Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

June 9, 2009

Petua baikk punyer...


Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: " Kalau kaurasa kau
kesempitan rezeki, duit tak cukup,harta rasa tak banyak,
masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."Dia menyambung
"Kalau kau sudah senangsetelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut.NescayaAllah akan meluaskan pintu rezeki
"Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1.Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10.
Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit,
saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah,kalau tak saya anggap saya sedekah.
Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang.
Itu juga amalan kawan saya.Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta.Dalam masa yang sama kena saman polis.Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia,mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikankat dia.Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudahd an rezeki dia nampak luas.
Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.Kadang, bak kata mak saya,rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas.
Gaji seperti biasa,tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka."Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri.
Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaanAllah (ikhlas).Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup,sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat272).Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorangberkata kepada Nabi saw.,"Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkaubersedekah dalam keadaansenang (shahih) dan berkeinginan (harish)."
Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullahbersabda,"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab(perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadarmemperingatkansesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-
hambaNya yang bertaqwa.... ......

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.