Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Cara Solat Terawih. Show all posts
Showing posts with label Cara Solat Terawih. Show all posts

June 18, 2015

Solat Terawih Sendirian

Syukur kita dapat ketemu lagi Bulan Ramadhan yang mulia ini.Bulan Ramadhan lebih baik dari seribu bulan.Malamnya dihiasi dengan Solat Terawih.Terawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Terawih pula bermaksud solat yang merehatkan.

Tahun ini masjid tempat aku Masjid Al-Khasyi'in Desa Petaling memutuskan untuk melakukan Solat Terawih 8 rakaat sebelum ini 20 rakaat.Kata Pengerusi Masjid pengalaman sebelum ini apabila solat Terawih 20 rakaat hanya tinggal 2 saf sahaja akhirnya.Mungkin di pertengahan Ramadhan akan lakukan 20 rakaat Solat Terawih.




Solat Tarawih adalah Sunat Muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.


Cara Solat Terawih Sendirian


Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.


Cara Melakukan Solat Sunat Terawih


Boleh rujuk di blog INI.





 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.