Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

March 8, 2015

African Yabara Fire Di Bukit Gambang Best !

Ingatkan di sebelah malam di Village Courtyard tak meriah rupanya sangkaan aku meleset.Lagi ramai dari siang hari kot.Semua menantikan persembahan African Yabara Fire ia merupakan persembahan sembur-sembur api keluar dari mulut tu.Secara jujurnya ini pertama kali aku tengok orang sembur api dari mulut.

Tempat persembahan African Yabara Fire

Kalau aku pun dah teruja Damia lagilah bertambah teruja.Tak takut langsung padahal duduk depan sekali kot.Untuk dijadikan kenangan aku pun rakam videonya di SINI.Lebih kurang 30 minit persembahan African Yabara Fire ini.

Lepas habis aku cepat-cepat masuk ke Village Arena untuk tengok persembahan Tarsan Adventure.
Macam biasa Tarzan akan selamatkan haiwan-haiwan hutan dari diburu oleh penjahat.Garapan yang menarik terasa macam tengok Teater pulak.Dari mula sampai akhir Damia menjerit-jerit.Balik dari Village Arena Damia pun tidur dengan nyenyaknya.

Antara babak penjahat yang kena buli



....................................................................................................................................

Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA

Keesokkannya kami ke Water Park untuk mandi manda.Macam biasa sarapan pagi memang terbaik.Kami ambil keputusan untuk naik Tram juga ke Water Park.Tak ramai orang di dalam Tram mungkin ramai yang dah balik.

Tak banyak gambar di Water Park sebab sibuk mandi manda.Jom Layan gambar-gambar di bawah












Penat mandi manda kami pun balik.Kena rehat secukupnya sebab esok dah nak balik Kuala Lumpur.Selamat tinggal Bukit Gambang sehingga kita jumpa lagi.Rasa seronok bila bawa anak-anak, kalau yang masih bujang tak tahulah keseronokannya bagaimana.



March 4, 2015

Teruja Masuk Bukit Gambang Safari Park

Part 1 :

Hari kedua percutian aku sekeluarga ke Bukit Gambang Safari Park sangat-sangat teruja.Kenapa aku kata sangat teruja kerana ini pertama kali aku tengok hidupan liar di depan mata.Sebelum ke Safari Park pagi itu kami sarapan dahulu sepuasnya sebab makanan di dalam mahal dan tak boleh bawa makanan dari luar.Bawa budak kecil boleh saja kalau nak bawa makanan pandai-pandailah korang.

Selepas dah isi perut sekenyang-kenyangnya kami pun tunggu Tram untuk ke Safari Park Bukit Gambang.Untuk pengetahuan Water Park satu tempat dengan Safari Park.Tak jauh mana pun.

Harga tiket masuk Safari Park.

Kami pilih pakej Wild Savannah + Night Jungle.Oleh sebab aku Warganegara Malaysia dapatlah harga tiket masuk RM38 x 2 = RM76.Tinggi Damia tak melebihi 90cm tak perlu bayar Masuk Percuma.Tapi aku dapat diskaun sikit kerana beli dengan Groupon.

Nak ke Wild Savannah tu boleh jalan kaki atau naik Tram dan bayar seorang RM1.Sebab tak warm up lagi kami memilih naik Tram untuk ke Savannah.Safari Park Bukit Gambang adalah Zoo Safari yang terbesar di Malaysia.Berkeluasan 138 ekar.Hanya Safari ini terdapat Singa Putih di Malaysia.

Untuk melihat hidupan liar di Wild Savannah kita perlu naik Tram yang telah dikhaskan dan akan dibawa selama 30minit.Tak perlu bayar dan Tram ini berhawa dingin.Dilarang membuka tingkap.Jom layan gambar dulu.

Di dalam Tram khas

Nampak tak begitu terujanya Damia.Suara dia je dalam Tram tu

Mengantuk

Dubok

Jelingan manja

Tengah bersantai

Kangaroo

Masa makan







Raja Rimba cari port nak buang air besar

Cute tak



Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA

Kambing apa tah katanya boleh panjat dinding tu



Multi Animal Show

Terima kasih pada seorang pakcik yang offer diri nak tangkap gambar.

Time ini letih lapar memang padu sangat.Pukul 3.00 ptg balik hotel nanti pukul 6.00 petang datang balik nak tengok night show.Ada yang tak balik tunggu sampai malam.Sambung....Entry sebelum INI
















March 2, 2015

Percutian Ke Bukit Gambang Resort City

Tahun Baru Cina Minggu lepas pertama kali aku dan keluarga ke Bukit Gambang,Kuantan Pahang.Percutian bersama keluarga pada kali ini aku telah rancang sebulan yang lepas.Setelah tengok review oleh orang ramai maka aku pun memilih untuk bercuti ke Bukit Gambang resort City.

Walaupun aku tahu bercuti ke Taman Tema pada waktu Cuti Umum mesti ramai orang.Aku terpaksa pilih juga tarikh itu sebab cuti panjang pada Tahun Baru Cina kali ini.Pagi-pagi Jumaat aku sekeluarga telah bertolak ke Gambang takut traffic sesak hendak ke Pantai Timur.12.30 tengah hari aku telah sampai ke Bukit Gambang Resort City.

Aku memilih untuk menginap di Arabian Bay resort.Apa yang mendukacitakan aku pelayan kaunter beritahu bilik aku tempah belum sedia lagi.Mereka akan call aku bila bilik dah sedia.Aku tunggu di bilik menunggu sementara bilik sedia.What ! pukul 5.00 petang baru aku dapat call bilik dah sedia dan boleh check in.Tak tahulah sebab ramai orang atau orang lambat check out.Aku mula rasa macam tak best percutian kali ini.

Selfie dulu sementara tunggu check in

Ok aku sabar mungkin ada hikmahnya lagipun niat hati nak bawa Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya bersuka ria.Pada masa sama aku tengok ada program TTT oleh Richwork AzizanOsman buat di Dewan Arabian Bay Resort ni.Adalah protegenya Afdlin Sauki dan Fizo Omar.

Boleh tahan besar juga bilik Studio Deluxe ni

Aku ambil bilik Studio Deluxe.So far aku tengok aku bilik aku menginap ni.Barang asas semua ada.Aku dapat bilik block 3 tingkat 6.Ground Floor block ini ada PS Zone, Snooker Centre, Camel Bistro & KTV dan Karaoke Rooms.View bilik aku menghadap ke Dewan seminar Richwork itu.

Untuk makluman, Bukit Gambang Resort City di buka sejak 2009 merupakan Taman Tema Air pertama di negeri Pantai Timur. Jarak dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur sekitar 220 km. Dalam resort ini, ada 2 tempat menginap Caribbean Bay Resort & Arabian Bay Resort, Gambang Water Park, Bukit Gambang Safari Park dan Active Academy Outdoor Recreation.

Dari tempat penginapan boleh menaiki Tram ke Gambang Water Park dan Gambang Safari Park.Bagi yang menginap di luar boleh terus ke Gambang Water Park tempat parking pun banyak.


Waktu Operasi Tram


Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA


Bersambung ke entry seterusnya kenapa aku memilih ke Safari Park hari Sabtu dan bukan Water Park dulu ? Stay Tuned....

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.