Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Makanan Murah. Show all posts
Showing posts with label Makanan Murah. Show all posts

January 8, 2019

IndoBowl Cafe Lakefield Sg Besi Sajian Mi Segera dari Indonesia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sajian Mi Segera jenama Indomie dari Indonesia menjadi tarikan kepada pengemar Mi Segera di Indobowl Cafe Lakefield Sg Besi.Indobowl diinspirasi dari Kopitiam di Indonesia diolah oleh orang Malaysia mengikut citarasa rakyat Malaysia.Telah ditubuh pada tahun 2017.

Idea ini lahir selepas pemilik merasakan tiada restoren di rantau ini yang menyajikan makanan jalanan di Indonesia dengan konsep Cafe.

Di Indobowl Cafe ini kebanyakkan menu dari Mi Segera Indomie tetapi ada juga nasi dan pencuci mulut.Suasana di dalam Cafe sesuai untuk seisi keluarga dan santai.

Nasi Goreng Giler Menu Killer Indobowl Cafe

Nasi goreng giler sesuai dimakan dalam 2-3 orang.Portion yang besar dan ada Lamb Chop,Sate Madura,Sotong Goreng Tepung,Telor Mata.

Harga RM29.90




oklah malas nak membebel.Jom layan gambar-gambar baru bernafsu nak makan kan.Total ada 4 menu dan 2 jenis air minuman giant yang aku cuba.


Roti + Panggang = Ropang Coklat Keju RM5.90

Es Cendol Giant RM8.90

Soda Gembira Giant RM8.90

Indomie Dendeng Balado RM10

Indomie Salted Egg Chicken RM11.90

Tarikan utama ada 3 jenis sambal iaitu Sambal Merah (paling pedas),Sambal Hijau (sederhana pedas) dan Sambal Matan ( masam2 manis).Perghh makan Mi Segera di campur dengan sambal-sambal tu boleh buat anda meleleh air liur.




Terima Kasih Encik Shafik dengan layanan yang diberi.



Bagi pengemar Mi Segera saya syorkan anda untuk cuba kelainan menu daripada Indobowl Cafe di alamat :

INDOBOWL KL
72, Jln Tasik Utama 7, Lake Fields
Sungai Besi, 57000 KL

INDOBOWL SS15
66, Jalan SS 15/4C, SS15
47500 Subang Jaya

Masa Operasi
Mon–Sun: 10.30am–10pm

hubungi kami


December 24, 2014

Nasi Campur Murah Di Subang Jaya

Salah satu tempat Nasi Campur Murah Di Subang Jaya adalah di Wisma Consplant.Hanya sesuai untuk bungkus makan tengah hari .Yang uniknya hanya guna kereta untuk menghidangkan lauk pauk.Pakcik ini dikenali dengan panggilan ' Wak '.Aku pasti Wak mesti mempunyai pelanggan tetap.
Apa yang aku dapat pastikan pelanggan Wak berbilang kaum tak kira bangsa ada Cina,Melayu, India malahan ' warga asing ' pun ada yang beli.
Nasi Campur Murah

Jarak office ke tempat pakcik ini lebih kurang 10 minit, sampai-sampai bukan main ramai orang dah beratur. Kalau datang selepas pukul 1 tengah hari, jawabnya memang dah habislah lauk.Ada hari-hari tertentu ada Nasi Ayam.Wak juga ada buat tempahan jika ada yang nak buat jamuan makan di office ke.
Nasi Murah Di Subang Jaya

Landmark adalah di sebelah Maybank Wisma Consplant.
G01, West Tower, Ground Floor, Wisma Consplant, 1, 2, Jln SS16/4, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Cuba teka berapa harga makanan ini ?


 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.