ada bowling layan siot...mesti brother Joe belanja kot..haha
Geram betul laman GengBlogger kena penyakit ke??

August 9, 2010

Salam Ramadhan dan salam kemaafan..

Salam,

Lagi dua hari iaitu Rabu ini kita sebagai umat Islam akan menjalani ibadah puasa yang wajib ke atas kita.

Tapi ada sesetengah orang nie bila Bulan Ramadhan jer mesti penyakit Gastrik dia pun datang le.

Macam tau2 saja kan.Kedai2 shopping complex pun berlumba2 le promosi rayanya.

sebelum puasa bagai nak rak promosinya..Stesen2 radio pun jangan le terus mendendangkan lagu raya.

Ok jom kita layan lagu Ramadhan dari Raihan vs Manbal nie..Syahdu siot..







Aku pun telah mendapat jemputan untuk berbuka puasa di The Apartment,KLCC.Sapa yang datang jemputan tu bila jumpa leh le tegur2 ek..sy pemalu orgnya.huhu






P/s : Aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh bloggers dan juga kawan di Facebook aku.Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan kepada kita semua.
Tak lupa juga berkenaan entry-entry aku, kemaafan dipinta andainya ada menyentuh ataupun pernah mengguriskan hati sesiapa. Tiada niat sebenarnya, apapun sedar atau tidak sedari saya mohon kemaafan juga.


June 25, 2010

Perjumpaan Geng Blogger


Salam,

Apa khabar semua mesti korang dah tau kan tentang perjumpaan geng blogger nie siap ada buat
baju lagi...mesti otai2 kan yang datang segan jugak aku kalau pergi maklum le blog aku pun 

biasa2 jer..gempaq jugak buat kat Taman Tasik Putra tu tapi aku tak tahu tempat tu pun.ahaks..
ok le takat tu citer plak le tentang aku minggu nie aku balik awal di S.Alam sebab ingin 

menyiapkan FYP aku sekarang specimen sudah dipotong kira on track tok continues langkah 
seterusnya...Nanti aku ku cerita FYP ku yg dh siap yerr..
Hari minggu nie gi umah kak aku sebab aku kenduri kesyukuran katanya so mesti makanan 

sedap2kan..yumm2..minggu depan plak ada kenduri kawan aku di KL..
Lagi 2 minggu akan buka leh semester baru aku rasa macam baru semalam je aku masuk degree 
alih2 dah last semester...bermacam2 kenangan dan berliku2 perjalanan sebelum aku masuk 

degree..Aku pun macam tak percaya yang aku sambung degree ingat dulu cukup le sampai 
diploma pastu kerja..mungkin boleh sambung lagi belajar ke tahap lebih tinggi..amin tapi rasanya 
kerja dulu le ek...eh apa le aku melalut malam2 buta nie maklum le dah lama tak menaip...

ok bye...adios...

April 28, 2010

Melayu oh melayu

Salam,

Sangat menarik pantun ini tapi jangan suka sangat jadikan sebagai iktibar yer...adios

Di mana boleh cari ramai Melayu,
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu,
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu.

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu,
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu,
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu,
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu.

Apa hobi orang Melayu,
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika,
Metro pasal cerita hantu,
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru.

Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu,
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku,
Mana tak gendut berpenyakit selalu,
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu,
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku,
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu,
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu,
Ada tapi kurang sangat mereka di situ,
Kenapa melayu jadi begitu,
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru,
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu.

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu,
Nak harap Kerajaan saja membantu,
Terutama sekali kontraktor kelas satu,
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu,
Pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu,
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu,
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju.

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu,
Pertama dengan banyak menguasai ilmu,
Kata nabi ikutlah Al-Quran dan Sunnah-ku,
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
Tapi apa yang kita tahu cuma baca bila nak halau hantu.

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.