Lazada Malaysia
Langgan!

Ini bukan spam.

Showing posts with label Top Blogger Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Top Blogger Malaysia. Show all posts

May 9, 2015

Yuran Tahunan Debit Kad CIMB RM15

Akhirnya kemusykilan aku terjawab selepas mendapat jawapan dari CIMB di Twitter.Sebelum itu aku ada tanya kawan-kawan aku di Facebook.Baca di SINI.Yuran tahunan untuk Debit Kad CIMB anda adalah RM15 + RM0.90 GST...





Aku ingat macam Maybank RM8 saja rupanya setiap bank yuran tahunan dia berbeza.Tak tahu pulak sebab apa yang beza.Sebelum ini tak ambil kisah sangat sejak ada CIMB Click senang sikit nak check history.

Bertabahlah !!

March 17, 2015

Adakah Ini Strategi Perniagaan Tesco ?

Baru-baru ini aku terlihat status dan gambar resit yang di upload oleh rakan Parit Buntar di Facebook miliknya.Situasi ini berlaku sendiri ke atas rakan.Harga yang dipamerkan tidak sama dengan harga di resit.

Adakah ini strategi pasaraya besar mengaut keuntungan ?

Harga Ocean 4pcs dipamer adalah RM27.90.Harga resit selepas dibayar RM29.90.Perbezaan RM2.00.Itu baru seorang yang kena RM2.00 kalau 100 orang ? Kalau orang yang jenis detail mesti akan periksa setiap barang yang dibeli.Tapi kalau banyak barang yang dibeli susah juga nak periksa satu persatu.

Aku up kan status itu di Facebook dan ada rakan yang  yang pernah berhadapan dengan situasi ini.Ada yang beri cadangan pergi laporkan ke customer service untuk pemulangan baki bayaran.Cuba bayangkan yang beli tu jenis yang tak periksa langsung ataupun orang veteran yang tiada masa nak belek satu-satu.

Tak tahulah ini salah pengurusan pasaraya ataupun staff yang update harga setiap hari.Bagi aku perkara ini tak perlu berlaku kerana mesti ada supervisor yang perlu memantau harga setiap hari.Adakah ada agenda tersembunyi ? Dengan keadaan ekonomi sekarang ini yang tidak memberangsangkan sepatutnya agenda ini mesti dihentikan.Jangan ditekan lagi rakyat kebanyakkan.

Macam mana pula strategi promosi harga sebenar RM29.00 tapi bila promosi RM28.99 ?


Harga dipamer RM27.90
Kredit gambar Zamri Keciks


March 8, 2015

African Yabara Fire Di Bukit Gambang Best !

Ingatkan di sebelah malam di Village Courtyard tak meriah rupanya sangkaan aku meleset.Lagi ramai dari siang hari kot.Semua menantikan persembahan African Yabara Fire ia merupakan persembahan sembur-sembur api keluar dari mulut tu.Secara jujurnya ini pertama kali aku tengok orang sembur api dari mulut.

Tempat persembahan African Yabara Fire

Kalau aku pun dah teruja Damia lagilah bertambah teruja.Tak takut langsung padahal duduk depan sekali kot.Untuk dijadikan kenangan aku pun rakam videonya di SINI.Lebih kurang 30 minit persembahan African Yabara Fire ini.

Lepas habis aku cepat-cepat masuk ke Village Arena untuk tengok persembahan Tarsan Adventure.
Macam biasa Tarzan akan selamatkan haiwan-haiwan hutan dari diburu oleh penjahat.Garapan yang menarik terasa macam tengok Teater pulak.Dari mula sampai akhir Damia menjerit-jerit.Balik dari Village Arena Damia pun tidur dengan nyenyaknya.

Antara babak penjahat yang kena buli



....................................................................................................................................

Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA

Keesokkannya kami ke Water Park untuk mandi manda.Macam biasa sarapan pagi memang terbaik.Kami ambil keputusan untuk naik Tram juga ke Water Park.Tak ramai orang di dalam Tram mungkin ramai yang dah balik.

Tak banyak gambar di Water Park sebab sibuk mandi manda.Jom Layan gambar-gambar di bawah












Penat mandi manda kami pun balik.Kena rehat secukupnya sebab esok dah nak balik Kuala Lumpur.Selamat tinggal Bukit Gambang sehingga kita jumpa lagi.Rasa seronok bila bawa anak-anak, kalau yang masih bujang tak tahulah keseronokannya bagaimana.



March 4, 2015

Teruja Masuk Bukit Gambang Safari Park

Part 1 :

Hari kedua percutian aku sekeluarga ke Bukit Gambang Safari Park sangat-sangat teruja.Kenapa aku kata sangat teruja kerana ini pertama kali aku tengok hidupan liar di depan mata.Sebelum ke Safari Park pagi itu kami sarapan dahulu sepuasnya sebab makanan di dalam mahal dan tak boleh bawa makanan dari luar.Bawa budak kecil boleh saja kalau nak bawa makanan pandai-pandailah korang.

Selepas dah isi perut sekenyang-kenyangnya kami pun tunggu Tram untuk ke Safari Park Bukit Gambang.Untuk pengetahuan Water Park satu tempat dengan Safari Park.Tak jauh mana pun.

Harga tiket masuk Safari Park.

Kami pilih pakej Wild Savannah + Night Jungle.Oleh sebab aku Warganegara Malaysia dapatlah harga tiket masuk RM38 x 2 = RM76.Tinggi Damia tak melebihi 90cm tak perlu bayar Masuk Percuma.Tapi aku dapat diskaun sikit kerana beli dengan Groupon.

Nak ke Wild Savannah tu boleh jalan kaki atau naik Tram dan bayar seorang RM1.Sebab tak warm up lagi kami memilih naik Tram untuk ke Savannah.Safari Park Bukit Gambang adalah Zoo Safari yang terbesar di Malaysia.Berkeluasan 138 ekar.Hanya Safari ini terdapat Singa Putih di Malaysia.

Untuk melihat hidupan liar di Wild Savannah kita perlu naik Tram yang telah dikhaskan dan akan dibawa selama 30minit.Tak perlu bayar dan Tram ini berhawa dingin.Dilarang membuka tingkap.Jom layan gambar dulu.

Di dalam Tram khas

Nampak tak begitu terujanya Damia.Suara dia je dalam Tram tu

Mengantuk

Dubok

Jelingan manja

Tengah bersantai

Kangaroo

Masa makan







Raja Rimba cari port nak buang air besar

Cute tak



Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA

Kambing apa tah katanya boleh panjat dinding tu



Multi Animal Show

Terima kasih pada seorang pakcik yang offer diri nak tangkap gambar.

Time ini letih lapar memang padu sangat.Pukul 3.00 ptg balik hotel nanti pukul 6.00 petang datang balik nak tengok night show.Ada yang tak balik tunggu sampai malam.Sambung....Entry sebelum INI
















March 2, 2015

Percutian Ke Bukit Gambang Resort City

Tahun Baru Cina Minggu lepas pertama kali aku dan keluarga ke Bukit Gambang,Kuantan Pahang.Percutian bersama keluarga pada kali ini aku telah rancang sebulan yang lepas.Setelah tengok review oleh orang ramai maka aku pun memilih untuk bercuti ke Bukit Gambang resort City.

Walaupun aku tahu bercuti ke Taman Tema pada waktu Cuti Umum mesti ramai orang.Aku terpaksa pilih juga tarikh itu sebab cuti panjang pada Tahun Baru Cina kali ini.Pagi-pagi Jumaat aku sekeluarga telah bertolak ke Gambang takut traffic sesak hendak ke Pantai Timur.12.30 tengah hari aku telah sampai ke Bukit Gambang Resort City.

Aku memilih untuk menginap di Arabian Bay resort.Apa yang mendukacitakan aku pelayan kaunter beritahu bilik aku tempah belum sedia lagi.Mereka akan call aku bila bilik dah sedia.Aku tunggu di bilik menunggu sementara bilik sedia.What ! pukul 5.00 petang baru aku dapat call bilik dah sedia dan boleh check in.Tak tahulah sebab ramai orang atau orang lambat check out.Aku mula rasa macam tak best percutian kali ini.

Selfie dulu sementara tunggu check in

Ok aku sabar mungkin ada hikmahnya lagipun niat hati nak bawa Izz Damia Aqilah & Izz Dania Sofiya bersuka ria.Pada masa sama aku tengok ada program TTT oleh Richwork AzizanOsman buat di Dewan Arabian Bay Resort ni.Adalah protegenya Afdlin Sauki dan Fizo Omar.

Boleh tahan besar juga bilik Studio Deluxe ni

Aku ambil bilik Studio Deluxe.So far aku tengok aku bilik aku menginap ni.Barang asas semua ada.Aku dapat bilik block 3 tingkat 6.Ground Floor block ini ada PS Zone, Snooker Centre, Camel Bistro & KTV dan Karaoke Rooms.View bilik aku menghadap ke Dewan seminar Richwork itu.

Untuk makluman, Bukit Gambang Resort City di buka sejak 2009 merupakan Taman Tema Air pertama di negeri Pantai Timur. Jarak dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur sekitar 220 km. Dalam resort ini, ada 2 tempat menginap Caribbean Bay Resort & Arabian Bay Resort, Gambang Water Park, Bukit Gambang Safari Park dan Active Academy Outdoor Recreation.

Dari tempat penginapan boleh menaiki Tram ke Gambang Water Park dan Gambang Safari Park.Bagi yang menginap di luar boleh terus ke Gambang Water Park tempat parking pun banyak.


Waktu Operasi Tram


Nak harga tiket hotel murah boleh beli online di AGODA


Bersambung ke entry seterusnya kenapa aku memilih ke Safari Park hari Sabtu dan bukan Water Park dulu ? Stay Tuned....

December 30, 2014

Peluang Beramal Sambil Berilmu Dengan Firesale Amal 2014

Apa itu Firesale Amal 2014 ? Jualan Amal ini adalah inisiatif dari Internet Marketer ternama tanahair untuk menyumbang produk digital mereka untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
Peluang kepada kita untuk beramal sambil berilmu.

Hasil jualan akan disumbang terus kepada badan yang menguruskan sumbangan banjir.Yang pasti 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada mangsa banjir.Bukan 10% tapi 100%.

Internet Marketer Malaysia

Firesale Amal 2014
Internet Marketer Malaysia


Inilah peluang keemasan untuk mengumpul ilmu keusahawanan sambil menyumbang.Kalau harga asal Kitab Teknik SEO Merah Jambu sahaja dah RM120.Anda akan dapat 18 produk daripada jualan Amal Firesale banjir ini.Kalau ditambah tolak harga kesemua produk ini berharga RM1000++.Percaya atau tidak harga kesemua produk itu bawah RM100.

Dah pi tengok harga di  http://rajakamil.biz/bah14/

Bertindaklah SEKARANG ! ada 4 hari lagi


December 14, 2013

Bagaimana Ke Pasar Kemboja Parit Buntar

Sebelum ini timbul kekecohan tentang operasi Pasar Kemboja Parit Buntar.Keputusan sementara Pasar Kemboja hanya beroperasi pada hari Sabtu.Walaupun telah ditukar hari, Pasar Borong Melayu Kemboja masih ramai pengunjung.Pelbagai jenis kain, tudung, selendang dan sebagainya boleh di cari di kampung ini. Jualan yang dijalankan sebahagian besarnya adalah secara borong, namun terdapat juga jualan secara runcit.

Lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar


Masih ramai di kalangan orang luar tidak tahu bahawa terdapat sebuah perkampungan yang didiami imigran yang berasal dari Kemboja di Parit Buntar, Perak.Boleh dikatakan komuniti Kemboja hebat juga di sini.Kalau saya balik kampung pasti orang rumah nak pergi Pasar Kemboja.
Terletak di Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Selatan yang bersempadan dengan Parit Buntar, ia hanya kira-kira enam kilometer (km) dari bandar Nibong Tebal, Pulau Pinang dan tiga km dari pekan Bandar Baharu, Kedah.

Saya beri 3 arah tuju untuk ke Pasar Kemboja menggunakan Google Map.3 arah tuju itu adalah seperti berikut :

1. Dari Pekan Nibong Tebal ke Pasar Kemboja

Link Google Map

  2. Dari USM Nibong Tebal ke Pasar Kemboja



View Larger Map
Link Google Map

  3. Dari arah Taiping ke Pasar Kemboja


View Larger Map
Link Google Map

 

Copyright © 2013 Faizal Anuar ™ ! Lifestyle & Parenting Blogger.