Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Parit Buntar. Show all posts
Showing posts with label Parit Buntar. Show all posts

April 28, 2014

3 Perkataan Untuk Barack Hussein Obama

Barack Hussein Obama adalah Presiden Amerika berbangsa Afrika Amerika dilahirkan pada 4 Ogos 1961.Anak kepada pasangan Ann Dunham dan Barack Obama Sr.Ayahnya telah meninggal dunia dan ibunya telah berkahwin dengan Lolo Soetoro dari Indonesia.

3 Perkataan Untuk Barack Obama

Sempena lawatan 3 hari Barack Obama ke Malaysia, Aku ada buat survey di Facebook dan Group.Boleh usha komen-komen di bawah.

" Sekiranya korang berpeluang berjumpa dgn President Barack Obama?
Apakah soalan kamu nak tanya ?
tidak lebih dari 3 patah perkataan "








Apa yang aku boleh simpulkan berdasarkan komen-komen di atas kebanyakkan tidak bersetuju Barack Obama datang ke Malaysia.Mungkin ada agenda tersembunyi.Tapi bayangkanlah kalau betul diberi peluang untuk bertanya kepada Barack Obama ?

April 1, 2014

Kadar Tol Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Umum telah mengetahui Jambatan Kedua Pulau Pinang ( JKPP ) telah dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2014  yang lalu.Setelah 1 bulan pengguna diberi akses secara percuma, Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM ) telah mengumumkan Kadar Tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang.


Kredit Gambar : Shahril Syafiq


KUTIPAN TOL DI JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berkuatkuasa pada 06.00 pagi, 1 April 2014.Untuk makluman Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan jambatan yang
menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu
Maung di bahagian pulau.

Terdapat dua (2) elemen bayaran tol yang dikenakan kepada pengguna iaitu kadar tol bagi jambatan dan jalan penghubung.


  • Kadar Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Bagi pengguna yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari tanah besar (Batu Kawan) ke arah bahagian pulau (Batu Maung), kutipan tol akan dikenakan secara sehala di Plaza Tol 
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Plaza Tol Bandar Cassia.Kadar tol yang dikenakan adalah seperti berikut:


Kelas Kenderaan 
Kadar Tol ( RM )
Kelas 0
Motosikal 
1.70
Kelas 1
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda ( kecuali Teksi dan Bas )
8.50
Kelas 2
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda
(kecuali bas) 
30.50
Kelas 3
Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih
(kecuali bas) 
70.10
Kelas 4 
Teksi
8.50
Kelas 5
Bas
26.20



  • Kadar Tol Jalan Penghubung

Kadar tol bagi Jalan Penghubung dikenakan di kedua-dua hala kepada pengguna sama ada yang keluar (exit) dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Plaza Tol Bandar Cassia, yang ingin melalui jambatan atau ke kawasan Batu Kawan serta pengguna yang masuk (entry) ke Lebuhraya PLUS melalui Plaza Tol Bandar Cassia. Kadar tol yang dikenakan adalah seperti berikut : 

Kelas Kenderaan 
Kadar Tol ( RM )
Kelas 1
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda ( kecuali Teksi dan Bas ) 
0.60
Kelas 2
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda
(kecuali bas)
0.90
Kelas 3
 Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih
(kecuali bas) 
1.20
Kelas 4
Teksi
0.30
Kelas 5 
Bas
0.50


Balik kampung Parit Buntar hari itu dapatlah merasa bersesak semata-mata nak masuk jambatan Kedua Pulau Pinang.Hanya bayar to dari Jawi ke Baru Kawan.Dengan kadar sekarang Jambatan baru jimat 10sen untuk perjalanan balik Jawi - Pulau Pinang lainlah kalau guna Touch & Go ( Jambatan ) ada diskaun.

Jambatan kedua ini jimat untuk orang yang tinggal Parit Buntar , Nibong Tebal dan kawasan sekitar nak ke Bayan baru, Teluk Kumbar dan sewaktu dengannya.



March 15, 2014

Pekan Buku Parit Buntar

Apa itu ' Pekan Buku ' Parit Buntar ?
Pekan Buku Parit Buntar adalah inisiatif dari Komuniti Facebook ' Parit Buntar is My Hometown ' untuk mengumpul buku lama dan terpakai.Kejayaan mengumpul bahan bacaan itu adalah langkah positif untuk mendapat pengiktirafan.

Matlamat Pekan Buku Parit Buntar


Matlamat kami untuk menjadikan Parit Buntar sebagai ' Pekan Buku ' dan kami menyasarkan untuk memperoleh pengiktirafan dari Malaysia Book of Records.Program ini juga mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Parit Buntar dan kerjasama daripada Majlis Daerah Kerian ( MDK ) , Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) dan wakil daripada beberapa sekolah.

Pekan Buku Parit Buntar

Aku sebagai salah seorang ahli ' Parit Buntar is My Hometown ' sangat menyokong penuh program ini secara tak langsung generasi muda dari mengenali buku-buku bukan dari zaman mereka.Oleh itu, dapat memupuk budaya membaca di kalangan penduduk.Kalau aku ada kat Parit Buntar dah lama aku nak jadi krew.huhu

Majalah Bujal sekitar tahun 80an.Pernah baca.


Kalau ada dikalangan pembaca nak menderma buku-buku terpakai boleh berhubung dengan aku.Daripada tersimpan dalam almari buku baik sedekahkan.Kepada penduduk sekitar Parit Buntar , Nibong Tebal , Bandar Bahru bolehlah luangkan masa pada 16 Mac 2014 pada pukul 7.30pagi - 1.30 petang di Pinggiran Sungai Kerian untuk memeriahkan program ilmu ini>Pelbagai aktiviti disediakan oleh urusetia.

Tentatif Program ' Pekan Buku ' Parit Buntar


December 14, 2013

Bagaimana Ke Pasar Kemboja Parit Buntar

Sebelum ini timbul kekecohan tentang operasi Pasar Kemboja Parit Buntar.Keputusan sementara Pasar Kemboja hanya beroperasi pada hari Sabtu.Walaupun telah ditukar hari, Pasar Borong Melayu Kemboja masih ramai pengunjung.Pelbagai jenis kain, tudung, selendang dan sebagainya boleh di cari di kampung ini. Jualan yang dijalankan sebahagian besarnya adalah secara borong, namun terdapat juga jualan secara runcit.

Lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar


Masih ramai di kalangan orang luar tidak tahu bahawa terdapat sebuah perkampungan yang didiami imigran yang berasal dari Kemboja di Parit Buntar, Perak.Boleh dikatakan komuniti Kemboja hebat juga di sini.Kalau saya balik kampung pasti orang rumah nak pergi Pasar Kemboja.
Terletak di Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Selatan yang bersempadan dengan Parit Buntar, ia hanya kira-kira enam kilometer (km) dari bandar Nibong Tebal, Pulau Pinang dan tiga km dari pekan Bandar Baharu, Kedah.

Saya beri 3 arah tuju untuk ke Pasar Kemboja menggunakan Google Map.3 arah tuju itu adalah seperti berikut :

1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja

Link Google Map

  2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja



View Larger Map
Link Google Map

  3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja


View Larger Map
Link Google Map

November 27, 2013

Tips Mengenali Virus Malware,Worm,Trojan dan Spyware

Baru-baru ini format laptop sebab rasa macam lembab saja bila menggunakannya.Aku kalau lembab ini syak memang laptop ini kenal virus la.Scan virus detect ada Trojan.Apa lagi aku nak tahulah apa itu virus Trojan,Worm, Malware, Spyware dan sebagainya.


Ada Virus Malware,Worm,Trojan dan Spyware agaknya dalam ini



Apa itu Malware, Virus, Worm, Trojan Horse dan Spyware ?


Hakikatnya jika berlaku sesuatu yang pelik terhadap komputer kita, jangkaan pertama kali kita akan sebut ialah kena Virus. Namun adakah korang faham kenapa ianya berlaku, adakah disebabkan virus atau ada sebab lain.


Malware


‘Malware” adalah program komputer yang diciptakan untuk tujuan mencari kelemahan dan kekurangan sesuatu perisian. Maksudnya bertujuan dicipta untuk tujuan merosakan dan mengagalkan operasi sesuatu perisian atau system pengoperasian. Contoh Malware adalah Virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan rootkit .


Virus


Virus adalah satu ciptaan yang bertujuan untuk menganggu dan merosakan system komputer. Ianya dikatakan antara Malware pertama yang wujud.Virus boleh bersarang di banyak jeni fail. Sasaran utama virus adalah file yang mempunyai format seperti EXE, COM, VBS serta ianya juga boleh bersarang di dalam fail dokumen dan Boot sector komputer . 

Penyebaran ke komputer lain boleh dilakukan dengan pemindahan fail atau data dari satu komputer ke komputer yang lain, seterusnya ianya menukar format sesuatu fail sehingga ianya tidak dapat dibuka dan lebih parah komputer gagal beroperasi sepenuhnya. 



Worm


Worm juga disebut sebagai Cecacing. Kalau virus bersarang pada suatu program atau dokumen, Worm i tidak demikan, malah ianya merupakan sebuah program yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan sarang untuk merebak dan tidak memerlukan bantuan orang untuk tersebar . Melalui jaringan ianya boleh bertelur terutama jika kurangnya aspek keselamatan ditekankan dalam komputer. Setelah masuk ke dalam suatu komputer, Worm akan mengubah beberapa pengaturan di sistem operasi agar tetap hidup. Kebiasaannya, ia memasukkan diri dalam proses boot suatu komputer dan boleh mematikan akses ke Antivirus.


Trojan Horse


Kuda Horse adalah malware yang seolah-olah merupakan program yang seakan berguna, menghibur dan boleh menyelamatkan, Tetapi hakikatnya ianya adalah program yang merosakkan. Trojan Horse hakikatnya merupakan program yang ditunggang oleh Malware lain seperti seperti virus, worm, spyware. Jadi peranan Trojan Horse ialah digunakan untuk menyebarkan atau mengaktifkan malware ini.


Spyware


Spyware adalah sejenis program yang bertindak mengumpulkan dan mengirim informasi / maklumat tentang pengguna komputer tanpa diketahui dan disedari oleh pengguna komputer itu.
Yang diintip kebiasaanya bermula dari maklumat yang tidak beberapa penting semasa pengguna komputer melayari internet, sehingga lebih parah boleh mengintip maklumat seperti No. PIN maklumat Bank atau kata laluan emel.

Kebiasaanya Spyware akan mencari tempat atau lokasi yang menjadi tumpuan pengguna seperti transaksi online atau ruangan chatting atau banyak lagi. Seterusnya maklumat tadi dijadikan batu loncatan bagi Spyware menampilkan iklan seperti yang berbentuk pop-up, contohnya berbentuk iklan perdagangan. Inilah yang dipanggil istilah Adware, dan penyebaran spyware ini mirip kepada Trojan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Servis Format + Remove Virus & Trojan Dll + BackUp + Software Installation ada disediakan..
LAPTOP DI UTAMAKAN !!
[HARDWARE Problem Dan Installation Tak Disediakan]..


* Untuk Berurusan boleh sms ke 0106071474..[ZUL]

November 19, 2013

Keputusan Sementara Operasi Pasar Kemboja Parit Buntar

Sebelum ini timbul kekecohan apabila Majlis Daerah Kerian ( MDK ) menukar hari operasi Pasar Kemboja di Permatang Tok Mahat dekat Parit Buntar daripada Hari Jumaat dan Isnin kepada Hari Sabtu.Ini berikutan rungutan daripada penduduk setempat yang tidak selesa dengan kesesakan lalu lintas pada hari persekolahan.

Untuk makluman Pasar Kemboja bertentangan dengan Sekolah dan juga bersempadan dengan negeri Pulau Pinang dan Perak.Oleh itu perlu keputusan bersama antara Majlis Daerah Kerian ( MDK ) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai ( MPSP ).Keputusan sementara operasi Pasar Kemboja telah ditetapkan hanya boleh beroperasi pada Hari Sabtu.

Notis Pemberitahuan


Penduduk di sekitar Pulau Pinang dan Perak Utara memang tahu pasal kewujudan Pasar Kemboja.kalau tak tahu itu memang bukan orang utara lah.Nak cari tudung Fareeda,blaus dan pelbagai barang wanita lain inilah tempatnya.Sesuai bagi peniaga yang ingin memborong,beli sehelai memang mahal sikit paling minimum beli 5 helai baru dapat harga borong.

NAK TAK ubah bisnes anda, dari biasa-biasa ke level lebih tinggi ?


Kenapa namanya Pasar Kemboja ? Sbb kebanyakan peniaga2 di sini berasal/keturunan dari Cambodia/Vietnam/champa.Barang-barang yang dijual mmg kebanyakannya diambil dari Vietnam.. 

Contoh harga blouse di shopping kompleks RM45, kalau disini blouse yang sama hanya berharga RM25.Itu belum masuk tudung 3 layer atau 2 layer aku pun tak paham sangat paling maksimun berapa layer tudung ini.

Tudung Fareeda Made in Pasar Kemboja

Lagi gambar-gambar di SINI.Dah cuba Nasi Lemak Kuning Parit Buntar ? 

September 14, 2013

Khidmat Bas Merah Dihentikan

Mulai 1 September 2013 perkhidmatan bas Red Omnibus ( Bas Merah ) dihentikan.Aku tak terkejut sangat sebab sebelum ini dah tahu kerana ada beberapa laluan bas ini dihentikan, hanya tertumpu perjalanan dari Parit Buntar - Bagan Serai - Taiping dan sebaliknya.

Siapa anak jati yang tinggal di Daerah Kerian dan Larut Matang mesti tahu Red Omnibus Co Sdn Bhd ini atau lebih dikenali Bas Merah ( Bas Loncat ).Syarikat bas ini beroperasi sejak tahun 1938 ( sebelum Merdeka ) memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat pekan Taiping, Parit Buntar, Bagan Serai dan laluan lain.

September 13, 2013

Angkara Pemandu Cilik Di Parit Buntar

Mula dapat berita ini ajak terkejut juga sebab ini berlaku di kampung aku Parit Buntar.Kawan-kawan Whatsapp yang hebohkan perkara ini.Berlaku selang beberapa rumah dari rumah kawan aku di Taman Kerian,Parit Buntar.

Ini semua angkara pemandu cilik yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum tidak sengaja memasukkan gear undur dan melanggar adiknya yang berada di belakang kereta.Si adik yang berusia 2 tahun menemui ajal dalam keadaan terduduk secara melutut manakala kedua-dua belah tangannya memegang selipar.

August 27, 2013

Nasi Lemak Kuning ?

Nasi Lemak Sri Kuning Parit Buntar atau lebih dikenali Nasi Kuning di kalangan penduduk sekitar Pekan Lama Parit Buntar.Bukan orang Parit Buntar lah kalau tak tahu di mana kedai Nasi Lemak Sri Kuning.

Dalam fikiran kalau nasi lemak mesti berwarna putih kan tapi berlainan Nasi Lemak Kuning nasinya berwarna kuning.Keistimewaannya kesedapan sambal ikan bilis walaupun nampak simple tapi memang sedap dan telur goreng mata kerbau akan dimasak apabila diminta.Kalau nak separuh masak boleh suruh dia gorengkan.

Google Image

March 27, 2010

Lawatan Sehari Raja Muda Dan Raja Puan Besar Perak Ke Kerian

Salam,

Peh bangganya aku Raja Muda Perak melawat tempat asal usul aku walaupun dalam sehari jer.Bukan ada apa sangat tapi agak berbangga le Raja Muda Perak sanggup datang Parit Buntar.Bukan sebelum nie Raja Muda tak penah datang tapi datang sembahyang jumaat jer tu pun sebab Raja Muda Perak ada urusan di Penang so singgah sembahyang le kat Masjid Parit Buntar..Tapi kali nie betul2 melawat punya ...




PARIT BUNTAR: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara hari ini berkenan melakukan lawatan sehari ke daerah Kerian bagi mendekati dan melihat sendiri kehidupan masyarakat daerah itu.
Raja Dr Nazrin Shah berangkat memulakan lawatan dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke majlis taklimat pembangunan Kerian yang disampaikan Pegawai Daerah Ismail Hassan di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian di sini.

Baginda kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Kerian di sini dengan diiringi pemimpin negeri dan masyarakat tempatan.

Sementara itu Tuanku Zara yang mempunyai jadual berasingan pula berangkat ke Hospital Parit Buntar dan berkenan menyampaikan sumbangan kepada para pesakit sebelum menghadiri majlis ramah mesra Puspanita serta masyarakat Kerian di Dewan Merdeka di sini.
Baginda turut menyampaikan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia dan pertandingan mewarna dan aspek wanita.

Pada sebelah petang pula, Raja Dr Nazrin dan Tuanku Zara bersama-sama berangkat ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C)) Nam Hua di Tanjung Piandang dekat ini untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin.
Raja Dr Nazrin turut menyampaikan replika cek bernilai RM550,000 kepada Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kerian, Law Hee Hock untuk elaun sara hidup nelayan daerah itu daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Sementara itu Dr Zambry turut mengumumkan peruntukan kerajaan negeri kepada SRJK (C) Nam Hua RM100,000 bagi tujuan penambahan bangunan sekolah berkenaan.
Pasangan Diraja itu mengakhiri program lawatan dengan meninjau ternakan ikan jenis Kerapu, Jenahak dan Siakap dalam sangkar di kawasan laut dalam di Kuala Kurau bagi pasaran luar negara dan tempatan. - BERNAMA

P/s : Sumber Mstar Online

March 26, 2010

Apa Yang Ada Di Parit Buntar

Salam semua pon2..

Apa yang ada di Parit Buntar ? Hari ini aku ingin bercerita tentang tempat asal usul aku..Parit Buntar Perak..Bagi aku tempat lahir aku adalah tempat paling terbaek...

>> Boleh melihat beberapa tempat seperti Historial The Old Clock Tower,

>> Sungai terpanjang di Perak Kerian sungai yang datang dari Sungai Udang ke Bukit Merah.Dekat dengan Lake Town Bukit Merah.


>> Di bandar kita terkenal Super Market, Kodak Digital Camera Shop, Dan kedai komputer yang baik.


>> Bagi pelancong tidak masalah, anda boleh menginap di hotel.
Ada 2 terkenal Hotel Damai Hotel dan Buntar Inn.


>> Bandar sempadan antara Permatang Tok Mahat USM transkrian,Pulau Pinang, Bandar Baharu,Kedah dan Parit Buntar,Perak.
Yang dibagi menjadi 3 bahagian, Old Town, (Pekan Lama) Pekan Baru (Pekan Baru) dan Main Town (Pusat Bandar). Old Town yang terkenal itu ada pelbagai kedai hardware di sepanjang tepi sungai.Dulu tempat rezeki kelurga aku tapi sekarang di Pusat Bandar.


>> Sekolah multiras kenal sebagai Wawasan Kebangsaan Sekolah dan beberapa gedung kain.


>> Di sini ada semua jenis makanan, China, Makanan Bahasa Melayu dan India boleh ditemui di sini.Char kiew tiew terbaekk le..Kalau org Kl balik kg mesti cari Char Kiew Tiew punya


>> Bank-bank terkenal semua ada semua dekat2 pejabat pos..


>> Loghat lebih kepada utara sikit..Hujung Perak kan..

>> Apa lagi yerr aku sampai tak tau nak terangkan macam mana bak kata semua ada ler.Nak tau Mari ler CUTI-CUTI MALAYSIA...




Mercu Utama Jam Besar


Tepi Sungai Kerian



Sekolah Wawasan


Taman riadah sepanjang tepi Sungai Kerian


P/S : aku siap highlight lagi benda2 penting.huhu
No Plagiat nowhh...

June 15, 2009

Gambar kenangan Zaman Muda

Combine sekali gambar2 reunion Methrat...Gang2 member Pb aku..We all family...
Bosan2 belek2 gambar dlm simpanan..

Aku ngan sumi waktu hari raya tggu apex nie

Reunion 1st Methrat.Aku & apit rush dr Taiping tu..


Hero2 Malaya.Zaman2 keganasan...



Reunion ke-4 kat umah Kembaq.Thank kembaq.siot btul tak leh mandi swimming pool






Gambar nie suma dikirim oleh en enSem Sapik kat alamat email aku aizal2000@hotmail.com

Thank le to sapik aku pun tak perasan gambar lama2 aku masih ada kat dia.....






Tasik apa tah kat perlis.Masa pi Padang besor...




Dr kiri Azmer,aku,Sumi,Pasangan terpisah kot,Hasrin,mat,Sapik..






Aku & Sapik Apa kejadahnya gmbar aku berdua nie







Zaman pas SPM nie rasa aku.Ke Bkt Merah.Muka of course masih 'Jambu'







Gambar 'jambu' lagi ala2 Tomok.hahaha.Joi Inspektor Polis,Sapik ckgu,Aku still
belajar..



P/s :
kepada rakan2 aku kalo ada gambar aku pada simpanan korang leh le email aku kat aizal2000@hotmail.com
Aku nak wat simpanan le saja teringat zaman2 silam zaman2 kita gang2 PB bersama paling aku suka time raya.Bukan gang2 Pb je ek pada member2 sekolah teknik aku gang2 UiTM kalo ada gambar aku kirim ek kat aku...
ok adios







 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.