Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Bufet Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Bufet Ramadan. Show all posts

June 23, 2015

Suasana Santai Di Bufet Ramadan Casa Ombak

Pertama kali Berbuka Puasa sekeluarga di luar setelah 4 hari berpuasa di Bulan Ramadan Al Mubarak.Ingat senang ke nak buka puasa bersama anak 2 tahun dan 7 bulan.Alhamdulilah Kak Akma Omar telah menjemput kami sekeluarga datang pada Hari Sabtu tapi kami tak boleh datang kerana balik kampung pada hari itu.


Berbuka Puasa Gaya Santai Di Casa Ombak Bersama Keluarga 


Aku punyalah gigih Whatsapp tanya Kak Akma tanya boleh ke datang hari Ahad lepas balik dari kampung.Ok je.Sebelum ini pernah pergi Casa Ombak semasa birthday Adam.Aku suka suasana Ala Garden dan santai senang Damia yang berlari satu Taman.Pada hari Sabtu Akma Omar juga menjemput blogger lain untuk ke majlis Buffet Ramadhan Casa Ombak 2015.



Serba Sedikit tentang Ombak Creative

Kredit Picture dari Akmaomar.com


Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd.
Telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Lokasi event kami terletak di Casa Ombak Banglo No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative menyediakan promosi Buffet Ramadan ala kampung yang berkonsep terbuka ala garden.
Terbuka kepada semua yang ingin membuat tempahan berbuka puasa.
Harga Buffet Ramadhan
Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )

Ahad kami sampai tepat-tepat bunyi azan Maghrib berkumandang,minum dulu dalam kereta dan masuk terus Casa Ombak dan jumpa Kak Akma Omar,kebetulan jumpa blogger Sharidawati dan suami sekeluarga.Lama jumpa tak jumpa last jumpa masa Sepetang Bersama Blogger 2013.Ada jugalah kawan nak menyembang.Yang si Kak Sha ni dok panggil Damia tapi tak tengok muka Damia pelik juga rupanya anak Sharidawati pun nama Damia.Kiranya Damia besar jumpa Damia kecik le.Boleh pulak Damia Besar suruh Damia Kecik kejar dia.Nak berlari pun tak kisah sebab kawasan luas tak berlanggar bontotlah.
Dah jadi macam pentas diorang

Makanan kat sini sedap-sedap terutama Kambing Bakar dan Ayam Goreng Berempah.Damia suka makan Mee Celop dan ABC.Sudah semestinya hidangan masakan kampung menjadi santapan kami sekeluarga.Tersedia juga instant cook stall corner dengan pelbagai jenis masakan melayu.Jangan risau tempat solat juga ada di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.

Sebelum balik bergambar dulu dengan Tuan Rumah.Terima Kasih banyak-banyak kepada Kak akma Omar sudi jemput kami datang lain kali jangan lupa jemput lagi ye.Kepada kaum muslimin dan muslimat yang masih mencari-cari Bufet Ramadan untuk berbuka puasa sekeluarga saya syorkan cuba keenakkan masakan kampung di Casa Ombak hanya RM55 untuk dewasa tanpa GST.Kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.