Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Salak Lestari. Show all posts
Showing posts with label Salak Lestari. Show all posts

November 7, 2018

80% Sudah Siap Rumah Mampu Milik Di Salak Tinggi,Sepang - Taman Salak Lestari

Assalamualaikum....

Minggu lepas aku berkesempatan ke jemputan Melawat Tapak Projek Baru Rumah Teres di Salak Tinggi,Daerah Sepang.Untuk makluman, Sepang dinobatkan sebagai kawasan luar bandar yang paling pesat membangun di Selangor.Tak ralatlah kalau hanya tinggal 20 unit rumah teres 2 tingkat dan 3 unit rumah teres setingkat.Projek perumahan baru ini diberi nama Taman Salak Lestari,Sepang terletak di Kampung Baru Labu Lanjut.Mukim Labu.

Rumah Teres Mampu Milik Di Salak Tinggi,Daerah Sepang 

Projek Perumahan oleh Fitrah Properties ini 80% sudah siap sepenuhnya.Aku pasti pelabur atau pembeli rumah luar dari Selangor menjadikan kawasan ini sasaran mereka.Daerah yang pesat membangun dan terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) dan KLIA2.Rumah teres ini mampu milik kerana mana nak dapat harga rumah teres 2 tingkat bawah RM450K di Putrajaya & Cyberjaya.Kota Warisan itupun rumah teres 2 tingkat harga RM600K ke atas.



Taman Salak Lestari,Sepang - Tanah Rezab Melayu


Taman Salak Lestari dibina di atas Tanah Rezab Melayu di Kampung Baru Labu Lanjut.Ini terdiri daripada 35 buah rumah teres 2 tingkat dan 17 buah rumah teres 1 tingkat.Rumah teres setingkat semua sudah siap dibina dan 80% sudah siap untuk rumah teres 2 tingkat.Apa yang anda perlu paham Tanah Rezab Melayu hanya orang Melayu saja boleh beli dan mampu miliki.

Proses tapak projek Taman Salak Lestari

Pelan Kedudukan Tapak Projek



Kemudahan & Infrastruktur

Sangat dekat dengan Komplek Tabung Haji yang baru dan terbaru Aeon Nilai yang akan buka tahun 2019.Serius cakap kelebihan tinggal di sini dengan suasana kampung yang tenang dan damai juga berhampiran dengan jaringan lebuhraya dan kemudahan awam.Center Salak Tinggi.

- 6 minit ke ERL Salak Tinggi, KIP Mall
- 15 minit ke Putrajaya & Cyberjaya ( sangat sesuai untuk penjawat awam yang kerja di Putrajaya )
- 10 minit ke KLIA,KLIA2,Mitsui Outlet,Dengkil,Nilai University,Mesa Mall dan Aeon Nilai
- 35 minit ke Shah Alam,Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Lokasi sekitar



Pelan Kediaman & Harga















Yang tak bertanda masih kosong ( apa lagi book lah cepat )




Rumah teres 2 tingkat yang berkeluasan 20' x 67' - 69' mempunyai 4 bilik dan 3 bilik mandi berharga  bermula daripada RM440,000 hingga RM750,000 dan Rumah Teres 1 tingkat yang berkeluasan 20' x 67' mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air berharga bermula dari RM350,000 hingga RM650,000.



Fitrah Properties Sdn Bhd

Taman Salak Lestari dibina oleh pemaju Fitrah Properties Sdn Bhd yang beralamat di No.37,Taman Seroja,Bandar Baru Salak Tinggi,43900 Sepang,Selangor.Pemiliknya adalah Hj Azmi seorang bekas peguam hartanah.Beliau telah berkecimpung dalam penjualan hartanah sejak dari tahun 2013 lagi.Beliau mempunyai visi dan misi untuk mendidik orang Melayu memiliki rumah sendiri.Dalam usia 5 tahun mereka telah menyiapkan beberapa projek perumahan seblum ini di sekitar Salak Tinggi.Yang terbaru projek usahasama dengan AAKH Development di Salak Tinggi baru selesai penyerahan kunci rumah kepada pembeli.Projek perumahan tersebut adalah rumah berkembar 2 tingkat dan rumah teres superlink 2 tingkat di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kelebihan untuk pembeli Taman Salak Lestari diberi 100% kemudahan pinjaman perumahan.Panel bank terdiri daripada Maybank,RHB,CIMB,Bank Islam dan BSN.Dengan baiknya Fitrah Properties akan menanggung Legal Fees dan Stamp Duty ( Zero Entry Cost ).Oleh itu kalau anda ingin membeli rumah di ini boleh Berhubung dengan Fitrah Properties Sdn Bhd ataupun saya sendiri.





Facebook : https://www.facebook.com/pg/Fitrahproperties/
Intagram : https://www.instagram.com/_fitrah_properties_/
Tel : 03-87065254
Whatsapp : KLIK SINI










 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.