Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Faizal. Show all posts
Showing posts with label Faizal. Show all posts

September 24, 2014

Projek Atasi Masalah Sinki Tersumbat

Baru-baru ini sinki rumah aku tersumbat, air tak mengalir bertakung disinki.Aku pikir kena lakukan projek untuk atasi masalah sinki tersumbat ini.Aku cubalah google macam mana cara nak atasi masalah sinki tersumbat ini.

Kakak aku rekomenkan untuk menggunakan Ultra Kleen Declog dari LENO.Seperti gambar di bawah.Ultra Kleen Declog adalah satu penyelesaian masalah saluran air tersumbat yang tidak berasid.

Ultra Kleen Declog - Enzymatic Drain Opener



Ultra Kleen Declog atasi masalah air tersumbat

Ia mampu melarutkan semua bajan organik seperti rambut, kertas, minyak, tulang, kain dan lain-lain.Penggunaan yang kerap dapat mengelakkan saluran air daripada tersumbat.
  • Tidak bergas
  • Konsentrasi alkali yang tinggi
  • Membersihkan saluran tersumbat
  • Dijamin selamat digunakan pada semua jenis saluran paip air.

Arahan penggunaan :

  1. Keluarkan air yang berlebihan dari sinki, tandas atau saluran air.Tuangkan Ultra Kleen Declog A dan B kedalam saluran air yang tersumbat.kemudian biarkan 1 hingga 2 minit untuk reaksi.
  2. Tuangkan air panas dua kali ganda lebih daripada kandungan Ultra Kleen Declog A & B ke dalam saluran itu.
  3. Biarkan semalaman untuk pembersihan yang efektif

Botol A & B harus dituang sekali



Tadaaa !!!

Tiada lagi air bertakung.

Untuk kesan yang baik gunakan pada waktu malam dan pastikan supaya saluran tersebut tidak digunakan sepanjang malam.

September 17, 2014

Pendekatan Wasatiyyah : Pemacu Peradaban Negara tahun 2014

Assalamualaikum w.b.t 

Siapa nak jumpa YB Khairy Jamaluddin yang sporting tu ? Boleh ke seminar 
PELANCARAN & SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH : PEMACU PERADABAN NEGARA TAHUN 2014.
Ini adalah kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Institut Wasatiyyah Malaysai (IWM), Jabatan Perdana Menteri 



Di mana ?
bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Dirasmikan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Cara-cara untuk pendaftaran seperti di bawah : 

Nama                             : <xxxx>
No. Kad Pengenalan    : <xxxx>
No. Telefon                  : <xxxx>

Kepada mdizwan@kbs.gov.my atau m.ikhwan@kbs.gov.my. Atau, jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi En. Mohd Izwan bin Izham atau En. Mohd Ikhwan bin Mohd Razully di talian 03-8871 3295 atau 03-8871 3167.

September 9, 2014

Sertai Business Gathering And Networking

As salam

Dapat email dari Mentor Niaga Resources untuk sertai jemputan event " Business Gathering And Networking ".Detailnya seperti berikut

Hari : Rabu 

Tarikh : 24 September 2014

Masa : 2.00 ptg - 6 ptg  

Tempat : Kinrara Resort
                Kinrara Resort, Puchong
                Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara
                Puchong, 47180
                Malaysia



Sesuai bagi rakan-rakan yang hendak menambah jaringan perniagaan dan potensi pelanggan untuk produk dan perkhidmatan.

Bertepatan sekali dengan pelbagai kempen boikot produk Israel yang sedang dijalankan, inilah masa yang sesuai untuk usahawan Muslim lebih giat memasarkan & mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan

Supaya pengguna Islam di Malaysia dapat melihat lebih banyak pilihan yang ada daripada Produk Muslim. Jangan lepaskan peluang ini!

Cepat daftar dan Hubungi 03 6151 6522/ 03 6151 6566.
Dan layari web INI 

Boleh jumpa Dato' Aliff Syukri ' Terlajak Laris ' lari.Mata mesti berpinar..

December 10, 2013

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2

Alhamdulillah..sedar tak sedar pejam celik pejam celik sudah 2 tahun usia perkahwinan saya.Setelah menempuh masam masin pahit kelat alam perkahwinan, Tipulah kalau saya katakan sepanjang hidup bersama itu kami berdua tidak pernah berselisih kata.Pinggan mangkuk masih berkeadaan baik.huhu.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Sebagai pasangan, kami juga mempunyai beberapa kerektor  berbeza dan sama dari segi pendapat atau pandangan.Tapi kebanyakkan apa yang terlintas di fikiran saya mesti zaujah pun berfikiran sama.Kekurangan dan kelemahan itulah yang melengkapi satu sama lain.


Masanya telah tiba


Jika tiada zaujah di sisi memang saya akan rasa lain buat kerja serba tak kena.Jatuh bangun susah senang kita bersama.Kita saling lengkap melengkapi.Kita saling memerlukan.Bukan setahun tapi dua tahun masa telah berlalu, usia begini bayi pun sudah boleh berjalan dan bercakap-cakap.

Alhamdulilah kita dikurniakan Puteri hasil perkongsian hidup kita bersama.Izz Damia Aqilah di beri nama, sumber kecerian,kemesraan dan tanda kasih sayang kita.Seperti makna namanya Kekuatan,Kebijaksanaan,cerdas dan pandai semoga Izz Damia Aqilah menjadi srikandi dan anak yang solehah.


Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita


Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nor Izee zaujahku senantiasa berada di sini walau susah ataupun senang.Maaflah abang andai diri ini tidak seromantik Brad Pitt ataupun Adi Putra.Tapi percayalah dalam hati ada taman.Saya berdoa agar hubungan perkahwinan kita berkekalan hingga ke Jannah.Semoga kita dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai suami isteri dan mengikut landasan Islam juga membesarkan puteri kita agar menjadi anak yang solehah dan mengikut ajaran Islam.

Izz Damia Aqilah usia 1 hari


Terima Kasih juga menghadiahkan Izz Damia Aqilah kepada abg.Itu hadiah yang paling bermakna dan kita punya tanggungjawab besar.Kita harungi bersama untuk masa-masa yang akan datang.Amin

Berdebar-debar saat ini



DOA ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. 

Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.

** Rasa macam nak buat contest.Tengah memikir nak buat apa.Tapi buat masa ini bukan Hadiah INI kot..Ada yang nak menaja ke ?

January 1, 2011

Selamat Datang 2011 | faizalpejay








☆☆░░ HAPPY NEW YEAR !! ░░░ ☆☆ ☆☆♥░▓▓▓▓▓░░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓░░░░▓▓░♫░░☆ ☆☆░░░♫░░▓▓░░▓░░░░░▓░▓▓▓░░░▓▓▓░♥☆☆ ☆☆░░♥░░░▓▓░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░ ▓░♫☆☆ ☆☆░♫░░▓▓░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆ ☆☆░░░▓▓░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♥░☆☆ ☆☆░♥▓▓░░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆ ☆☆♫░▓▓▓▓▓▓░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓▓░░░▓▓▓ ☆☆☆

 

 

Salam,

Entry pertama aku pada tahun 2011.cantik tak nombor nie.01.01.11.Seronok2 juga tapi korang jangan lupa plak Tahun Islam hari nie 26 Muharam 1432.

Aku nak ucapkan jugak terima kasih kepada yang support , readers , silent readers dan macam-macam lagi. Aku harap blog faizalpejay.blogspot.COM akan berikan yang terbaik untuk korang pada 2011 InsyaAllah dan aku jugak harap aku akan improve mana-mana salah silap dalam blog ini.

Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam hidup aku.Kenangan yang pahit itu akan daku simpan dan kenangan yang manis akan aku ingat selamanya.Pada tahun 2010 juga aku telah menamatkan pengajian aku selama ini dan InsyaAllah bulan 5 tahun 2011 aku akan mengenggam segulung Ijazah kejuruteraan tapi sekarang nie masih bercuti orang kata tengah cari kerja le nie.Harapan aku semoga tahun 2011 nie aku akan mendapat rezeki perkerjaan yang bagus dan elok.Harapan agar perjalanan aku pada tahun 2011 akan dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah..Amin.

Orang kata Tahun 2011 ni elok untuk kawin..Adakah tahun 2011 nie jodoh aku akan termakbul ?? Aku pun ingin memohon maaf kepada rakan2 aku kerana pada tahun 2010 ramai rakan aku yang melangsungkan perkahwinan dan ada yang aku tidak hadir disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.

today is 1.1.11
the next 10 days come 11.1.11
then the next 10 months 1.11.11
then 10 days after that 11.11.11


P/s : Tahun lepas dengarnya banyak kondom bersepah selepas sambutan Tahun Baru..Adakah tahun 2011 seperti dulu2.. Mungkin jawapannya bulan 9 2011 kot..Tepuk dada tanya le iman..Apa azam baru korang.?
 Sila tulis apa² diruangan komen kalau nak bagi ucapan something berkenaan 2010 boleh ?

 

 

December 13, 2010

CikEpal Ditawan di Times Square | faizalpejay


Salam,

Semalam (12 Disember 2010) telah diadakan MeetUp blogger @ Times Square.Ni pun saudara Joe kata last minute punya plan.So dia tak assume ramai boleh datang le..Last minute punya plan pun dalam 25orang juga hadirkan.Dah serupa Mini Jam plak eh Mini Gathering le.Aku tak berapa sihat sangat kerani keletihan melampau Selepas menjadi urusetia tapi aku gagahi juga untuk hadir walaupun sampai lambat dalam kul 3.30petang.So ter miss le nak main bowling.


December 10, 2010

UiTM Di Hatiku | Kenangan

ini yang dinamakan cinta


Salam Jumaat,

Jumaat digelar penghulu segala hari dan juga hari turnnya Al-Quran.Penuh syahdu di pagi harinya.Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi aku bernafas pada hari ini. Tahun baru 1432 Hijrah telah menjelma dan aku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan untuk memperbaiki diri dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Setelah keletihan melampau selepas menjadi urusetia majlis Konvokesyen UiTM akan menjalani kehidupan aku seperti biasa dan kali nie aku akan berhijrah.Ha macam gempaq je kan aku akan berhijrah ke alam pekerjaan setelah hampir 7 tahun bergelar Mahasiswa.Pelbagai liku2 kehidupan aku jalani selama menjadi seorang yang digelar 'pelajar'.

October 28, 2010

Update : Penangan Futsal

Gambar kureng memuaskan.Team terbaek


Salam,

Apa aku boleh katakan aku pancit main futsal tadi.Tercungap aku beb hampir nak pitam yelah selama belajar di UiTM Shah Alam ni awal-awal semester saja aku main futsal di Intec Shah Alam lepas tu haram.Terima kasih kepada Wan dan Gori (dapat nama kerana jatuh dari katil dan hempap member tersebut le nama Gori) kerana mengajak aku main futsal tadi.Aku memang betul2 kena penangan futsal nie.

Teringat kenangan di UiTM Penang sebabnya aku di Penang dulu boleh dikatakan kerap juga le main futsal.Tak kat Mak Mandin kat Sunway le aku main.Main futsal nie perlu 'kaki' jugak baru ngam.Sebelum aku praktikal di Scomi dulu aku rajin juga main Badminton.Lepas dari praktikal tu memang aku jadi malas dah kenapa tah..?? Kenapa ek..


October 26, 2010

Demam ??



Salam,

Esok nak exam boleh plak aku update blog kan..Aku sekarang nie tengah demam tapi demam exam tak perlu jumpa Doktor pun..baca buku je baik le tu boleh tertidur lagi..ahaks..esok paper aku iaitu subjek Entrepreneur plak tu memang banyak membaca le dan kena ingat fakta2 penting tu..Harap korang boleh doakan aku supaya dapat menjawab exam esok hari dengan tenang dan mengingati apa yang telah aku belajar..amin

Berita tergempar...


October 7, 2010

Facebook bakal berwajah baru


Salam,

Semua sedia maklum bahawa Facebook sedang di dalam fasa untuk bertukar wajah. 
Salah satu lagi fungsi yang dipertingkatkan oleh Facebook kali ini ialah Facebook Groups.Di mana bertujuan untuk memudahkan interaksi di antara para pengguna facebook yang lain.

 Aku create satu group untuk mengujinya di Geng Mecky :


Mana yang tak invite tu sila le invite ek budak mecky..

Ni group saja2 bagi budak mekanikal UiTM.paling best tu Group Chat di mana sekarang korang boleh chat beramai2 melalui facebook saja tak payah dah le YM tu..


Menurut halaman TechCrunch, antara beberapa perubahan yang “dijangkakan” ialah:


October 5, 2010

Racing Boy Contest – STYLISH YOUR BIKE (Round 1) | Klik 'Like' yer

Mr.Vodafone

Salam,

'Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu'.Aku rasa ungkapan itu memang sesuai dengan aku  sebab sekarang ini aku masuk contest Racing Boy.Untuk maklumat semua Racing Boy ada menganjurkan peraduan 'Stylish Your Bike (Round 1)' di Facebook.
Syarat yang diperlukan korang kena klik 'like' pada gambar motor aku.So bagi yang ada Facebook boleh le klik di sini yerr..

Disebabkan motor aku pun dan di transform ke wajah baru aku pun mencuba nasib menyertai peraduan ini.Bagi korang yang tak tahu motor aku dah berwajah baru baca di PJ@Vodafone.

Mari layan lagi gambar2 di sini dan apa yang korang perlu tolong aku :


October 4, 2010

Senarai kereta mewah di Malaysia

Salam,

Tadi semasa aku on the way pergi UIA  pesta konvo di sana kawan aku ada bercerita dia penah nampak kereta Hummer Limousin (tul ke eja nie).Aku macam percaya dan tak percaya je apa yang dia cakap..Tapi tengok dia bersungguh betul le tu kan..Dan sepastinya pemilik Hummer tu orang kaya le.

Mari mencuci mata dengan deretan kereta mewah ini :


September 26, 2010

Nuffnang di kosmo..Tahniah

Mustahil bloggers di Malaysia tak kenal logo nie.



Salam,

Aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua staf Nuffnang sebab mendapat review dari akhbar kosmo di ruangan infiniti..we're the news ! Sebab aku buat entry nie kerana terpanggil untuk menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakan2 aku yang bertanya 'betul ke boleh buat duit dengan Nuffnang ???'...dan review dari Kosmo lagi memudahkan kerja aku untuk menyakinkan mereka semua..cuba baca nie yer..Kosmo

Mari kita kenali Pengarah urusan Nuffnang Timothy Tiah


  • Ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun.
  • turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.
  • 'Blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan'.
  • "Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.
  • "Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.
  • "Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.
Salah seorang blogger yang menjana pendapatan dengan Nuffnang ialah Redmummy.com ..aku pernah jumpa dengan Kak Red semasa buka puasa bersama Nuffnang di Apartment,KLCC.Wah kembang le Kak Red leh masuk akhbar Kosmo..baru aku tahu nama penuh Redmummy..Mira Abu Bakar, 35..trademark beliau warna merah..aku pun suka warna merah baru nampak garang...Jangan terkejut kerana Kak Red mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya.

Aku suka kata2 Kak Red "Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," ..Harap aku mendapat rezeki seperti beliau..

 Sudah tentu aku di sebelah Kak Red yang berbaju merah


Sekian terima kasih...




Aku sebenarnya nak bagitau aku beli RAM baru 2Gb..hahaha







P/s : Laptop ku sudah diilengkapi dengan RAM 4 GB..huhu..lembab sangat sebelum nie nah amik ko aku tukaq terus....terkandas lama di Low Yatt kerana hujan lebat... Bersiap sedia le sekarang nie petang2 musim hujan yerr..Thank Nuffnang iklan kuning (Digi) terpancar2 di blog aku..

September 23, 2010

Sudah kembali bergosip ke | penyakit jentayu.com

Gambar hiasan

Salam,
Nampak gayanya PM (Pujangga Malam) sudah kembali kepada keadaan asal..
Nie semua angkara jentayu.com tah kenapa bila buka blog aku pastu keluar jentayu.com
Tapi ada blogger yang boleh buka dan tak boleh buka blog aku..
Ayu mana tah hack aku nie ingat aku blog politik ke...??? 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang membantu aku semasa blog aku sakit..

Sapa kata aku tak boleh hidup tanpa berblogging ? Aku memang suka menulis so aku coretkanlah sesuatu di blog nie sekiranya keadaan aku tak serabut.. Sekarang ni keadaan semakin serabut.Apa yang serabut?
Al-maklumlah aku kan tengah final year sekarang. Aku ingat time enjoy last2 sem.. Untuk semester ni aku hanya ada sebulan saja lagi tuk final exam.Tu pun baru tadi cek jadual exam..Ditambah lagi dengan test dan assignment yang boleh diibaratkan tiap2 minggu ada kerja le..Jadi minta maaf le sekiranya aku kurang untuk update blog nie tapi aku still komen..





P/s : Doakan aku supaya dipermudahkan dan dilancarkan dalam segala apa benda yang aku lakukan pada semester ini..dan dirahmati dan dicucuri rezeki oleh-
Mu Ya Allah..








September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri | Balik kampung

Kad khas kepada anda semua



ok sebenarnya aku telah buat entry hari raya nie awal  sebab takut kalut....baca di sini

jadi sekali lagi aku buat ucapan Hari Raya biar segar sikit..


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Semoga disambut dengan bahagia
Yang pulang ke kampung bawa kereta,motor dan bas berhati-hati ya
Ingatlah orang tersayang

Maaf Zahir dan batin dari aku
Tersilap kata dan bahasa sepanjang mengendalikan blog ini
aku hanya manusia biasa tak lari dari kesilapan & kesalahan
hanya Allah yang sempurna
10 jari disusun maaf dipinta.
 
 
 Aku akan balik kampung petang nie dan bercuti 1 minggu lebih..



 
 




P/s : kalau bersawang blog nie tolong bersihkan ek..sebab di kampung aku tak ada internet...
baru le layan cuti .jumpa lagi 11 hari dari hari nie..
giler ke apa ketupat & lemang pun diorang kata ada unsur iluminati & freemason.??





September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam,

maaf sebab agak lama tak update so blog nie bersawang pulak..ada sesiapa tolong bersihkan tak??

sibuk sikit sebab nak selesaikan semua kerja sebelum cuti hari raya..so bila raya otak tenang sikit.

bawa balik kerja pun bukan siapkan..macam takde masa padahal masa semua sama 24jam jugak..

Bukan kalut (tergesa2) nak raya tapi takut tak sempat..!!!

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA FRIENDS LIST FB (muhamad faizal anuar pj) & BLOG (http://faizalpejay.blogspot.com) & TWITTER (faizalpejay)
MAAF ZAHIR DAN BATIN...BERHATI2 SEMASA DI JALAN RAYA..


 Anuar Zain & Elyana..suara mantop lagi tuh..



Aku harap tolong le berhati-hati di jalan raya..INGAT ORANG TERSAYANG..khas kepada konvoi motosikal,kereta dan juga pemandu bas..Kegembiraan di Hari Raya jangan dihancurkan di atas jalan..Aku doakan korang semua selamat senantiasa..


Aku pasti ramai yang berangkat balik ke kampung halaman sebab sudah cuti sekolah..










P/S : Bagi sesiapa yang mengenali aku ..Raya kedua jemput le ke rumah aku di alamat Jalan Abdul Raof,Parit Buntar,Perak..Masuk je alamat tu di GPS korang..kalau takut sesat taip on sesat hantar ke 124968110



August 24, 2010

Restoran Malaysia Negaraku

Salam,

Ingat lagi tak aku ada publish entry berkaitan restoran yang bayar Rm2 dan boleh makan..Kalau tak ingat mari masuk sini

 Perbincangan tokoh terpenting yang berbaju ungu tu

Pada 21 Ogos 2010 aku telah berkunjung ke kedai yang diberi nama Malaysia Negaraku.Ini pun disebabkan reunion kawan-kawan aku semasa kerja sebagai Skim Khidmat Pelajar.Entry berkaitan

1) Mula korang kena tunjukkan ic korang dan bayar RM2...dengan serentak berkata 'MYCARD'


2) beratur untuk ambil makanan.Macam budak asrama plak..
 
3) Selesai makan korang kena basuh sendiri yer...macam susah je ek..takpe sekali sekala..huhu

Jom layan gambar...

 Nasib bukan ikan jaket je..penah tinggal asrama tau le apa ikan jaket kan

Pelahap lelaki

Pesendawa perempuan..haha..betul ke eja tu..

 Basuh pinggan dengan cawan sendiri yer..e malas le nak basuh



P/s : 28hb 8 2010 perjumpaan geng blogger dan 29hb 8 2010 reunion prescience..harap takde aral yang melintang

August 21, 2010

Masjid Jamek Bandaraya,Kuala Lumpur

Salam,

Pagi tadi aku ke Kuala Lumpur kerana ada urusan sedikit di Cap Square...
So aku pun sembahyang Jumaat di Masjid Jamek Bandaraya,Kuala Lumpur

Sebenarnya pertama kali aku bersembahyang di Masjid Jamek itu apa yang
membuat aku terpegun masjid tu usianya hampir 102 tahun

Penuh sesak le bila sembahyang Jumaat dan pelbagai ragam juga dapat dilihat.




 Aku ada test esok nie boleh plak berjalan2 ek...nie pun rehat kejap sambil2 tu boleh
update blog.....


serabut tak meja tu ?? eh study leh plak laptop terbukakan..kejap je






P/S : Doakan aku supaya dapat menjawab test pada hari Sabtu nie 21hb 8 2010..amin

August 10, 2010

Akhirnya Traffic aku menjangkau 500++


 Salam semua..

Tau tak kenapa aku gombira hari ini..??? kerana pertama kali sepanjang aku bergelumang ngan blog ini

aku mencapai traffic sehingga 500++ pengunjung dalam satu hari..

paling tinggi aku capai pun sebanyak 100++ je...Tu pun sekali..sebab aku macam tak ambil berat pasal traffic nie.

Aku dah capai traffic sehingga 758 pageviewer di dalam stats di blogspot....ni gara-gara entry aku berkenaan dengan handphone BlackBerry di haramkan di Malaysia..di entry ini

Maklumat terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.

Info tambahan : Pada 4 Ogos lalu, pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi dilapor mengarahkan perkhidmatan BlackBerry di negara itu digantung mulai Jumaat lepas kerana pengeluarnya gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan pihak berkuasa negara itu.


UAE pada Ahad lalu pula mengumumkan, pihaknya akan menggantung perkhidmatan utama BlackBerry iaitu pengiriman mesej, e-mel dan pelayaran Internet mulai 11 Oktober ini disebabkan isu keselamatan.


 Jangan lupa ek esok puasa..jgn ada yg ter'makan' plak tgh hari sok.







 Viewer aku jugak bukan hanya datang daripada Malaysia...tapi ramai jugak dari luar negara.No.2 USA tu..giler betik..


Korang jangan risau aku akan mencari butir2 terkini tentang Blackberry nie.



Apa-apa pun aku tetap bersyukur pada Allah dengan rezekinya dan nak ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu datang menjenguk blog aku yang tak seberapa ni...diharapkan penulisan-penulisan aku kat sini dapat memberi input terbaik untuk korang...Kalau ada salah silap jangan lupa komen setiap entry aku..Tanpa korang siapalah aku dan tiadalah Pujangga Malam.

August 7, 2010

Alhamdulilah

Salam,

Alhamdulilah semalam aku dengan rakanku panjang umur..Syukur pada Allah S.W.T

Sekiranya berada di makmal atau bengkel kena kena senantiasa berhati-hati..

Semalam telah mengajar aku dan rakanku supaya berhati2 di dalam tempat yang mudah terbakar..

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.