Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Honda Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Honda Malaysia. Show all posts

December 9, 2016

Honda Lancar CIVIC Generasi Ke -10 - Tawar Harga Menarik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini ada seorang kawan bercerita dia nak beli kereta baru.Katanya akhir tahun selalu syarikat kereta bagi Promosi Akhir Tahun.Aku pun cadangkan ambil kereta jenama Honda.Sudah banyak kali melihat kereta-kereta hebat keluaran Honda di jalanraya. Namun ada sesuatu yang menarik tentang kereta Honda Civic 1.5 yang baharu ini.Seharusnya jenama Honda mendapat tempat pertama di hati pembeli kereta.


HONDA LANCAR CIVIC GENERASI KE-10 – TAWAR “NILAI SEGMEN D” PADA “HARGA SEGMEN C”


·         Harga bermula  RM113,800, Honda sasar untuk menjual 1,200 unit sebulan
·         Pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa pertama yang memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C
·         Sistem keselamatan terbaik dalam kelasnya untuk semua varian (6 Beg Udara, Vehicle Stability Assist)

.
.
Minggu lepas, Alhamdulilah aku dan 14 orang blogger diberi peluang untuk memandu uji Honda Civic 1.5 baharu selama 2 hari 1 malam.Ingat boleh bawa balik.hehe..Aku nasihatkan kawan aku untuk pergi ke Cawangan Honda terdekat untuk pandu uji baru puas hati.Di bawah sedikit panduan pada peminat kereta Honda untuk consider Honda Civic sebagai kereta idaman.





Hari pertama sebelum masuk taklimat aku dan Fazrol kereta Honda Civic VTEC Turbocharged warna Putih Mutiara (White Orchid Pearl).Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah “Earth Dreams Technology” Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang.Taklimat dari wakil Honda Malaysia diadakan di Hotel Aloft KL Sentral. Hotel ini juga menjadi tempat bermalam kami.

Dari kiri Fazrol, Yap Chin Yee dan aku.




Destinasi pertama kami adalah di Pusat Service Kah Motor Selayang.Aku jadi driver pertama dan perjalanan mengambil masa 30minit.Korang boleh datang ke sini untuk service kena booking dulu kalau nak walk-in hanya untuk jumlah yang terhad sahaja dan pada hari-hari tertentu.Boleh rujuk website Honda.




.

Ok jam pun dah menunjukkan 1petang.Laparlah pulak.Kami makan di Closer Cafe Mutiara Damansara. Cafe western ni memang sedap.



Perjalanan diteruskan ke Parkir Setia City Convention Centre untuk aktiviti menguji Vehicle Stability Assist ( VSA ).Perjalanan mengambil masa sejam jugalah tapi tak terasa sebab perut kenyang mata pun dan lali..Boleh rujuk di Video 1 dan Video 2 ujian VSA.






Selesai aktiviti untuk hari pertama jom kita gerak balik ke Hotel Aloft KL Sentral.Esok akan ada aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak kerana akan menempuhi satu perjalan yang agak jauh dan berbukit.


.
.
.

Hari kedua aku jadi pemandu pertama lagi memandu kereta dari Kuala Lumpur hingga ke kawasan rehat Lentang Bentong.Di laluan inilah aku memecut laju dengan kuasa Turbocharged sambil menguji tahap kekuatan dan kepantasan kereta ini melalui kawasan jalan berbukit dan simpang siur.Terasa sangat selesa dan pemanduan yang lancar.




Menguji Mode Sport + Turbocharger
Patah balik ke Kuala Lumpur dan pergi lunch di The Garage Ampang. Lunch kat sini best cafe Western juga.Lokasi menarik dan makanan yang sedap.








Lepas lunch kita terus gerak ke Putrajaya pula. Kat Putrajaya kita akan main satu permainan air di kawasan Tasik Marina Putrajaya. Ini part paling kecewa, korang pernah dengar apa itu FlyBoard. Itulah aktiviti yang aku akan cuba tapi hampeh tak naik kot.Rugi menyesal ambil nombor pertama.Harga pula RM370 untuk 20 minit menaiki FlyBoard. Malas nak cerita banyak aku main kayak sajalah..haha










Itulah lah aktiviti bersama Honda Civic. Sedih sebab kena tinggalkan kereta idaman ini ingatkan boleh bawa balik rumah.Dan paling kecewa tak main Flyboard. Untuk bagi kawan aku teruja untuk pandu uji Honda Civic Baharu ini, 

Kenapa dia perlu masukkan Honda Civic 1.5 dalam list kereta yang dia patut beli ?

Civic serba baharu menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ialah:

·         - Remote Engine Start
·         - Walk Away Auto Lock
·         - Electric Parking Brake  
·         - Auto Brake Hold

Aspek keselamatan yang amat penting. Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:

·         - 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara  pada                      bahagian      sisi)
·         - Vehicle Stability Assist (VSA)
·         - Anti-Lock Braking System (ABS)
·         - Electronic Brake Distribution (EBD)
·         - Brake Assist (BA)
·         - Hill Start Assist (HSA)
·         - Emergency Stop Signal (ESS)

·         - ISOFIX 

      RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)

Maklumat lanjut mengenai Civic serba baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda; hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web  www.honda.com.my atau www.ridethedream.my untuk meneroka ciri-cirinya yang menarik







 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.