Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

May 29, 2013

Video Penyokong Pahang Dan Johor DT

Kacau betul mood aku nak tengok perlawanan bola Piala FA di antara Pahang dan Johor Darul Takzim.Mula-mula hairan juga kenapa TV1 ini lambat sangat tunjuk Siaran Langsung nak dekat pukul 9 malam.Dalam hati tak apa tunggu lagi.

Tengok le iklan dokumentari apa entah.Rupa-rupanya keadaan kecoh di stadium.Ini pertama kali berlaku sekali ada kucing berak pulak dekat atas padang.

Jom layan video suasana yang telah dirakamkan.So apa pendapat korang mutu bola sepak kita semakin meningkat atau tahap keselamatan di stadium sudah tak selamat ?








November 28, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Laos Vs Malaysia

Pada 28.11.2012 malam akan berlangsung perlawanan kedua peringkat kumpulan B di antara Laos dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.Perlawanan akan bermula pada pukul 8.45mlm waktu Malaysia.

Laos Lwn Malaysia


Setelah Malaysia kecundang perlawanan pertama di antara Singapura, Ketua Jurulatih Malaysia K.Rajagopal bakal membuat perubahan besar apabila skuad Harimau Malaya bertemu Laos.

November 25, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Malaysia Vs Singapura

Malam ini 25.11.2012 akan berlangsung perlawanan peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2012 di antara Malaysia vs Singapura di Stadium Bukit Jalil.

Ubola Network

Walaupun prestasi Pasukan Malaysia kurang memberangsangkan selepas kekalahan dengan pasukan Thailand & Vietnam dan seri dengan Bangladesh, ramai penyokong Malaysia masih menaruh harapan agar Malaysia dapat bangkit dalam AFF Suzuki Cup 2012 ini.

November 15, 2010

Update : Malaysia Vs Iran Siaran Langsung di TV1

Update : Malaysia kalah kepada Iran dengan jaringan 3 Iran 1 Malaysia.Malaysia tidak layak ke suku akhir Sukan Asia 2010..Tamatlah perjuangaan Malaysia dalam acara bola sepak di Sukan Asia.Mungkin pemain2 Malaysia nak balik awal sambut Hari Raya AidilAdha pada hari rabu nie..



Entry sebelum nie :
Salam,

Lega rasa di hati baru lepas present poster untuk Final Year Project.So far Alhamdulilah kalau kena komen tu perkara biasa le masa presentation.Harap dapat mark yang bagus le.amin.Cerita banyak pun tak guna petang nie jom ramai2 kita support pasukan Malaysia yang akan menentang Iran pukul 4 petang nie di TV1.

Pasti ramai yang ternantikan perlawanan antara Malaysia VS Iran kan live dari Sukan Asia Guangzhou China 2010 edisi ke 16  pada 15 November 2010.Salah satu faktornya mungkin kita nak lihat siapa plak pengadil dia kan.Tapi malangnya pasukan Malaysia akan menentang Iran dengan kekuatan13 orang pemain.Perlukan keajaiban di situ.

Iran memiliki kelebihan ketara kerana berada di ranking ke 4 Asia berbanding Malaysia yang berada di kedudukan ke 27 di Asia.

Apakah akan terjadi lagi seperti ni >>


October 30, 2010

Fakta : Final Piala Malaysia Kelantan Vs Negeri 9



Salam,

Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir yang menemui kan pasukan Kelantan Vs Negeri Sembilan.
So pasukan mana yang akan menang Piala Malaysia ?? apa tekaan anda ??
Sebelum tu mari kita tahu fakta tentang Piala Malaysia.Ini hanyalah fakta semata-mata ok bukan pengulas sukan yang beritahu atau Arsene Wenger.Tiada kaitan yang hidup ataupun yang meninggal dunia.


August 27, 2010

Champion League 2010/2011

Salam




Undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (Champion League) musim 2010/2011 telah di jalankan di Grimaldi Forum Monaco, Perancis.

Aku siap tengok online lagi di website UEFA.com aku tengok Diego Milito dapat award atas kejayaan beliau musim lepas.

Ini lah hasilnya selepas undian dijalankan...tidur anda akan diganggu di waktu pagi-pagi nanti..!!! huhu



Bagi aku macam tak ada pun kumpulan maut..tapi boleh dikatakan kumpulan G kumpulan maut juga le sebab menemukan Ac Milan dan Real Madrid.Arsenal dalam kumpulan mudah juga..Eh mana Liverpool nie..??
ok korang jawab le sendiri..






P/s : tidur aku akan diganggu loh...layan bola..

July 13, 2010

Selamat tinggal Vuvuzela,.. jumpa lagi 2014 di Brazil...

















Selamat Tinggal Afrika (Sepanyol simpan elok2 ek piala tu.2014 mana plak??.)

Salam,

Piala Dunia sudah melabuhkan tirainya secara rasmi semalam dan sudah dimenangi oleh pasukan Sepanyol dengan mengalahkan pasukan Belanda dengan jaringan 1-0.Kredit kepada Andres Iniesta..Tahniah kepada pasukan Sepanyol dan juga kipas susah mati diorang di seluruh dunia termasuk le Malaysia walaupun ada fan yang baru menyokong selepas separuh akhir Piala Dunia..

 Sepanyol juara 2010

Semasa berlangsungnya Piala Dunia nie ada pekerja yang terlajak ke tempat kerja le dan bermacam2 lagi ragam manusia semasa Piala Dunia.Kalau le Malaysia layak ke Piala Dunia aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan rakyat Malaysia...!!! Piala Dunia 2010 adalah yang kali pertama dianjurkan di benua Afrika iaitu di Afrika Selatan.Dan kita juga dikenalkan dengan alat muzik Vuvuzela..yang bagi aku boleh menganggu mental pemain semasa perlawanan..

Apapun selepas berakhirnya Piala Dunia ini kehidupan umat manusia akan kembali kepada normal.Kita jumpa lagi Piala Dunia 2014 di Brazil..Diharap negara Brazil akan memenangi Piala Dunia di bumi sendiri..Entah apa alat muzik plak yang akan ditonjolkan..
 Panjang umur jumpa lagi di Brazil 2014 yerr..


Pemain yang bakal menonjol di Brazil 2014 :

ARGENTINA 2014

Javier Pastore

(4-2-3-1)

Romero (27)

Otamendi (26) - Caruzzo (27) - Burdisso (33) - Ansaldi (27)

Mascherano (30) - Bolatti (25)

Messi (26) - Pastore (25) - Tevez (30)

Higuain (26)

Substitutes: Gabbarini (28), Demichelis (33), Insua (25), Blanco (26), Di Maria (26), Aguero (26), Lavezzi (29)

BRAZIL 2014
Ganso

(4-2-2-2)

Julio Cesar (34)

Maicon (33) - Mario Fernandes (23) - Thiago Silva (29) - Marcelo (27)

Hernanes (29) - Ramires (27)

Kaká (32) - Ganso (24)

Neymar (22) - Pato (24)

Substitutes: Victor (31)- Daniel Alves (31)- Miranda (29)- Sandro (25)- Coutinho (22)- Robinho (30)- Nilmar (29)

ENGLAND 2014
Jack Wilshere

(4-4-2)

Hart (27)

Johnson (28) – Cahill (28) – Dawson (30)  – Gibbs (24)

Milner (28) - Wilshere (22) - Cattermole (26) - Johnson (26)

Rooney (28) - Moses (23)

Subs: Loach (26), Mancienne (26), Rodwell (23), Gerrard (34), Lennon (27), Walcott (25), Agbonlahor (27)

FRANCE 2014
Yoann Gourcuff

(4-2-3-1)

Lloris (27)

Sagna (31) - Rami (28) - Mexes (32) - Tremoulinas (28)

Sissoko (24) - Toulalan (30)

Nasri (26) - Gourcuff (27) - Ribery (31)

Benzema (26)

Substitutes: Mandanda (29), Clichy (28), Sakho (24), L. Diarra (29), Kakuta (22), Remy (27), Gignac (28)

 GERMANY 2014
Oezil & Mueller

(4-2-3-1)

Neuer (28)

Lahm (30) – Boateng (25) – Hummels (25) – Jansen (28)

Rolfes (32) – Schweinsteiger (29)

Mueller (24) – Oezil (25) – Goetze (22)

Podolski (29)


Subs: Adler (29), Badstuber (25), Hoewedes (26), Kroos (24), Marin (25), Sukuta-Pasu (24), Gomez (29)
 
ITALY 2014
Antonio Cassano

(4-2-3-1)

Buffon (36)

Motta (28) – Bonucci (27) – Chiellini (29) – Santon (23)

De Rossi (30) – Poli (24)

Candreva (27) – Cassano (31) – Balotelli (23)

Macheda (22)

Subs: Sirigu (27), Santacroce (27), Ranocchia (26), Marchisio (28), Aquilani (29), Giovinco (27), Rossi (27)

 NETHERLANDS 2014
 Sneijder, Kuyt & Robben

(4-2-3-1)

Stekelenburg (31)

Van der Wiel (26) – Heitinga (30) – Bruma (22) – Van Aanholt (23)

De Jong (29) - Fer (24)

Robben (30) –Sneijder (30) – Elia(27)

Van Persie(30)


Subs: Vorm (30), Pieters (25), Boulahrouz (32), De Zeeuw (31), Afellay (28), Van der Vaart (31), Castaignos (21)

PORTUGAL 2014
Cristiano Ronaldo

(4-1-4-1)

Eduardo (31)

Bosingwa (31) – Alves (32) – Pepe (31) – Coentrao (26)

Veloso (28)

Quaresma (30) – Meireles (31) – Moutinho (27) – Ronaldo (29)

Almeida (30)

Subs: Patricio (26), Carrico (26), Rolando (28), Micael (27), Nani (27), Varela (29), Saleiro (28)
SPAIN 2014
Sergio Canales

(4-4-2)

Reina (31)

Sergio Ramos (28), Pique (27), Albiol (28), Monreal (28)

Navas (28), Fabregas (27), Busquets (25), Iniesta (30)

Muniain (21), Torres (30)

Subs: De Gea (23), Azpilicueta (24), San Jose (25), Canales (23), David Silva (28), Fernando Llorente (29), Pedro (26)



Bila le dapat melihat kesebelasan pasukan Malaysia di Piala Dunia ???


July 9, 2010

Paul Si Tukang Tilik

 Ramalanku benar belaka

Salam,

Apa le ilmu kau pakai Paul si sotong kemana saja nama kau naik..di universiti,blog2,facebook lagi le banyak..malahan di tv pun kau popular tentang ramalan kau tu.macam artis plak..bintang AF pun kalah..Pasni kau ramal le Malaysia boleh masuk World Cup tak !!....

Final nie bila plak nak buat ramalannya??.pasti pilih Spain benda terang sangat tu..Aku tau sotong nie pilih bendera yang warna cerah je..pendek kata bendera yang berwarna merah terang..kalau korang perasan le..macam lembu plak ek suka warna merah..

Kalau Paul nie di Malaysia sudah pasti tahi judi dah bawa gi Genting enjoy2 sama diorang nie tak pun pegi Sentosa Singapura..Tiba-tiba boleh jadi jutawan nie..Tapi kalau peminat bola di Malaysia yang sokong pasukan yang Paul ramalkan kalah tu kau jadi sotong goreng tepung le..

video
Masak sup pun sodap




Kita sebagai umat islam jangan le mempercayai benda mengarut dan
tahyul macam tu.itu hanya kebetulan sahaja..



July 2, 2010

Subkhiddin Mohd Salleh Yang Anda Kenali

Salam

Penat betul aku harini dengan kerja part time dan buat FYP...tapi aku enjoy....Aku berbangga dengan Referee Malaysia iaitu Subkhiddin Mohd Salleh.Siapa yang tidak kenal dengan beliau

Mungkin beliau sudah berada di Malaysia dan mungkin juga sudah berada di Nibong Tebal kerana ketika anda membaca entry nie beliau sudah pulang ke Malaysia, pesawatnya  sudah mendarat di KLIA dari  Johannesburg pada pukul 5.40pg tadi..

Sedih kerana beliau tidak terpilih untuk berada di Afrika Selatan untuk mengadili baki perlawanan Piala Dunia..Beliau sendiri sudah menjangkakannya..Aku rasa beliau lagi bagus dari Larrionda yang mengadili perlawanan antara German dan England..dan dia juga sudah dihantar pulang..

Aku rasa bukan Subkhiddin tidak bagus tapi pendapat aku mengatakan kesemua pengadil utama dan pembantu pengadil semuanya dari negara yang sama kalau korang semua perasan le..Sebab utamanya senang untuk diorang berkomunikasi.

Negara kita Malaysia juga patut mengambil berat tentang kekurangan pengadil yang berkaliber di Malaysia nanti..dan juga pembangunan pemain muda untuk mewakili Malaysia..Manalah tahu mungkin satu hari nanti pemain dan pengadil dari Malaysia dapat beraksi di Piala Dunia akan datang..Siapa tahukan...Fikir2kan dan renung2kanlah...



June 28, 2010

Nasib England


Gol yg dah masuk tapi tak dikira yg boleh menjadi sejarah

Salam

Dah nasib England.Memang keputusan yang sudah dijangka England akan tewas kepada German..German 4

England 1..England nie harap gah pada liga EPL diorang jer tapi pasukan kebangsaannya macam

hampes jer bayangkan le Rooney langsung tak menyerlah pada Piala Dunia nie..

Lepas nie gol yang sudah masuk tapi tak dikira oleh pengadil tu akan menjadi isu besar le..

Kalau bukan kerana gol tu pun German pastu menang jugak sebabnya counter attack diorang

terbaek ler..laju plak tu pemainnya..

Apa pun cuba lagi lah England...nasib kau le selalu bertemu dengan pasukan kuat semasa Piala

Dunia...


June 25, 2010

Kenapa Pemain Bola Sepak Bertukar Jersi ?

Salam

Memandangkan sekarang nie pun semua orang demam bola kan apa kata kita tahu serba sedikit.Kenapa pemain Bolasepak bertukar Jersi selepas tamat pelawanan.

Anda tau tak bermula dari bila pemain bola bertukar2 jersi selepas perlawanan..

Menurut FIFA,contoh pertama dari ritual ini pada tahun 1931 ketika pasukan Perancis yang

meminta jersi lawan dari pasukan Inggeris kerana "memperingati sejarah mereka kemenangan

5-2 di Colombes."
dan yang paling terkenal adalah ketika lagenda dari Brazil Pele dan Bobby

Moore melakukan itu selepas perlawanan Piala Dunia 1970 antara Brazil dan Inggeris.


Tetapi mengapa mereka melakukan ini?!
bukan menghina pasukan lawan dengan membuang pakaian kotor itu sebenarnya sebuah

gambaran ahli sukan. Setelah berjuang di padang selama 90 minit, pertukaran jersi adalah cara

menunjukkan rasa hormat dan persahabatan antara pasukan dan negara.
tak peduli betapa

kotor jersi itu. Lagipun kalau tempat sejuk mana berbau jersi tu lain le negara yang beriklim

khatulistiwa macam Malaysia mesti semua pemmain tak mahu bertukar2 jersi..

Ada juga pemain yang mengumpul jersi2 untuk kenangan diorang semasa tua nanti..kenangan

pasukan diorang pernah bermain dengan sesebuah negara itu..


P/s : kira banyak le ek jersi diorang asyik bertukar2 jer..tak penah nampak pemain Malaysia bertukar2 jersi..bila le saat tu akan tiba...

May 9, 2010

Perlawanan EPL Terakhir Dan Negara Pilihan Piala Dunia

Salam,

Aku pasti korang semua mesti mengikuti Liga EPL kan.Hari ini last match bagi liga EPL.
Aku senantiasa mengikuti tapi last match nie aku takleh tengok...arrghhh sedihnya..sebabnya ada perbincangan sikit dengan group member..

Apa yang menariknya sehingga ke perlawanan terakhir baru kita tahu siapa juaranya
Samaada Chelsea or Man U..Bagi aku baik Chelsea lagi kalau Man U fan dia mesti ego punya
Lagi dramatik penentuan tempat ketiga juga sengit antara Arsenal dan Spurs..
Dan dapat melayakkan diri secara automatik ke Liga Juara2 Eropah..Arsenal le beb..


Jadual terakhir perlawanan serentak


Dan kebanyakan dari lelaki2 macho mesti bermain fantasy football kan..aku leh pasti le
dah menjadi satu kegilaan le kepada kaki2 bola macam aku juga..aku kaki bersih sikit..
tiap2 minggu mesti sibuk menukar player punya untuk dapat point le kan

Walau apa pun di mana saja university office mesti berkisar cerita pasukan EPL le
paling top sekali yang dibualkan pasukan mana yang hebat Arsenal,Man U,Chelsea,Liverpool
dan pasukan yang meningkat naik seperti Man City,Spurs,Aston Villa..masing2 nak mempertahankan pasukan yang diminati..dan aku yakin season depan mesti pasukan2 nie juga yang top ten liga..


Player aku dalam fantasy football..last kopek nie..


Aku nak tanya korang le kenapa kita tidak meminati pasukan2 dari Liga lain seperti Liga Sepanyol,Liga Italy,Liga German ????

Bagi aku sebab liga diorang nie perlawanan dia lambat sangat le dengan waktu di Malaysia
Agak tidak sesuai..Tapi bila Liga Juara2 Eropah tak kira le pasukan mana dari liga mana
kita pasti sokong...


negara mana pilihan anda ??


P/s : Aduh susah benor mouse rosak nie....Negara pilihan aku Sepanyol dan Brazil...

May 29, 2009

Kenapa Barcelona Power

Kenapa Barcelona Power ? Rasanya tak terlambat lagi tok aku mengucapkan tahniah kepada Fan Barcelona walaupun aku bukan Fan Barcelona..Seperti posting aku yg lepas kan aku dah ramalkan Barcelona akan menang cuma silap tang MU tu aku letak 1 plak padahal teloq ayam..

MU mmang tak fight langsung semalm mcm Barcelona main dgn kelab kerdil je.Tak nmpak MU berpewatakan mncabarpun..Kata kelab dunia.Takat lawan dlm EPL boleh le hebat..Berbaloi rasanya tengok walaupun susah betul nak cari tempat semalam suma kedai penuh.Tengok2 belum habis perlawanan lagi penyokong MU dah balik biar betul kata sejati.

Paling syok Messi mmg best le main tak kira le sapa pun pertahanan tu.bukan mcm Ronaldo asyik2 pulun sorang je pastu berlakon jatuh le paling tak tahannn nak emo lebih le Ronaldo nie..

Ini antara petikan2 penyokong Mu yang berserah dan dgn penyokong anti MU...Ada banyak lagi tapi terpaksa ditapis kerana mngandungi kata2 yg begitu pedih kpda pnyokong MU boleh melibatkan perkauman dan bergaduh sesama member...

1) "takpe2..season depan boley cuba lagi.Lagipun dah dpt 3 cup kan...Hahaha'.Tidakkan Barcelona pun dpt 3 cup..Takat tahun nie boleh le.Season depan tengok le.

2) "the dream final has shown us that, beautiful football wins championship. isnt hurt to say that they, barcelona fc 08-09 are the (arguably) greatest team of century.


probably the only team can stop them is
chelsea. (we know liverpool can beat man u n chelsea in premier league. but in CL currently, liverpool is owned by chelsea) (oh yeah chelsea has a very contrast style by comparing with barca, the one you guys branded it as 'ugly football')

the issue we might want to argue is why on earth man.u didn't want to emulate the same style like what they did on last year semi final?" .Termasuk le musuh tradisi Arsenal.

3) wakakaaka..tengah krisis dalaman rupanya fan2 MU ni..pa lagi bubar jd fan la.tak pun wat undi tak pecaya kat alex ferguson la..hehe..weh aku mimnp MU menang haper..tapi menanggung kekalahan la.wakaka






Gambar kenang-kenangan buat penyokong Manchester United

May 27, 2009

Messi Lawan Ronaldo

Aku pilih Messi

What? Barcelona vs Manchester United

When? Wednesday 27 May 2009, Kickoff: 19:45(28Mei 2009-2.45pg waktu tempatan)

Where? Stadio Olimpico, Rome


Ramai member aku confuse bila start nya final Champion League nie bermula dari Charm le pastu Bad dan ada lagi le
Aku rasa diorg confuse sbb dulukan main Rabu & Kamis pagi.Tapi takpelah tak terlepas
diorang nak tgk...
Berbalik pada gambar di atas tu pertarungan nie aku rasa melibatkan Messi Vs Ronaldo bukannya Barcelona Vs MU.Sebab diorang nie nak mengejar anugerah pemain terbaik dunia.
Aku memilih Barcelona untuk menjuarai Champion League nie sebab pasukan kelab Sepanyol nie lain sikit skill diorang main..harap2 final nanti Barcelona dan Mu main cantikk le jgn mgecewakan kami peminat Malaysia yg selalu dikecewakan oleh pasukan Kebangsaan Malaysia
Aku pilih Barcelona 2 MU 1

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.