Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Port Dickson. Show all posts

October 9, 2017

Perkhemahan Keluarga Di Pantai Tanjung Biru,Port Dickson

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perbincangan aktiviti berkhemah di Pantai Port Dickson telah dibuat lebih kurang sebulan yang lepas.Mula-mula macam ramai yang nak join tapi nak dekat tarikh 07.10.2017 ada yang tak dapat join.So aku dan Wife decide kita teruskan juga aktiviti perkhemahan di Port Dickson.walaupun kita-kita saja.Jumaat malam tu baru ambil khemah dan beli lampu untuk camping.Dalam fikiran sebelum pergi target nak berkhemah di Pantai Purnama.

Pantai Tanjung Biru, Port Dickson ( Blue Lagoon )

Sabtu tengah hari dalam pukul 12 tengah hari kami bertolak ke Port Dickson dari Kuala Lumpur.Tengok trafik perlahan nak ke Seremban melalui Lebuhraya KL - Seremban, so kami keluar exit UPM dan lalu jalan biasa melalui Sepang hingga ke Port Dickson.Sampai Port Dickson lebih kurang pukul 2.30ptg.Sambil menghala ke Pantau Purnama kami tengok2 pantai mana yang sesuai nak berkhemah.Sampai di Pantai Purnama turun tengok lokasi macam tak menarik pemandangannya dan penuh.Untuk makluman di sini ada owner buat sewa khemah bagi yang tak bawa khemah.

Naik kereta kami teruskan perjalanan dan masuk ke Pantai Tanjung Biru sebab Sofiya nak terkencing.Lepas itu jalan-jalan sekitar situ kami pun memilih untuk berkhemah di situ sebab tengok pemandangan cantik, ada tandas ( hari weekend buka 24jam ), surau, taman permainan dan kedai makan.Ada port situ dan cun nak pasang khemah ada plak family picnic di situ, so Wife tanya , mereka tak bermmalam di situ rupanya.Lega hati depa blah kami pun pacak khemah di situ.

Blue Lagoon terletak anggaran 17 kilommeter dari bandar Port Dickson dan lebih terpencil berbanding pantai-pantai lain di situ.Bagi aku pantai ini adalah pantai yang terbaik di Port Dickson jika ingin privasi.Jaraknya jauh dari pantai-pantai lain.Disebabkan itu aku rasa tak rammai orang datang walaupun semasa cuti sekolah berbanding Pantai Telok Kemang atau pantai-pantai lain.

Kami pasang khmeah sebalah khemah silver tu.Depa dah 2 hari
kat situ.

Lelapkan mata kejap sebab tadi bertarung dengan angin
nak pacak khemah di situ.haha

Depa nampak Laut aktif semacam.terus tukar baju suruh main Pasar dan Pantai.
Saja nak dedahkan depa dengan alam dan aktiviti main pasir.

                                                      Masa ni hujan renyai2.Dalam hati minta2lah hujan behenti
                                                                                   dan malam ni tak hujan





Malam pun mula menjelma, ini pertama kali kami sekeluarga tidur dalam khemah.Dalam fikiran boleh ke Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya tidur dalam khemah tu.Kalau tak malam tu jugak ajak wife balik.Alhamdulilah depa boleh dan seronok pulak cuma Sofiya le pukul 2pagi baru tidur sebab dia ni tidur nak kawasan yang luas.Dekat rumah pun pagi-pagi aku bangun tengok kaki dia ada tas muka Kakaknya.Khemah tulah kami empat beranak tido.Sesak jugaklah.Malam itu angin tak kuat so panaslah kami tidur sambil mengipas.

Sofiya mengade...



*********************************************************************************

Esok paginya bangun-bangun pagi terus nampak pantai,anak-anak bangun terus cakap nak mandi laut.Apa lagi terus terjunlah nasib air tak pasang sampai ke khemah.













Pukul 10 pagi kami pun gerak balik kerana nak jalan-jalan di sekitar Port Dickson.Susah betul nak cari ATM Machine kat PD ni.Makan tengah hari di kedai ayam terlingkup dengan pasu.Pukul 2petang gerak balik ke KL.Tidur sekejap di RnR Mambang kot.




 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.