Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Steak Wagyu. Show all posts
Showing posts with label Steak Wagyu. Show all posts

August 13, 2015

Steak Wagyu Menu Sambut Hari Lahir Di Restoran Me’nate Steak Hub

Isnin lepas (10/8/2015) aku telah menyambut hari Lahir wife di Restoren Me'nate.Tahun ini aku buat cara lain sikit aku tak hantar bunga di office wife.Tapi pagi hari kejadian aku dah beritahu nak ajak makan di Restoren ini.Ini semua gara-gara kekecohan di media sosial mengenai isu merujuk kepada salah faham Azwan Ali kontroversi Malaysia mengenai perkataan Menate.Rasanya ramai dah tahu isunya mengenai Restoren Me'nate Steak Hub ini.Mungkin selebriti ini menyangka dipanggil ' binatang ' ( menate adalah slanga orang Kelantan yang membawa maksud binatang ).

Steak Wagyu  Di Restoran Me’nate Steak Hub

Menu utamanya adalah Steak Wangyu.Boleh aku minta Ada tak Chicken Chop ?.Biasalah pertama kali ke Restoren Menate Steak Hub di Ampang JAya.Dalam fikiran ingat macam Restoren Western biasa yang ada hidangan Chicken Chop.Nasib Ada staf nama Aril yang mengambil pesanan kami dan menerangkan secara panjang lebar mengenai menu yang ada.Dia juga beritahu dan cadangkan masakan ( rare, medium rare, medium well dan well done ) mengikut citarasa kami.  

Inilah Aril pekerja Indonesia.
Aku tak pergi pilih di tempat sejuk penyimpanan daging,aku suruh Aril yang bawakan.Pada setiap daging tersebut sudah tertera harga yang perlu dibayar.So korang  bolehlah buat kira-kira yang bersesuaian dengan bajet kewangan anda.

Aku pilih WAGYU STRIPLOIN BEEF masak Medium.Iaitu macam daging masakan separuh masak.Ada kacang panjang dan Kentang Putar dalam set ini.

Steak Wagyu Striploin Beef


Menu pilihan wife adalah THE BLACK ANGUS RIBEYE.Katanya lembu ini makan bijirin.Set ini ada Kentang putar dan Coleslaw.Kesedapan kedua-dua set ini memang berbeza dengan mana-mana daging yang pernah aku makan sebelum ini.Setiap pesanan menu menu utama di sini akan diberikan air minuman secara percuma dan boleh refill (isian semula).

The Black Angus Ribeye

Ada kawan aku tanya harga setiap makanan ini.Waktu aku pilih daging tu tak ada stok daging yang 100gram.Harga semua menu yang aku pesan adalah RM171.40 SAHAJA ! Setahun sekali..huhu...Lepas ini boleh minta owner Menate sponsor kot..
Ini harga menunya..

Menate Steak Hub - Body Part

Pilihan di tangan anda Wagyu Steak

How it's Done - Cara masakan

Menu harga untuk 100gram










Licin baq hang









 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.