Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

July 12, 2017

Tawaran Menarik Dari Traveloka Ke Bangkok, Thailand

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang bercadang atau ada rancangan nak ke Bangkok, Thailand ? Aku jujurnya tak pernah ke Bangkok Thailand.Melalui pembacaan, Bangkok terkenal sebagai tempat pelancongan yang menarik terutama untuk ber 'shopping' dan mencuba makanan-makanan Thailand.Memanglah orang kata kalau nak shopping dalam Malaysia pun banyak tempat shopping tapi 'feel' shopping di luar negara tu lain macam sikit tambahan Thailand terkenal dengan sejarah dan hasil tangan penduduk Thailand sendiri.

3 Hari Tawaran Diskaun untuk hotel dan penerbangan Melalui Traveloka App


Masih mencari tiket penerbangan dan hotel di Bangkok ? .Traveloka ada tawaran menarik dan boombastik kepada pelancong yang akan bercuti ke Bangkok, Tau tak pada bulan Julai ini Traveloka akan buat tawaran best untuk penerbangan dan hotel. Pernah tak tengok bila Traveloka buat promosi di Bangkok Thailand ? Rambang mata laa nak pilih destinasi nanti. 



Bangkok mempunyai pelbagai tempat shopping atau market yang murah untuk pengunjung kunjungi.

Mari kita tengok apa yang menarik di Bangkok Thailand !



1 ) Pratunam Shopping Centre



Lebih kurang macam Kenanga dan GM Klang di Malaysia.Pratunam terletak di Petchburi Road.Terkenal sebagai ' Largest Thailand Wholesale & Retail '.Semua barang pun ada jual di sini macam one stop centre lah.Beli satu barang mahal beli 3 ke atas baru murah dan berbaloi.


Kredit gambar AsiaWebDirect


2) MBK Center

Nama penuh tempat ini adalah Ma Boon Khrong Center.Kalau yang pernah ke Bangkok pasti tahu pasal tempat ini.Ini kira lubang bagi barang-barang imitate seperti LV, Gucci, Prada dan lain-lain.Barang untuk souvenir pun boleh cari di sini.Yang pasti harga boleh nego lagi kena pandai tawar menawar.Di sini juga terdapat restoren HALAL iaitu Yana Restaurant dan surau.








3) Chatuchak Market 

Kalau nak tahu Chatuchak Market adalah pasar terbesar di Thailand dan juga di Asia Tenggara.tak sah kalau ke Bangkok tak singgah ke market ini.Terkenal di kalangan kaki travel.Menjual pelbagai barangan dari seluruh pelosok Thailand, pembeli boleh membeli segala-galanya dari barangan kemas, ikon agama, haiwan peliharaan dan makanan yang sedap. Terdapat 15,000 gerai menawarkan harga murah dan berpatutan.Rasa tak tertahan nafsu membeli belah kalau datang ke Chatuchak Market.

Lokasi: Bersebelahan dengan Stesen Kamphaengpecth (MRT), kira-kira 5 minit berjalan kaki dari Stesen Skytrain Mochit (BTS) dan Stesen MRT Suan Chatuchak (Taman Chatuchak) 


Kredit gambar AsiaWebDirect


Kebanyakkan tempat di Bangkok memberi banyak pilihan kepada kaki-kaki shopping kerana mempunyai banyak market-market dan juga pencinta makanan-makanan tradisional Thailand.
Luangkan masa anda bersama keluarga untuk bercuti di Bangkok Thailand anda pasti puashati.

Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia dan Domestik malah untuk maklumat tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair.Satu laman web yang membolehkan anda membuat carian, tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan. Tak kira Domestik atau Antarabangsa. Maknanya anda boleh menggunakan Traveloka untuk merancang percutian anda.

Bonus kepada bakal pengunjung ke Bangkok Thailand mereka tengah memberi promosi potongan harga sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan melalui Traveloka App SAHAJA dan antara syarat-syaratnya adalah :
    • Hanya penerbangan ke Bangkok (Thailand) melalui Traveloka App sahaja
    • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYBKK ). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
    • Booking period (flight):  14th July (Jumaat) - 16th July (Ahad)
    • Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai.
    • Travel period: anytime
    • Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi.
Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15 million muat turun ( 15 million download ).Untuk ke destinasi lain sila layari Traveloka.


November 16, 2016

5 Tempat Penginapan Paling Unik Dan Rare Di Malaysia

Hai korang, tengah survey tempat-tempat bercuti ke tu tapi macam terlalu ' mainstream ' sangat tinggal di hotel-hotel 5 bintang di KL kan ? Cuba lari sikit dari kesibukan kota dan hirup udara segar.Korang suka jalan-jalan try menginap di hotel-hotel yang unik dan rare ? So, ini saya survey dan kumpulkan 5 tempat Penginapan Paling Unik dan Rare di Malaysia hasil idea kreatif pemilik-pemilik setiap hotel itu tersendiri.


5 Tempat Penginapan Paling Unik Dan Rare Di Malaysia

1. The Container Kuala Lumpur


Kita mula dulu di Kuala Lumpur sebab saya pun tinggal di KL.The Container sekarang dah tak jadi asing lagi terutamanya kepada para backpackers-backpackers sekalian dari dalam mahupun luar negara. The Container ni terletak di Jalan Delima, Kuala Lumpur. Idea kreatif yang menginovasikan kontena kepada sebuah hotel yang moden dan comel dengan warna-warni menjadi tarikan para pengunjung untuk mencuba bermalam di sini. 

Hotel ini menyediakan tiga jenis mod tempat tidur iaitu conservative iaitu jenis bilik biasa seperti hotel-hotel, adventure iaitu penginapan dalam glass tube dan outgoing iaitu penginapan seperti asrama. Yang famousnya penginapan adventure tu sebab ramai yang tertarik nak tidur dalam glass tube tu yang boleh memuatkan lebih kurang 2 sehingga 3 orang. Kalau korang berkunjung dalam kumpulan yang ramai lebih sesuai kalau korang pilih mod outgoing. Harga untuk setiap mod bilik adalah berbeza. So, kalau ke KL boleh lah try The Container ni dan orang akan perasan yang tempat ni merupakan one of the unique hotels in Malaysia.



Info lanjut :http://containerhotel.my/

Dari Google Image

Dari Google Image

Dari Google Image



2. Masbro Village Melaka


Ok kita keluar pula dari Kuala Lumpur dan ke Melaka. Tipukan kalau kata korang tak pernah pergi Melaka.2 jam lebih saja dari KL.Seperti diketahui Melaka negeri yang banyak peninggalan sejarah untuk kita lawati dan pelajari. Tapi pernah korang tahu pasal sebuah hotel unik dan cute, Masbro Village? Haa kalau tak tahu, ianya terletak di Paya Rumput which is about 7 km away dari Pusat Bandaraya bersejarah. Hotel ni sangat simple tetapi kreatif dengan mempamerkan senibina rumah inap. Ianya turut menarik minat pengunjung luar negara untuk mempelajari seni tanah air kita. Landskap luar hotel ini pula berwarna-warni dan berbentuk tiga segi sungguh kemas dan simple. Di negeri ini juga terdapat banyak Traveloka hotel yang menawarkan banyak diskaun !

Google Image

Google Image

Google Image

3. Time Capsule Retreat


Then jom ke Hogoh Pahang Hogoh pula. Sekarang Time Capsule Retreat ni dah semakin popular bukan saja kepada backpackers anak muda malahan kepada pengunjung yang membawa family. Mostly yang berkunjung ke sini adalah mereka yang nature-lover. Landmark kalau korang nak cari tempat ni adalah Sekolah Menengah Lembing, Pahang. Hotel unik ni terletak di belakang sekolah tersebut. Capsule-capsule ini diperbuat daripada konkrit pembentung paip dan diinovasikan kepada sebuah bilik tidur yang berpenghawa dingin bagi memastikan keselesaan anda. Capsule ini memuatkan katil bersaiz Queen yang boleh diduduki lebih kurang 2 hingga 3 orang. Kalau korang pergi dalam kumpulan besar boleh ambil beberapa buah capsule. Tandas dan bilik mandi dikongsi bersama. Harganya sangat berpatutan so jangan risau ye.
Google Image

Google Image

Google Image

4. Tubotel Langkawi


Ke Langkawi lah kite ? Kita ke Pulau Bebas Cukai pula.Haa kalau korang jalan-jalan makan angin di Langkawi, korang boleh cuba menginap di Tubotel Langkawi. Ianya terletak di tempat yang sangat strategik dan famous untuk bersantai waktu malam, Pantai Cenang. Seperti beberapa hotel yang korang baca di atas, Tubotel ni juga terdiri daripada 17 tubes yang diperbuat daripada pembentung paip konkrit. Ingat pembentung paip tak ada kegunaan ke ? Setiap tube dicat dengan warna-warna yang berbeza membuatkan pemandangan hotel ini menjadi perhatian para pengunjung. Kalau anda ke sini, anda boleh pilih nak hotel yang view laut atau view garden. Yang paling best sekali Tubotel ni keadaan suasana tenang dengan tiupan angin laut. Sungguh relaxing dan confirm korang akan terlupa masalah-masalah dalam kepala korang tu…untuk seketikalah..hehe
Google Image

Google Image

Google Image

5. Seaventures Dive Rig


Last but not least, Saya nak bawa anda ke Borneo pula kita ke Sabah. Uji minda...Apakah yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah atau Sarawak ? Of course semua tahu jawapannya adalah laut kan. So, teringin tak nak rasa tidur tengah laut? Kalau teringin jom berkunjung dan bermalam di Hotel Pelantar Minyak juga famous dengan nama Seaventures Dive Rig. Yelah kena lah ada nama orang putih juga sebab ianya terletak di Pulau Mabul which is banyak foreigners especially orang putih datang sini untuk teroka keindangan dasar laut kita. 
Tempat ini dulu merupakan bekas pelantar minyak dan gas, sekarang berubah menjadi hotel di tengah laut. Bunyi macam pelikkan ? namun hotel ini juga dilengkapi dengan fasiliti hotel bertaraf 5 bintang. Khas bagi pencinta laut dan peminat “scuba-diving”, ini adalah syurga yang perlu anda tergahi. Hotel Pelantar Minyak ni turut menawarkan pakej aktiviti menyelam. So para divers sekalian, jom lah bermalam di sini.
Google Image

Google Image

Google Image



Dah tak tazzabar nak try hotel-hotel unik dan rare yang tertera di atas ? Jom visit web ni https://www.traveloka.com/en-my/. Korang survey harga dan pilih lah sendiri mana korang nak pergi. Kalau turutan pilihan tempat penginapan unik dan rare bagi saya adalah no.5, no.3, no.4,no.2 dan no.1 sebab The Container anytime saya boleh pergi.





 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.