Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

April 1, 2014

Kadar Tol Di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Umum telah mengetahui Jambatan Kedua Pulau Pinang ( JKPP ) telah dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2014  yang lalu.Setelah 1 bulan pengguna diberi akses secara percuma, Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM ) telah mengumumkan Kadar Tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang.


Kredit Gambar : Shahril Syafiq


KUTIPAN TOL DI JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berkuatkuasa pada 06.00 pagi, 1 April 2014.Untuk makluman Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan jambatan yang
menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu
Maung di bahagian pulau.

Terdapat dua (2) elemen bayaran tol yang dikenakan kepada pengguna iaitu kadar tol bagi jambatan dan jalan penghubung.


  • Kadar Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Bagi pengguna yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dari tanah besar (Batu Kawan) ke arah bahagian pulau (Batu Maung), kutipan tol akan dikenakan secara sehala di Plaza Tol 
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Plaza Tol Bandar Cassia.Kadar tol yang dikenakan adalah seperti berikut:


Kelas Kenderaan 
Kadar Tol ( RM )
Kelas 0
Motosikal 
1.70
Kelas 1
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda ( kecuali Teksi dan Bas )
8.50
Kelas 2
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda
(kecuali bas) 
30.50
Kelas 3
Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih
(kecuali bas) 
70.10
Kelas 4 
Teksi
8.50
Kelas 5
Bas
26.20



  • Kadar Tol Jalan Penghubung

Kadar tol bagi Jalan Penghubung dikenakan di kedua-dua hala kepada pengguna sama ada yang keluar (exit) dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Plaza Tol Bandar Cassia, yang ingin melalui jambatan atau ke kawasan Batu Kawan serta pengguna yang masuk (entry) ke Lebuhraya PLUS melalui Plaza Tol Bandar Cassia. Kadar tol yang dikenakan adalah seperti berikut : 

Kelas Kenderaan 
Kadar Tol ( RM )
Kelas 1
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda ( kecuali Teksi dan Bas ) 
0.60
Kelas 2
Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda
(kecuali bas)
0.90
Kelas 3
 Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih
(kecuali bas) 
1.20
Kelas 4
Teksi
0.30
Kelas 5 
Bas
0.50


Balik kampung Parit Buntar hari itu dapatlah merasa bersesak semata-mata nak masuk jambatan Kedua Pulau Pinang.Hanya bayar to dari Jawi ke Baru Kawan.Dengan kadar sekarang Jambatan baru jimat 10sen untuk perjalanan balik Jawi - Pulau Pinang lainlah kalau guna Touch & Go ( Jambatan ) ada diskaun.

Jambatan kedua ini jimat untuk orang yang tinggal Parit Buntar , Nibong Tebal dan kawasan sekitar nak ke Bayan baru, Teluk Kumbar dan sewaktu dengannya.



 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.