Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

March 21, 2014

Senarai Biasiswa Lepasan SPM

Semalam Khamis 20/03/2014 keputusan SPM 2013 telah diumumkan dan satu pencapaian menakjubkan apabila seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki daripada 470,395 calon berdaftar.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof
Bagi pelajar yang kurang bernasib baik jangan mudah putus asa perjalanan adik-adik masih jauh.Perlu diingat gagal hari ini bukan gagal selamanya.Adik-adik yang nampak kebolehan tentang kemahiran boleh sambung belajar di Institut Kemahiran Malaysia ( IKM ) ataupun Institut Kemahiran Belia Malaysia ( IKBN ) dan banyak lagi tempat-tempat kemahiran.

Bagi adik-adik yang cemerlang bolehlah sambung di bidang yang digemari dan boleh dapatkan biasiswa dari kerajaan ataupun syarikat-syarikat yang menawarkan biasiswa.Nak sambung di Luar negara pun boleh universiti Dalam Negara pun boleh.Universiti di Malaysia pun apa kurangnya.

Senarai BIASISWA lepasan SPM


Biasiswa Tun Rahah

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014

MNRB Scholarship Fund 2014

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014

SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014

Maybank Foundation Scholarship Award 2014

Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014

Astro Scholarship Award 2014

Karangkraf Education Fund

KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014

Khazanah Nasional

PNB

Sime Darby

Bank Negara Malaysia

Semak Keputusan SPM 2013 Melalui SMS

Cara mudah bagi adik-adik yang nak semak keputusan melalui SMS boleh rujuk SINI.
Kalau nak lebih feel boleh ambil sendiri keputusan SPM di sekolah boleh jumpa rakan-rakan seperjuangan.Kalau malu sangat SMS saja...

March 17, 2014

Semakan SMS Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2013

Saat yang ditunggu hampir tiba.Debaran semakin kencang buat pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM 2013.Bagi adik-adik yang telah mengambil peperiksaan SPM tahun lepas bolehlah menyemak keputusan adik-adik secara SMS.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM 2013

Tatacara Semakan Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2013 


Selain pergi ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan SPM.Adik-adik boleh juga SMS.Caranya :

Taipkan SPM < jarak > No.KP < jarak > AngkaGiliran & hantarkan ke 15888.

Contoh boleh dilihat seperti gambar di atas.Adik-adik boleh mula menyemak pada 20 Mac 2014 jam 10.00 pagi hingga 11.59 malam 26 Mac 2014.

Ingat lagi masa SPM dulu tak ada masa nak semak guna SMS ini sebab nak merasai ' feel ' apabila ambil keputusan di sekolah.Sambil itu boleh jumpa rakan-rakan seperjuangan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri sama ada sambung belajar ataupun terus bekerja.

Kepada adik-adik yang kurang bernasib baik jangan mudah berputus asa.Ikut minat sendiri tanpa paksaan dari sesiapa.Nak kerja pun boleh ataupun bekerja sambil belajar pun boleh.Perancangan Allah sangat teratur untuk adik-adik.

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.