Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Izz Damia Aqilah. Show all posts
Showing posts with label Izz Damia Aqilah. Show all posts

September 8, 2015

Damia Pertama Kali Gunting Rambut Di Saloon

Baru-baru ini aku dan wife sarapan pagi di Lakefield Sg Besi, sambil jalan-jalan itu terpandang satu kedai salun ini baru buka kedai.Tah aku pelanggan pertama kot.

Tak ada niat dari rumah pun sebelum itu nak bawa Damia gunting rambut.Ikutkan aku pun boleh potong rambut serkup je mangkuk potong tepi je.haha

Ini kira pertama kali Damia gunting rambut di salun kecantikkan.Apa magnet le kedai baru ni pakai memanggil-manggil kami masuk.

Cuci dan potong rambut RM15.Ok tak ? Mula-mula menangis juga lepas cuci rambut nak tertidur pulak Damia ni.Inilah wajah-wajah excited Damia.















April 13, 2015

Luka Di Dahi Damia

Siapa tak sayang anak kan.Dalam dok berjaga-jaga akhirnya Damia luka di dahi juga disebabkan tergelincir dan terkena bucu meja yang ada cermin kaca tu.Alhamdulilah terguris sikit di dahi.Kejadian berlaku sungguh pantas padahal semua ada di situ.




Izz Damia Aqilah memang aktif sikit.Bulan depan genap 2 tahun.Masa tumbesaran inilah zaman happy kerja nak main saja.Mula kena tu memang cuak jugalah sebab tengok darah keluar.Aku cuci bagi tahan darah tampal dengan plaster.


Dah 3 kali tukar plaster tengok darah still keluar juga so terus pergi ke Klinik.Mula-mula doktor nak pastikan dahulu kaca tu pecah ataupun sumbing saja.Doktor cuci/lap darah lepastu letak gam ( tengok macam gam gajah ) untuk sekat darah dari keluar dan nak cantumkan kulit.Menangis tak ingatlah masa ni.Alhamdulilah luka tak dalam sangat.



October 21, 2014

Izz Damia Aqilah Masuk Utusan

Lewat petang semalam dapat Whatsapp dari wife beritahu Izz Damia Aqilah masuk surat khabar Utusan.Aku pelik juga bila masa aku hantar gambar anak aku kepada paper Utusan.Rupa-rupanya wife aku nak beritahu gambar dia pun ada sekali.Aku pun tak pernah masuk Utusan lagi cuma dulu waktu kecik saja ada masuk Majalah.

Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gunung Besout

Gambar di ambil masa raya tahun ini di rumah salah seorang kawan sekolah wife aku di Sungkai, Perak.Katanya perjumpaan Alumni Kelas 5 Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Gunung Besout tahun 2002.Mentang-mentang aku bukan bekas pelajar tu langsung tak ada gambar aku.Tapi yang bestnya tengoklah siapa yang tangkap gambar itu.

April 8, 2014

Moh Sertai Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014

Di sini aku ingin menghebahkan sedang berlangsung Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014.Syarat cukup mudah dan yang paling penting letakkan 1 gambar anda bersama anak/anak saudara/bayi/budak kecil, yang anda rasa ianya gambar yang paling ‘moment‘ buat anda.

Moh sertai Mini Giveaway sebelum  tarikh terakhir 13 April 2014 pada jam 11.59 malam. Hadiah yang ditawarkan merupakan DVD Dunston Baby Language DVD kenali bahasa bayi ) yang diimport.Aku nak tahu juga bahasa anak aku dok cakap sekarang nie.

Jom sertai Jom sertai Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014

Kiniko


Moment yang paling SWEET bersama anak aku Izz Damia Aqilah semasa Travel ke Bukit Tinggi, Indonesia Di kilang makanan dan minuman tradisional KINIKO


November 25, 2013

16 Fakta Menarik Tentang Bayi

Tahukah anda 16 fakta menarik tentang bayi ? Sejak ada anak pertama ini banyak benda juga saya telah tahu tidak sebelum ini tak ambil kisah sangat.Bulan ke bulan macam-macam pael bayi yang kita kan belajar.Tahu cara macam mana nak bagi bayi tidur, nak mandikan bayi, kenapa bayi menangis.

Setakat ini kalau Damia menangis ada 3 sebab iaitu bila dia betul-betul lapar, menangis nak tidur dan apabila Damia buang air besar.So far Alhamdulilah Damia baik dan senang nak diuruskan.Tapi bila jumpa orang baru Damia kena ambil masa untuk sesuaikan diri.


Izz Damia Aqilah baru lahir.

Betulkah Kita Mendidik Anak ? Ada Teknik untuk mendidik anak !


Apa itu 16 fakta menarik tentang bayi, boleh rujuk di bawah :

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Subhanallah...


SUMBER

November 12, 2013

Pertama Kali Ke KL Festival City

Hai,

Hari ini pertama kali ke KL Festival City di Setapak.Pertama kali juga update blog guna ipad macam dah live blogging plak.

Tingkat 1 KL Festival City
          
Dah 6 bulan anak dara ni
   
Tadi pergi cucuk Damia di Klinik berdekatan terus pergi Mali Corner untuk terjah makan Nasi Lemak Ayam dan Char Kiew Tiew.Lepas itu terus ke KL Festival City.

Apa lagi yang menarik di sini ye ??


October 29, 2013

Tip Memberi Bayi Makan Solid Food

Rasa kasihan apabila aku makan Damia asyik tengok macam nak terkam aku sahaja.Kadang makan sorok-sorok sebab tak mahu Damia nampak.Tapi sekarang usia Damia menghampiri 6 bulan dan Damia dah bersedia untuk makan ' Solid Food '.

Sebab nak ' test market ' punya pasal bagi Damia makan kurma dan ais krim batang sikit.haha.Laju saja dia makan.Sejak lahir sehingga enam bulan ibu digalakkan memberi minum susu badan,selepas enam bulan susu badan sahaja tidak akan memberi bayi nutrien yang mencukupi terutama zat besi oleh itu makanan pejal lain diperlukan.


Ramai ibu yang silap hanya memberi makanan pejal berbentuk buah-buahan sahaja.Bagus juga apabila kami kenal sister Nurse di KPJ Kajang.Dalam whatsapp sahaja dia beri tip-tip untuk memberi makanan pejal kepada Damia.

Kami dah cuba tiga resepi dari sister Ju setakat ini ubi madu + nasi ( di blend ) menjadi kesukaan Damia.Lobak Merah + Nasi ( di blend ) dan Sayur Bayam + Nasi ( di blend ) ikut mood kadang Damia suka kadang tak suka.


Mula-mula bagi sikit demi sedikit tengok di luahkan atau tak kalau dia suka beri lagi sekali sehingga habis.Tapi awas jangan paksa bayi korang nanti di tak suka langsung.Lepas itu bagi air suam sikit.Damia sekarang suka buat bubble kat mulut dia.Tah apa-apa.


Senang sahaja kalau nak tahu bayi dah sedia untuk makanan pejal.Dengan syarat tunggu sehingga 6 bulan untuk memperkenalkan makanan pejal takut risiko buruk yang tidak dijangka terhadap makanan sebelum 6 bulan.

Boleh cuba lihat kepada panduan ini :

1) Kalau kita tengah makan, dengan khusyuknya bayi kita akan renung tajam gile.
2) Mempunyai berat badan 2 kali ganda dari waktu dilahirkan.
3) Memasukkan jari ke dalam mulut kadang lebih dari satu jari.Macam lahap sangat.
4) Apabila diacah dengan sudu atau tangan dia akan membuka mulut ( nganga )
5) Kebolehan mengerakkan lidah atas dan bawah.Yang ini memang Damia otai siap gulung lidah lagi.Aku pun tak boleh buat.
6) Bayi mencuba mencapai sudu, pinggan dan mangkuk

Apa itu " Baby Weaning " ?

Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid yang bertekstur halus.

Boleh cuba juga resepi ini ( iluvsuperstore ) :

Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan  
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)

September 13, 2013

Damia Tak Sakit Apabila Bersunat

Semalam genap usia Damia 4 bulan dan bawa Damia pergi khatan ( bersunat ) dan cucuk di Klinik Famili Dr.Wan Kamariah.Ingat lelaki sahaja bersunat ? Serius dalam kepala otak ingat hanya lelaki sahaja bersunat dan perempuan bersunat masa lahir hari itu.

Aku pun tak perasan bila masa Dr tu sunat Damia,tengok dah siap Dr tu kata.Aku tengok Damia tak menangis pun.Tak sakit ke Damia apabila sunat ? Aku pun berfikir.Tapi bagus jugak senang sikit kerja tak perlu memujuk Damia.Aku tahu Damia seorang anak yang kuat merujuk kepada maksud Izz ( kekuatan ).

September 1, 2013

Detik Paling Mengembirakan Damia Dah Mula Meniarap

Detik paling mengembirakan kami adalah dapat melihat perkembangan Damia di depan mata kami.Terdetik dalam hati kami betapa sukarnya ibu bapa kita menjaga kita dari mula lahir hingga dewasa.Hargailah ibu bapa korang.

Detik paling mengembirakan kami apabila Damia mula meniarap.Kami dapat perhatikan kesungguhan Damia untuk cuba memusingkan badannya walaupun agak sukar.Dari jauh kami beri sokongan moral agar Damia ' never give up '.




July 29, 2013

Damia Dah Mula Hisap Jari

Damia dah semakin membesar dan bertambah beratnya.Nak dukung pun dah terasa beratnya.Lenguh jugalah12 Ogos 2013 genaplah Damia 3 bulan.Pergi check up di Klinik hari itu, Alhamdulilah Doktor beritahu tumbesarannya ikut carta yang ditunjukkan.

Sekarang kami perasan yang Damia dah mula menghisap jari kirinya.Adakah ini normal ?

July 12, 2013

Pengalaman Menakjubkan Menguruskan Plasenta/Uri

Plasenta atau Uri adalah ' sarung ' yang terbentuk di dalam rahim ketika proses kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin dapat oksigen dan makanan daripada ibunya.Senang cerita macam rumah dan tempat bermain bayi di dalam perut le.Aku yakin pasti ramai ibu bapa yang menyerahkan menguruskan uri kepada bidan,ibu ataupun nenek.Ini adalah pengalaman menakjubkan apabila menguruskan Uri bagi bapa yang baru menerima kelahiran.

Gambar sekadar hiasan.

Hari ini genap Izz Damia Aqilah 2 bulan.Alhamdulilah aku sendiri yang menguruskan uri dua bulan lepas.Sebelum itu dah baca macam mana cara nak menguruskan uri mengikut syariat Islam yang sebenar jadi aku yakin boleh melakukannya.Macam-macam juga aku baca cara turun temurun menguruskan uri ada yang memasang lilin pada waktu malam selama 7 malam untuk mengelak kejadian pelik menimpa bayi.Ini bukan ajaran Islam yang sebenar.

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.