Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Bufet Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Bufet Ramadan. Show all posts

April 15, 2019

Bufet Murah Iftar Sesama di Bangi Golf Resort 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti tahun-tahun yang lepas apabila menjelang Bulan Ramadhan Bangi Golf Resort mengambil kesempatan untuk mengajak insan-insan tersayang untuk berbuka ' Iftar Sesama ' di sini dengan pakej berbuka yang termurah di Selangor.

Kebun Dalam Bandar

Tahun ini konsep ' Kebun Dalam Bandar ' akan menjadi satu kebanggan Restoren Bangi Golf Resrt dengan mengetengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan tradisional.Seperti biasa pengunjung disediakan buffet dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu sehingga ke hidangan Barat.




Kepada penggemar Nasi Kerabu tidak dilupakan, yang istimewanya ulam-ulam organik dipetik sendiri oleh chef-chef BGR di kebun sendiri enak dimakan bersama serunding kelapa ikan,kuah sambal tumis,keropok ikan,ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman.

Menu wajib kalau ke Bufet Ramadhan mesti terkam dulu Kambing Bakar.Eksklusif sepanjang Ramadhan aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api ditambah Sup Kambing Mamak mengamit sellera pengunjung selain Satany Ayam dan Daging serta Kueh Teow Goreng dan Mee mamak dimasak sendiri di depan mata pengunjung.




Di bahagian masakan India pula.Rasa aku ini menu terbaru sebab tahun lepas macam tak ada menu masakan India.Dengan tersedia Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus.




Tidak ketinggalan yang jenis tekak Barat pula, Tekak anda akan cair dengan keenakkan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espurna yang dimasak segar selain sajian Pasta kegemaran keluarga Spaghetti dan Penne dengan Sos Bolognese ayam atau carbonara.


Tak lengkap berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulut yang enak.Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama boleh membuatkan perut pengunjung boroi dengan tiba-tiba.Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta kuih muih Melayu termasuk Kuih Lapis, Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.







Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah-buahan.


Minggu lepas aku bersama keluarga berpeluang mencuba menu-menu yang disediakan dan apa boleh dikatakan semua menu yang disediakan boleh membuat perut anda senak dan sangat enak.Hari itu juga disajikan dengan Durian Musang King dan D24.Bagi yang belum tau lagi berkenaan status halal, dimaklumkan bahawa makanan di sini disahkan Halal oleh JAKIM yang mana Bangi Golf Resort Restaurant telah menerima pentauliahan HALAL ini sejak tahun 2009 lagi.Jom layan gambar-gambar semasa Iftar Sesama dilancarkan tu.













.
.
.

Di bulan Ramadhan kita digalakkan menderma oleh itu BGR ingin berkongsi Pahala dengan pengunjung.Selain berbuka puasa dengan sajian enak mereka juga akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ).Melalui sumbangan tersebut diharap dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan itu berkaitan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.

Dalam usaha untuk memenuhi janji untuk senantiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja buffet sehingga selesai, BGR juga bekerja dengan konsep sifar pembaziran.Restoren BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation meyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada yang memerlukan.


Harga untuk tempahan dalam talian di laman web https://www.bgrrest.com/buffet-ramadhan/ bermula dari serendah RM59 untuk dewasa dan RM29 untuk kanak-kanak.BGR juga telah melakukan pelbagai persiapan untuk keselesaan pengunjung.Menambah baik kemudahan surau dan tandas.Selain itu disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan.

Bangi Golf Resort Restaurant

Alamat : No.1 Persiaran Bandar,Bandar Baru Bangi, Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Tempahan & Pertanyaaan : 1700 81 8557

Email : enquiry@bgrrest.com

Laman Web : http://www.bgrrest.com

Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort

Instagram : @bangigolfresortofficial





May 20, 2018

Buffet Ramadhan 2018 Murah di Bangi Golf Resort

Bila tiba Bulan Ramadhan  kita yang bekerja dan lambat balik kerja mesti mencari Buffet berbuka puasa dengan harga murah dan berpatutan.Sudah 2 tahun setiap bulan Ramadhan berbuka puasa di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort.Harga yang ditawarkan murah dan pelbagai pilihan makanan yang sedap dan enak.

Buffet Ramadhan 2018 Murah di Bangi Golf Resort


Betul ke murah buffet ramadhan di Bangi Golf Resort ? Rata-rata aku tengok Buffet Ramadhan di hotel-hotel lingkungan harga RM100++.Di Bangi Golf Resort harga untuk dewasa RM59 Sahaja dan kanak-kanak RM29.50 sahaja.Bagi aku harga di sini murah untuk 200 hidangan pada bulan Ramadhan tahun ini.

Kambing golek antara trademark di bulan Ramadhan dan sudah tentu di Bangi Golf Resort pun ada hidangan kambing golek.Kuah Black Paper dia memang awesome.



Aku memang suka berbuka puasa di sini sebab suasana yang meriah sambil telingan melayan musik yang dipasang.Tempat makan pun besar dan selesa.Parking yang banyak dan tidak berbayar.Layanan pelayan pun mesra dan jika makanan habis cepat-cepat ditambah.Jom layan antara hidangan yang disediakan.















Banyak lagi juadah makanan tapi tak larat nak tangkap semua.So aku syorkan korang boleh cuba sendiri Buffet Ramadhanh 2018 di Bangi Golf Resort.Pasti puas hati dan korang akan jadikan acara wajib setiap tahun bulan Ramadhan.Jangan risau disahkan HALAL oleh JAKIM semua hidangan ini.

Untuk tempahan berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2018 Bangi Golf Resort, bolehlah hubungi 1-700-81-8557
Atau email di sales AT bgrrest.com
Address: No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

April 23, 2017

Nikmati Signature Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

Bulan Ramadhan 2017 akan kunjung tiba dalam 37 hari lagi.Bulan Rahmat yang pasti ditunggu-tunggu oleh Umat Islam.Selain melakukan ibadah di bulan Ramadhan rakyat Malaysia pasti akan mencari Bufet Ramadhan untuk berbuka puasa bersama keluarga.Sempena Ramadhan yang bakal tiba, Restoren Bangi Golf Resoft ( BGR ) akan menghidangkan kepada para tetamu signature Buffet Ramadhan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017.

Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi



Untuk makluman restoren BGR adalah restoren yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM.
Pada 15 April 2017 saya sekeluarga telah menghadiri majlis preview untuk memperkenalkan menu-menu istimewa Buffet Ramadhan 2017 yang akan tiba nanti.Terima kasih kepada Kak Red.

Pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan daripada chef-chef yang berpengalaman.Terdapat sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.

Secara jujur saya memang meminati Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak di Bangi Golf Resort.Para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas dari kuali.Juga termasuk menu Sate Ayam dan Daging dibakar setiap hari.





Kalau dah tekak tu nak selera Melayu saja, Restoren BGR memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini.Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.






Nikmati menu kegemaran Ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti " Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma".Untuk pilihan yang lebih klasik, pengunjung boleh menikmati Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti  Carbonara yang semestinya menjadi menu pilihan apabila bersama keluarga di Restoren BGR.Jangan lepaskan menu terbaru tahun ini iaitu " Peri-Peri Chicken Drumlets " yang pasti menjanjikan rasa yang luar biasa.








Tak lengkap kalau pergi Buffet Ramadhan tapi tak makan pencuci mulut kan.Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan maksimum kepada para pengunjung.Pilihan yang disediakan adalah seperti " Spanish Churros " bersama sos coklat pekat, termasuk pelbagai kuih muih tradisional Melayu, puding, agar-agar dan bua-buahan Tropika.Terbaru tahun 2017 pencuci mulut Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls ( Red Velvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate ), Lychee Rose Cake, Pandan ula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na.














Anda pengemar durian ? berita baik kepada anda terdapat promosi " Durian Runtuh " di mana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang.Selain buah-buahan segar terdapat juga Gelato ( ais krim ) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa Musang King dan P.G.A ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi ).Buah durian dan gelato boleh dibeli an dibawa pulang di mana pengunjung BGR akan diberikan diskaun eksklusif.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara " live " dari jam 6.30petang sehingga 9.30malam setiap hari.Jan khuatir Restoren BGR juga menyediakan ruang solat dan parking yang secukupnya untuk para tetamu.

Oppss sebelum terlupa kesemua juadah di atas boleh dinikmati dengan bayran sebanyak RM58 ( dewasa ) dan RM28 ( kanak-kanak ).

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk membuat tempahan atau pertanyaan boleh hubungi 1-700-81-8557. Atau layari laman web dan media sosial Bangi Golf Resor untuk info lanjut.

Alamat : No.1 Perisaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.

Koordinat : 2.95716N, 101.76518E

Email : sales@bgrrest.com

Website : http://www.bgrrest.com

Facebook : http://www.facebook.com/bangigolfresort/

Instagram : @bangigolfresortofficial




 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.