Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Perasaan. Show all posts

August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada faizalpj.com



Salam,

Hari ini kebanyakkan daripada kita yang berada di perantauan adalah hari terakhir kita bekerja sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti.Kebanyakkan dari kita bercuti panjang antaranya seminggu memandangkan Selasa, Rabu dan Khamis adalah cuti umum sempena Hari Raya dan Hari Merdeka.

November 10, 2010

Ulser Mulut

Oh no sapa punya mulut plak aku amik nie.


Salam,

Dah 2 hari aku mengalami symptom iaitu mata ikan di mulut aku atau bahasa pasarnya Ulser Mulut.
Agak pedih le juga bila nak makan nie..Yang peliknya bila orang belanja tak pedih plak.
Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih atau sedikit kuning. dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Penyakit ini tidak berjangkit melalui hubungan seks,oral,faraj tanpa pelindungan dengan pasangan dan juga
Melalui perkongsian jarum atau bahan-bahan suntikan dengan orang yang dijangkiti.Eh silap nie HIV.Bukan nie ok.

Antara sebab² terjadinya ulser mulut kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.


March 20, 2010

Mana hilangnya budi bahasa ???

Gambar sekadar hiasan

Salam everyone,

daripada tajuk di atas pun mesti korang leh bayangkan ataupun penah berlaku kejadian nie terhadap korang.Kita ingin bertanya sesuatu tapi dijawab acuh tak acuh oleh tuan kedai semasa ingin bertanya barang.

Situasi ni berlaku terhadap diriku sendiri aku bertanya hanya gelengan dan cakap acuh tak acuh yang aku dapat.Penat macam mana pun biar kita berbudi baru orang berbahasa kan..Apa orang kata customer alway rite..

Kita nie sebagai orang Timur kena le berbudi bahasa kalau bukan kita yang berbudi bahasa sesama kita takkan orang asing nak berbudi dengan kita kot..

March 15, 2010

Terkini : F1 dan All England

Salam

kesinambungan artikel sebelum nie tentang F1.
Ferrari menyelesaikan perlumbaan Formula One dengan kedudukan satu dua dengan Felipe Massa berada di kedudukan nombor dua.

Alonso yang baru mulai tahun ini berlumba untuk Ferrari memulai perlumbaan dari kedudukan ketiga di belakang Felipe Massa dan pelumba Red Bull Sebastian Vettel yang berada di posisi pertama.

Pelumba Red Bull Sebastian Vettel itu telah kehilangan posisi terdepannya di psuingan ke 35 dari 49 yang perlu diselesaikan.

Kereta Vettel mengalami masalah exhaust yang menyebabkan kereta itu kehilangan tenaga.

Bukan hanya ia didahului oleh dua orang pelumba Ferrari, di lap ke 38 ia terpaksa melepaskan posisi ketiga ke tangan juara dunia tahun 2008, Lewis Hamilton dari McLaren.

Nico Rosberg dari Mercedez-Benz GP Ltd yang membawa iklan Petronas di keretanya berada di kedudukan kelima diikuti rakan sepasukannya, mantan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher yang kembali turun musim perlumbaan tahun ini setelah bersara selama tiga tahun.

Juara bertahan Jenson Button berada di posisi tujuh diikuti pelumba Red Bull Mark Webber.

Vitantonio Liuzzi dengan kereta Force India di tempat ke 9, manakala Rubens Barrichello di tempat ke10 untuk Williams, mengutip mata yang akhir.

Sekalipun terdapat 6 orang pelumba yang terkeluar dari perlumbaaan, Lotus tidak terlibat dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan Heikki Kovalainen di tempat ke 15Jarno Trulli di tempat ke 17, ketinggalan 3 pusingan.

Hasil Perlumbaan

1. Alonso Ferrari 1jam39:20.396
2. Massa Ferrari + 16.099
3. Hamilton McLaren-Mercedes + 23.182
4. Vettel Red Bull-Renault + 38.713
5. Rosberg Mercedes + 40.263
6. Schumacher Mercedes + 44.180
7. Button McLaren-Mercedes + 45.260
8. Webber Red Bull-Renault + 46.308
9. Liuzzi Force India-Mercedes + 53.089
10. Barrichello Williams-Cosworth + 1:02.400
11. Kubica Renault + 1:09.093
12. Sutil Force India-Mercedes + 1:22.958
13. Alguersuari Toro Rosso-Ferrari + 1:32.656
14. Hulkenberg Williams-Cosworth + 1 lap
15. Kovalainen Lotus-Cosworth + 1 lap
16. Buemi Toro Rosso-Ferrari + 3 laps
17. Trulli Lotus-Cosworth + 3 laps

Tahniah juga kepada Datuk Lee Chong Wei kerana menang All England edisi ke 100 mengalahkan
Kenichi Tago dengan straight set.
Chong wei slumber jer ayam2 kan Tago..Hafiz hasyim kelam dah pmainan yoyo jer tak maintain..
Bangga le kita sebagai rakyat Malaysia menang All England lagi bangga sebab Chong Wei ada kedai di kampung aku.huhu

May 18, 2009

Doa Untuk Kekasih



Betul ke lelaki nie lebih ego berbanding perempuan?? Bagi aku lelaki dan perempuan suma ada ego masing2.Siapa lebih byk berkorban berbanding lelaki dan perempuan???Mesti ke lelaki saja yg msti berlembut dan mengalah dgn perempuan??? Banyak lagi persoalan yg bermain di fikiran aku...

"KaDAng2 ALLAH jaRaK'n HuBuNgAn kIta, KeMUdiAn DIA daTnGkN PUla DgN DuGaaN..PuAs KiTA MeNAngiS M'cR mAnA oRg KeSYgAn KitA,RupA2nYe, ALLAH nK HadiAhkn KIta Ksh SYg y B'pNjgaN..:)"

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.